Saturday, December 4, 2010

Yang Halal itu Pasti : 1

Busana Muslimah: Di mana Islamnya?

Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Kchik rasa semua orang pasti tahu akan tuntutan mengenakan tudung bagi semua muslimah....ish2 budak2 tadika pun dah pandai bab ni…Artikel ini saya letakkan di blog ini agar kita semua dapat menghitung-hitung diri kita sendiri, sebagai muslimah adakah kita telah melaksanakan hukum Allah swt ini dgn betul....sekadar ingatan untuk diri kchik dan sahabat2 semua... Semoga dapat manfaatnya... insyaaAllah

Banyak kesalahfahaman terhadap Islam di tengah masyarakat kita sekarang ini. . Misalnya saja jilbab. Tak sedikit orang menyangka bahwa yang dimaksud dengan jilbab adalah tudung semata2. Padahal tidak demikian. Jilbab yang terdapat dalam al-Qur’an surah An-Nuur [24]: 31 di tafsir sebagai tudung dan adapun jilbab yang terdapat dalam surah al-Ahzab [33]: 59, sebenarnya adalah baju longgar yang menutupi seluruh tubuh perempuan dari atas sampai bawah.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;. surah An-Nuur [24]: 31

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
surah al-Ahzab [33]: 59

Sebab ramai yang tak faham istilah jilbab maka berleluasa la busana muslim yang menutup aurat tetapi mengikut potongan badan, sendat, singkat, jarang, berseluar ketat, kain singkat, berbelah. Dah pakai tudung dan baju dan seluar atau kain itu maknanya dah menutup aurat la… ish2 betapa salahnya kefahaman ini.
Kalau sudah menutup aurat, dianggap sudah berbusana muslimah secara sempurna. Padahal tidak begitu. Islam telah menetapkan syarat-syarat bagi busana muslimah dalam kehidupan umum, seperti yang ditunjukkan oleh nash-nash al-Qur’an dan as-Sunnah.

Kerana itu, kesalahfahaman semacam itu perlu dibetulkan, agar kita dapat kembali kepada ajaran Islam secara murni serta bebas dari pengaruh lingkungan, pergaulan, atau adat-istiadat rosak di tengah masyarakat sekuler sekarang. Memang, jika kita istiqamah dengan Islam, memang terasa amat berat.
Misalnya saja memakai jilbab (dalam erti kata yang sesungguhnya). Di tengah maraknya berbagai mode busana wanita yang diiklankan moden dan ‘up to date’, jilbab secara kontras jelas akan kelihatan ortodoks, kaku, dan kurang mengikut peredaran zaman (dan tentu, tidak seksi). Padahal, busana jilbab itulah pakaian yang benar bagi muslimah.

Di sinilah kaum muslimah diuji. Diuji imannya, diuji taqwanya. Di sini dia harus memilih, apakah dia akan tetap teguh mentaati ketentuan Allah dan Rasul-Nya, seraya menanggung perasaan berat hati namun berada dalam keredhaan Allah, atau rela terseret oleh pujukan hawa nafsu atau rayuan syaitan terlaknat untuk mengenakan kaedah-kaedah liar yang dipropagandakan kaum kafir dengan tujuan agar kaum muslimah terjerumus ke dalam lembah dosa dan kesesatan. Kita ni memang mudah terikut2 dengan budaya negatif ini, takut nanti dilabel tidak moden, kolot, ketinggalan zaman.

Berkaitan dengan itu, Nabi Saw pernah bersabda bahwa akan tiba suatu masa di mana Islam akan menjadi sesuatu yang asing —termasuk busana jilbab— sebagaimana awal kedatangan Islam. Dalam keadaan seperti itu, kita tidak boleh lalai atau ghaflah. Harus tetap bersabar, dan memegang Islam dengan teguh, walaupun berat seperti memegang bara api. Dan insyaAllah, dalam suasan masyarakat kita yang rosak dan tenat seperti ini, mereka yang tetap taat akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Bahkan dengan pahala lima puluh kali lipat daripada pahala para shahabat. Sabda Nabi Saw:

“Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.” [HR. Muslim no. 145].

“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Bagi orang yang mengerjakan suatu amalan pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang yang mengerjakan seperti amalan itu. Ada yang berkata, “Hai Rasululah, apakah itu pahala lima puluh di antara mereka?” Rasululah Saw menjawab, “Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para shahabat).” [HR. Abu Daud, dengan sanad hasan].

Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita, membimbing kita agar iman kita tetap utuh dalam menjalankan tuntutan islam sebenar.

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Wallauhu'alam


TUDUNG LABUH 1

Kakchik sembang dengan suami tentang ada sesetengah perempuan yg tak pakai tudung dengan alasan, walaupun mereka tak bertudung, hati mereka lebih baik daripada mereka yg bertudung... Allah melihat pada keikhlasan di hati... Allah tak pandang luaran....
Simple aja, suami cakap macam tu... kepada mereka yg cakap macam ni... senang aja nak jawab... "Siapalah kita yang menj membahaskan ayat2 al-Quran"....walau pun kita ni jahat atau baik, selagi namanya perempuan maka wajiblah menutup aurat.  Nanti di akhirat bab menutup aurat lepas dah, tinggal nak jawab bab2 dosa2 lain yang kita himpun.. tetapi selalunya bila dah menutup aurat mengikut syariat, insyaAllah automatik kita akan jaga segal2nya maka kuranglah kita mengumpul dosa.
Dan hukuman bagi mereka yg mendedahkan aurat rambut mereka adalah mereka akan digantung dengan rambut mereka di dalam neraka dan dinyalakan api yang marak menyala dari bawah kaki mereka.. Kalau apa yg didengar ni tak menggerunkan hati mereka..... tunggulah... bila datang hukum Allah nanti.. waktu tu, mereka akan menyesal.. menyesal yg tiada kesudahannya....
Dlm hal ini, kakchik bersyukur... Alhamdulillah.... setakat hari ni kchik masih mampu menjaga aurat seperti yg digariskan oleh Islam.. Mungkin ada sedikit-sebanyak kekurangan lagi yg masih lagi boleh diperbaiki.. Kalau tak, kesian suami kakchik kerana sebagai suami yang akan menjawab di akhirat kelak atas segala kesilapan yg dilakukan kakchik... Yang masih liat ialah memakai stokin dalam keadaan2 tertentu.. Tapi, SEBAGAI SUAMI, dia BERKERAS dan kata.. kalau tak pakai stokin.. jangan keluar dari rumah. Dan kalau keluar jugak, dia akan ingatkan ... katanya dia dah pesan... Di akhirat esok.... SILA TANGGUNG DOSA SENDIRI. Dan Alhamdulillah... rasa takut gak jadi kakchik lebih beringat.
Masa sekolah rendah hingga ting 5 memang kakchik tak bertudung. Naik ting 6 mungkin hidayah Allah kakchik rasa terpanggil nak bertudung. Zaman tu tudung jenis panjang, ikat dibelakang leher dan juntai ke depan atau lepas ke belakang. Dalam keluarga belum ada yang pakai tudung jadi kita ni nampak alim la sangatnya. Pas tu kakchik dapat tawaran lanjut pelajaran ke Newcastle, England. Takutnya bukan main takut iman tercabar di sana. Minta izin ngan mak nak labuhkan sikit tudung. Jadi masa p sana kakchik pakai tudung 3 segi (istilah kami masa tu la…) pendek di bahu tapi labuh la tutup paras dada. Masa di sana la kakchik betul2 insaf betapa jahilnya kakchik tentang islam. Kawan2 ‘mat saleh’ tanya itu ini pasal islam, kakchik tak boleh jawab. Tak pandai English satu bab, tak tau hukum hakam agama sendiri tu yang rasa malu sangat dengan diri sendiri. Time kakchik belajar tu la kes Salman Rushdie dengan Satanic Versesnya, kes perang Iraq dan Iran, kes pencerobohan Iraq ke dalam Kuwait.. mcm2 lagi la. Kawan2 dan jiran2 dok kutuk kata islam jahat dan yang sedihnya kakchik tak tahu macamnana nak bela agama sendiri. Kakchik mula belajar. Hampir senua VHS ( masa tu mana ada VCD, DVD ni semua) Ahmad Deedad kachik tengok.. Kakchik ikut usrah.. Alhamdulillah koi bertambah ilmu dan semakin faham islam dan bukan sekadar nama dalam kp ja islam.
Nak balik Malaysia, lagi takut. Malaysia kononnya Negara Islam tapi hakikatnya lagi teruk dari England. Orang islam di sana saling bantu membantu menguatkan iman sesama islam. Kat sini persekitaran semuanya menyumbang nak menjatuhkan islam. Kawan2, jiran2 buat don’t know ja kalau ada saudara sesama islam dia buat salah. Pakat sibuk dengan urusan masing2, tak tau jiran sebelah rumah bersedudukan ke tak.. Alah kubur masing2. Itu budaya hidup di Malaysia.  Jadi kakchik amik keputusan pakai tudung labuh.
Sebab
1. nak jaga kaki ni jangan dok masuk tempat ikut dan ja. Apa orang akan kata kalau pakai tudung labuh tapi dok masuk kedai jual kaset cd, masuk panggung, jom heboh dll.
2. kchik tak banyak ilmu tapi bila kita bertudung labuh ni org sangka kita berilmu dan orang tanya hukum hakam. Banyak yang kachik tak boleh jawab dan terpaksa rujuk ustaz ustazah atau buku2 agama. Secara tak langsung kakchik kena tambah ilmu dari semasa ke semasa. Kira motivasi untuk baiki kelemahan diri sentiasa ada.
3. nak jaga budi pekerti. Memang semua orang mesti berbudi bahsa sopan santun. Tapi kekdg kita lupa. Kita selalu dengar org kata: pakai ja tudung labuh tapi mencarut, tudung ja labuh tapi mulutttttttttt, tak guna pakai tudung labuh jubah segala kalau perangai hodoh, mcm3…. Orang tak bertudung atau tudung biasa2 ja pun mencarut, tak insurans mulut, perangai pun boleh tahan gedik dan getiknya, TAPI PERSPEKTIF org tentang org berjubah dan bertudung labuh ini selalunya org yang alim dan baik budi pekertinya. Jadi pakaian jubah dan bertudung labuh (pada pendapat kchik ja la) sekurang2nya sentiasa mengingatkan kchik supaya jaga tutur kata, batas perbuatan dan pergaulan dll sesuai dengan tanggapan umum ni. Kchik nak SEMUA org terima ISLAM agama yang menjadikan individu tu ‘bertamadun’.
tapi kesan positif yang lain juga tertempias bila kchik bertudung labuh ni…
1. orang lelaki jrg nak usik, terutama bila kita jalan depan dema yang tgh syok melepak… 

2. kchik perasan rakan2 sekerja lelaki juga mcm hormat dan kurang buat lawak ‘lucah’ dengan kita… lwk bodoh pun jrg2… 

3. masa kchik kursus di Bangkok thn 1996 dulu… kwn2 pakat dok kata hati2 sbb byk penyaluk saku, x ramai org islam dll. Tapi layanan spjg kursus 6 hari huh 5 Bintang. Ada rakan2 islam lelaki dan perempuan yg lain tapi pihak penganjur tak layan la sgt (mungkin sbb yg perempuan tu xbertudung dan yg lelaki main belah ja mkn semua) Cth: masa mkn.. ketua chef akan iring kchik utk tunjuk mknan mana halal yg mana tak. Nasi utk kchik pun dia ambil terus dr ‘rice cooker’ sebab dia kata wap masakan tak halal dah kena pada nasi yang di hidang pd org ramai. Masakan sayur pun byk x halal. Jadi dia cdg makan ‘salad’ ja. Mengikut penganjur (masa tu la, la ni kchik tak tau prosedur mcmana) semua ayam di bangkok adalah halal kerana syarat kerajaan Thailand semua ayam perlu disembelih di satu pusat sembelihan yang besar kemudian baru2 ayam2 tu dihantar serata tempat. Jadi kalau beli ayam di supermarket mmg halal. Cara org msk ja buat dia tak halal. Even klu kchik nak makan yg bergoreng dema akan kuarkan kuali baru berkilat lagi untuk goreng apa2 yg kchik nak. Tapi kchik takut kuali ok tapi lauk pauk x ok so mkn moi ja hari2 + telur masin utk breakfast o senang amik ‘cereal’ n susu. (Sampai tara tu org hormat pada org islam, kita di Malaysia ni chef islam sendiri masak guna arak selamba ja hidang kat kita2 ni). Kami di bawa2 jln naik kenderaan awam (saja2 pusing Bangkok) time tu tgh sesak. Org bangun kasi kchik duduk sebab hormat kata dia dlm siam (penganjur tlg ‘translate’). Terharu. Kalau lalu tempat2 yg sesak, dema ketepi bagi laluan. Mungkin masa tu 1996, tak ramai yang bertudung labuh lagi kot.. tapi kalau p la ni xtau adakah layanan masih sama..

4. kegunaan lain.. sejak ada anak kecil ni kchik guna tudung sebagai payung. (Kalau turun keta nak p dekat2 ja la). Selubung anak sat dengan tudung dan lari masuk dari kereta ke rumah atau kedai ka.. Panas ka hujan ka sekurang2nya anak tak panas atau basah.
 
5. kalau anak nak menyusu anytime boleh. Anak menyusu dalam tudung... terjaga aurat kita.. anak kchik pun dah pandai sorok muka dalam tudung tiap kali menyusu. Org takut... kata mati lemas kang anak tu. Ish2 bukannya kita tekup erat2 muka anak.
 
6. Boleh sorok beg tangan dalam tudung bila ke mana2. Boleh elak diragut…

Alhamdulillah, ramai juga kenalan kakchik dan saudara mara kakchik yg menjaga aurat mereka... Kakchik tengok ramai yg memakai tudung apabila mereka keluar dari rumah.. sama ada pergi kerja ataupun keluar bershopping... Bagi kchik, mereka ni dah mengikut apa yg Islam gariskan dalam satu aspek....
Tapi, aurat wanita bukanlah semata mata memakai tudung sahaja... Perkara HARAM yg dah dibiasakan masyarakat kita (dah dihalalkan pula lagaknya) ialah memakai tudung TETAPI memakai pakaian yg berlengan pendek. Mereka menyangka lengan tangan mereka bukan aurat yg berat utk dijaga... Tetapi, sedarlah... hukumannya tetap sama di akhirat kelak.. tangan mereka akan DIBAKAR oleh api neraka....
Lagi satu, pemakaian stokin bagi menutup kaki... Dari apa yg kchik lihat, majoriti wanita tidak memakai stokin apabila mereka keluar dari rumah sama ada utk pergi kerja atau pun shopping... Mereka sangka tiada siapa yg lihat kaki mereka, sedangkan itu adalah sebahagian dari aurat yg mereka perlu jaga.... Dan sekiranya mereka mendedahkan kaki mereka, kaki mereka itu akan DIBAKAR oleh api neraka yg marak menyala... Pakai stokin memnag tak wajib tapi menutup aurat itu WAJIB jadi kalau segan sangat nak pakai stokin, maka pakai la kasut yang ala2 'boot' tu yang menutup semua bahagian kaki atau pakailah kasut yang menutup semua jari2 dan tumit dan pakai kain labuh untuk tutup bahagian2 lain yang terdedah.
Waullahualam.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 4


Kakchik rasa banyak orang lupa yang suara kita kaum hawa ni pun kira aurat gak... selama ini kita lebih berat kepada isu busana muslimah yang tidak berapa menutup...

Kakchik jarang dengar radio sebab lagu2 yang didendangkan dah tidak lagi sesuai dengan jiwa...
Cuma kekadang time nak pi atau balik sekolah kakchik bukak juga radio untuk dengar berita, ceramah agama, motivasi pagi dan sebagainya. Dan 'channel' yang kakchik selalu pilih ialah IKIM.fm... lagu2 dia pun kekadang ada yang tak sesuai jiwa sebab tak kira genre apa2 pu, kalau ada skit2 ja unsur agama pasti dema pasang tak kira penyanyi tu siapa, tapi sebab channel IKIM.fm ni berat ke islam jadi tak tukar channel lain dah kecuali jam 2 ngan 5:30 tukar kedah.fm dengar ceramah/forum atau soal jawab agama.

Yang menjadi kakchik SANGAT tak boleh dengar radio ialah suara DJ perempuan yang manja sesangat macam dibuat2. kakchik yang perempuan ni pun rasa geli telinga, kaum adam tak tau macamana. Kalau kaum adam teransang sebabkan suara mereka yang mendayu2 manja tu... tanggung la dosa aurat suara..

DJ 'channel' lain pun ngada2 juga mungkin respon orang pada komen kakchik ni. Memang ada benarnya tapi kakchik paling risau 'channel' IKIM.fm ni sebab dema membawa imej islam kononnya..... TAPI bukan semua DJ perempuan di IKIM.fm mengada2 tapi aurat tetap aurat jadi kena jagalah... takut tersilap langkah ja... Kakchik hanya nak beri teguran positif agar iman kita tambah mantap... amalan hidup dah baik sangat tapi tercemar dengan terlupa pandang nak jaga aurat suara.

Kenapa la penerbit tu mesti nak kena ganding DJ perempuan dengan DJ lelaki... tak bolehkah 2 DJ sejantina mengendalikan satu2 segmen... bila dah campur DJ lelaki perempuan satu segmen, maka 'mesra alam' sesangat la dema tu... berbulu telinga mendengar gelak hilai dema tu... Mana pergi rasa malu seorang muslimah yang sepatutnya menjaga aurat suara.

Yang hairan, kadang2 segmen untuk adik2 pun suara DJ lemak merdu manja mengada2... kena ka? sebab yang dengar segmen tu di radio bukannya adik2 ja tapi didengar oleh semua golongan usia.

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati ni... niat tidak menhalalkan cara... memang niat kita nak memperjuangkan islam tapi kalau suara kita boleh membawa kepada menghampiri zina huh sangat besar dosanya.

Apabila suara wanita tersebut dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan, ianya adalah haram untuk diperdengarkan kepada jantina berlawanan secara ijma'. Allah telah memberi amaran:
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Di sini, para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini. Imam As-Suddi berkata, larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.

Kajian dibuat ke atas pemandu2 lelaki di jalanraya di bandar London terhadap kesan gambar2 separa bogel di 'billboard' sepanjang jalan dan juga suara DJ2 radio menunjukkan kesan yang negatif.. pemanduan jadi terganggu... Ish kalau buat kajian di Malaysia responnya pasti sama...

Begitu juga dengan muslimah2 yang mengaji quran dengan sedap dan siap bertarranum di tv dan radio. Niat ok tapi cara tak kena.. tambah2 kalau niat nak menunjuk2, nak menang hadiah dsbnya lagi la besar dosanya.. boleh jatuh haram kalau kita baca quran niat untuk riak, ujub dan cari hadiah besar. Ada perkara yang lebih baik dibiarkan lelaki monopoli.

Menyanyi tentu dah.. tak payah komen panjang walaupun lagu nasyid, sebab nama pun menyanyi, pasti mendayu2 mengoda, mana boleh jual album kalau nyanyi macam kayu macam katak panggil hujan... nyanyi satu 'key' ja...

Kakchik bukan nak ngutuk sesaja, tapi kakchik tak boleh ambil sikap biar ja la.. tak boleh.. sebab nanti Allah tanya ada tak semasa di dunia lagi kakchik berpesan2 sesama islam dengan kebenaran dan kesabaran?

wallahu'alam

Friday, December 3, 2010

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 3

Assalamualaikum

Kakchik dengar satu motivasi yang sangat berkesan di jiwa kakchik.
Nak kongsi dengan sahabat muslim muslimah.

Kita ni kadang-kadang lupa yang bila-bila kita akan dipanggil menghadap Allah. Kita rajin pi check up kesihatan. bayar ratusan RM nak check itu ini di pathlab dsbnya. Tengok keputusan pagi ni semua ok, tup2 mai tengahari kita dijemput malaikat maut. Siapa sangka. Itu sebab kebanyakkan kita selalu buat kerja bertangguh. Tangguh solat, tangguh nak bayar hutang, tangguh nak mohon maaf, tangguh nak buat baik, tangguh nak berhenti buat maksiat, tangguh nak bertaubat...

Tangguh solat... masuk waktu ja cepat2 kena solat takut kita mati 3 minit lagi dahhh masuk buku mati tak solat... kalau pergi masjid tengok ada orang tengah solat jemaah, kalau dah ready (secepatnya) masuk ja ikut imam walaupun imam masa tu tengah tahiyat awal. kita selalu tunggu sampai imam naik rakaat seterusnya baru masuk.. ish2 buatnya tak sempat. dahhh mati tunggu nak masuk jemaah solat bukan mati dalam solat berjemaah. Rugi2..

Tangguh nak buat baik... kita ni kalau nak buat apa2 perubahan... azam nak pakai tudung, azam nak labuhkan tudung, azam nak berhenti merokok, macam2 azam kita ni selalunya kita tunggu sempena.. sempena tahun baru, sempena maal hijrah, tunggu hari lahir yang ke 25 macam2 lagi sempena.. kena yang elok dan baik tu kita tak buat terus... sekarang... la ni gak.. mana tahu kita sempat ke tak tunggu tarikh2 yang kita 'target' tu..

Bila kita tangguh nak mintak maaf terutama pada ibu bapa kita... nyesalnya tak terkira kalau dema meninggal dalam keadaan kita tak sempat nak buat baik dan mohon maaf. Kalau bawak 'backhoe' pi korek lubang kubur pun bukan ada gunanya... dema dah meninggal bukan boleh bangun balik maafkan kita macam kisah zaman Nabi Musa mayat hidup semula tunding pada pembunuhnya...

Salah satu hak kita dengan sahabat dan jiran2... kena sabar dengan kerenah mereka dan selalu doakan kesejahteraan mereka... Kalau ada salah silap tu maafkan ja la...
Kita dok tuduh puak Arab tak bersatu asyik bercakar ja... yang kita ni baik sangat ka dengan jiran2 bertegur sapa tak.. dengan kawan sepejabat dok masam muka ka... buang yang keruh ambil yang jernih.. tak kira sapa salah, kita yang mula mintak maaf... habis cerita mula episod baru.
Jangan tangguh...

Jangan tangguh nak didik anak2... tu yang kakchik belajar buat blog ni... nak tinggal ilmu buat anak2 kakchik yang kecik2 lagi... kakchik takut benar kakchik mati sebelum sempat kakchik ajar dema serba sikit ilmu islam. kalau la pada masa depan blog ni masih relevan kakchik harap anak2 kakchik boleh guna ilmu2 yang kakchik salurkan.
jadi buat masa ni ajar ikut sesuai dengan usia dema. adab2 dalam islam, adab makan, pakai, bergaul, adab dengan ibu bapa, orang yang lebih tua... ada 1 cd (doa berlagu) dalam kereta, tiap kali naik kereta dema suka pasang dan menyanyi sekuat hati... sakit jiwa kekadang tapi sekurang2nya dema dah hafal banyak doa...

Jangan tangguh. Kchik pastikan anak2 kchik yang muslimah sunat dah.. ada yang umur 3 tahun baru teringat tak sunat lagi.. sian budak tu.. buatnya kita mati dan tak da sapa tau anak kita tak sunat lagi besarlah budak tu dengan tidak bersunat.. antara sebab digalakkan bersunat ialah untuk mengelakkan anak dara kita kuat seks (bukan nak tuduh tapi yang jadi bohsia dan anak2 kecik yang pandai bab ni sebab dulu dema tak sunat), anak2 lelaki pun seawal mungkin kakchik sunatkan (cukup 3 tahun dah sunat), kakak kakchik anak2 lelaki dia lahir2 ja dalam wad lagi dah sunat... senang.. lepas satu tanggungjawab..
Kakchik cerita bab didikan anak2 ni dalam post lain kalau Allah izinkan...

Jangan ambil mudah urusan mati... Jangan sampai kita menyesal.. dah tak berguna lagi

Thursday, December 2, 2010

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 2

Assalamu'alaikum.

Lucu pun ada dengan kerenah umat manusia sekarang. Tapi kakchik lebih sedih dan sayu. Kakchik rasa hidup kita jadi celaru haru biru sebab kita sudah jauh lari dari jalan Allah dan sunnah Rasulullah.
Bayangkan hidup kita sekarang .... buat rumah besar2 tapi jenuh buat pagar besar, tinggi, berkawat duri kekadang siap upah jaga lagi... rumah pulak kena buat besi 'grill' walaupun berbunga2 berukir2 tapi hakikatnya kita semua umpama macam duduk dalam penjara.
Kalau ada barang berharga nak tinggal rumah pun takut, pakat usung semua reta.. Ada kawan tu dok la usung 3 laptop dia ke sana ke sini... takut nak tinggal dalam rumah takut tinggal dalam keta...

Masjid pun buka kunci masa solat ja, kalau musafir datang waktu jemaah dah pakat balik, alamat kena la pi cari masjid lain atau solat ja di kaki lima masjid.. lelaki tak pa la ni kalau kaum hawa macam kakchik ni nak solat kat mana? kat kaki lima tu juga ka?
Semua ni terjadi sebab kita takut .... takut pada pencuri2 yang kian canggih....

Sebab apa perkara ini berlaku secara berleluasa??  sebab kita tak tangani jenayah ni secara islam... cuba kita buat hukum hudud pada sorang dua yang mencuri rasanya pakat2 takut mencuri dah..
kita akan hidup aman damai tak payah la mangga kunci rumah berlapis2 besar dari penumbuk
tak perlu nak beli kunci 'steering' + kunci 'gear' + kunci 'break' untuk keta kita...
Ish2 kalau ikut cara hidup islam insyaAllah aman hidup kita.
Duit yang kita guna buat tembok besar, kawat duri dan sebagainya boleh kita gunakan buat tambah amal jariah kita...

Kakchik takut Allah tanya kita sebab apa kita tolak hukumNya... kita pakat solat jemaah sujud sampai bertanda di dahi tapi bila tiba masa nak amalkan hukum Allah, kita kata 'barbaric'... Aik dema dok tuduh sapa 'barbaric'? Allah? Berani dema ya...

Masa kakchik di Madinah 2007, pelajar2 di sana beritahu kami baru ja terlepas satu hukuman hudud yang di jalankan di Dataran. 
2 orang remaja dihukum pancung kerana meliwat, membunuh dan memotong mangsa seorang kanak2 berumur 12 tahun. 
3 tahun lepas dema buat jenayah ni, dema potong dan campak mayat di merata tempat dan ada yang disimpan dalam peti sejuk. Tahun tu juga la para jemaah kita dikejutkan dengan banjir agak besar di Madinah. ALLAH Maha Besar Maha Bijaksana, kering ja air, potongan2 mayat pun timbul terapung... ayah di budak ni kenal mayat anaknya (melalui tanda di badan atau jam tangan ke tak pasti lupa dah (ish2))... siasat punya siasat dapatlah tangkap 2 remaja ni.. 
dema di reman dan sepanjang dipenjarakan mereka di beri kelas fardu ain, ajar hukum2, ajar semula apa itu islam A - Z (sekadar yang boleh dalam penjara dan kekangan masa) . 
mereka juga membuat solat taubat setiap hari dalam penjara sehingga pada tarikh hendak dijatuhkan hukuman, 
2 budak remaja ni tenang mengaku semua kesalahan (orang ramai boleh dengar dengan jelas), memohon maaf dari waris mangsa dan redha dengan hukuman itu. 
 Kakchik tak da time tu tapi dengar cerita pun dah sedih... dan gerun.. sedih sebab orang kutuk hudud ni kejam tapi sebenarnya bukan terus hukum tapi pesalah diberi peluang bertaubat... gerun sebab pancung depan orang ramai... ngeri pun ada.. rasanya tak da sapa nak buat salah lepas ni... insaf... kat malaysia ni yang salah di gantung dalam bilik yang tengok 5 orang ja... mana datang keinsafan.
Kita ni semua akan mati. Itu sangat pasti... jangan main2 dengan janji Allah.
Wallahualam.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Wednesday, December 1, 2010

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 1

Salam.

Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu.

Kakchik tak tahu nak sedih ke nak marah atau nak simpati tengok gelagat orang sekarang ni.. kekadang kita ni gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang laut kita nampak.. salah orang beria-ria kita perasan, salah sendiri kita tak ambil peduli... orang tegur kita mudahnya melenting...
contoh baru-baru ni kakchik singgah di R & R Tapah untuk solat jamak qasar zuhur dan asar. Ramai sungguh orang di surau yang sempit itu.. 
 Alhamdulillah kakchik suka sebab itu tandanya sudah ramai orang kita yang sedar tentang pentingnya solat... 
tapi kalauuulahhh surau itu sebesar kawasan untuk rehat dan makan 
lagi syukur.
Yang kakchik terkilan tu ramai yang solat tapi tak jaga aurat masa solat... Allah dan Rasulullah dah ingatkan aurat kita kaum hawa ni segalanya kecuali muka dan tapak tangan... masih ramai yang terlupa dan terleka nak'chec'k rambut yang ter'babas' keluar, dagu tak ditutup (kakchik tiada masalah kalau dema nak solat tak guna telekung... tapi tolonggggglah pastikan dagu tu berlapik, stokin tak nipis dan tutup lengan sampai menutupi 'bonggol' di pergelangan tangan), telekung jangan nipis, kadang2 terlalu banyak kerawang di telekung boleh nampak aurat dari celah2 lubang kerawang tu.. kalau tak mau buka tudung 'just' pakai telekung atasnya takda masalah jika tudung yang di dalam tidak dibiarkan hingga menutupi dahi.
Kakchik simpati dengan saudara2 muslimah... kita kena ambil berat tentang solat, syarat2 sah, rukun dan tertib solat kira2nya serba serbi tentang solat sebab perkara pertama yang Allah tanya ialah solat.. Kita boleh ambil masa untuk 'make-up' tengok depan cermin berkali2 baru keluar rumah atau surau tapi tak boleh nak ambil masa check perkara yang nak ditanya Allah di akhirat kelak. Kakchik risau kita solat 5 kali sehari tapi 1 pun Allah tak ambil kira.. rugi2... ini peringatan untuk diri kakchik dan semua kaum muslimah yang amat kakchik sayang.
 Jangan ambil mudah bab mati ni, kita memang dilahirkan islam tapi belum tentu kita mati dalam islam lagi... 
Ambil masa untuk cari dan faham ilmu islam ni...
wallahu'alam

Tema bulan ni - PERSEDIAAN MATI



Assalamu’alaikum.

Kachik selalu sedih dengan kebolehan diri menyibukkan diri dengan urusan2 dunia yang menghambat sehingga kadangkala berjaya ‘melupakan’ sebentar tentang ‘ultimate objective’ kita di dunia iaitu semuanya kerana ALLAH, untuk meraih redhaNYA dan untukNYA. Bak terjaga dari lena yang panjang, memikirkan kembali hati yang ‘terpukau’ untuk mencintai nikmat lebih dari mencintai pemberi Nikmat, ALLAHu Rabbi. Kchik sangat2 berharap agar perjalanan kita kali ini dibawah tarbiyyahNYA dan menuju cahaya cintaNYA yang hakiki, yang abadi dan yang mutlak.

Jadi sepanjang hidup ini pasti kakchik banyak mengumpul dosa… Setiap kelemahan dan kesilapan kakchik di sini, kakchik mohon ribuan kemaafan, dan semoga ukhwah semakin erat di antara kita sesama muslim. Barakallahu fikum. Jangan berhenti menegur semua kesilapan kchik.

Teringat kata-kata Umar ibnu khattab…

‘Tidak akan kau berasa gundah walau sesaat/sekali jika kau tahu apa yang di cari’

Maka atas setiap urusan kita perlulah faham tentang objektif semasa dan objektif utamanya adalah kita lakukan kerana ALLAH swt. Sama-sama kita berdoa semoga hati kita lebih terarah kepadaNYA berbanding nikmatNYA, dan diterima kasih kita yang tidak seberapa ini.

Doa yang Rasulullah saw pesan kepada Muaz supaya sentiasa amalkan:

‘Ya ALLAH ya Tuhanku, bantulah aku untuk mengingati MU, dan mensyukuri nikmat MU. Ya ALLAH ya Tuhanku yang berkuasa mengubah-ubah fikiranku, tolong kukuhkan fikiranku keatas agama MU dan taat keatas agama MU’


Ya Allah, Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, Seringkali aku benar dalam pendirian, tetapi salah dalam perhitungan benar dalam prinsip, tetapi keliru dalam cara dan perbuatan. Namun, kejujuran dalam kehidupan sentiasa memaksa aku supaya mengakui kekeliruan dan kelemahan diri. Sesungguhnya, aku keliru kerana telah berbuat kesilapan. Namun aku bersyukur ya Allah, kekeliruan dan kesilapan ini telah memberi banyak makna dan berguna dalam membuka mataku dan menyingkap tirai kegelapan hati.

Ya Allah rabbul izzati, bantulah hambaMu ini dalam mengarahkan cintaku pada yang utama, cintaMu dengan harapan hati ini menjadi lebih tegar. Bukan duniaMu yang kucari ya Allah, tapi redhaMu. Berikan aku petunjuk dan rezeki mujahidMu

Amin ya Rabbal alamin, KAU tempat kami menyerah diri