Thursday, February 3, 2011

ALLAH ITU MAHA BESAR. TOLONG TERANG UMMI.

Ada satu ketika dahulu anak Kakchik pernah mengalami kesukaran untuk menceritakan kebesaran Allah pada anak. Astaghfirullahal azim! Rasa malu yg teramat sangat pada Allah. Kakchik mengaku kakchik orang islam tapi kakchik sendiri tak boleh nak terang konsep kebesaran Allah ni. Macamana lah kakchik nak berdakwah pada orang. Semoga Dia ampunkan kakchik.
Sedikit demi sedikit saya mulakan latihan. Setiap kali bercerita dengan anak, kakchik akan selitkan cerita tentang kebesaran Allah. Sedikit pun jadi lah…
Mula-mula, cakap perkara yang mudah dahulu pada anak..
Daripada perkataan simple ini, cuba kaitkan dengan apa yang ada di sekitar kita dan buat sedikit analisis. Kita boleh ambil contoh daripada anggota badan;
Lihat pada mata. Allah swt ciptakan mata di hadapan muka.
Kakchik tanya : Macam mana jika Allah ciptakan mata di belakang kepala. Mesti susah nak berjalan dan buat macam2 benda. kakchik terangkan
Tengok hidung pula.
kakchik tanya: Bagaimana kalau lubang hidung menghadap ke atas? Tentu bila hujan turun, air hujan akan masuk ke dalam hidung. Mesti susah kan? Setiap kali hujan, hidung kena pakai payung
Tengok rambut yang asyik memanjang aja walaupun digunting atau dibotakkan.
kakchik tanya: Bagaimana kalau bulu mata tak berhenti memanjang. Macamana kalau gigi atas terus panjang ke bawah dan gigi bawah terus tumbuh ke atas?

Dan banyak lagi, kebesaran Allah yang boleh diceritakan tentang anggota badan….
Kenapa jari-jari manusia tidak sama tinggi?
Bagaimana cap jari manusia boleh berbeza antara satu sama lain?
Kenapa mata ada kelopak mata?
Kenapa kita ada 2 telinga dan 1 mulut?
Allah Maha Mencipta dan Memelihara. Dia ciptakan makhlukNya dan Dia akan pelihara setiap ciptaanNya. Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.
Kesemuanya adalah bukti-bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa Allah swt Maha Berkuasa.
Kena yakinkan hati anak kekuasaan Allah swt. Allah swt boleh jadikan apa sahaja. Sedangkan makhluk tak dapat melakukan apa-apa tanpa keizinan daripada Allah swt.
Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk tukarkan siang dan malam. Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk turunkan hujan. Apabila Allah swt ciptakan gempa bumi dan thunami, tiada seorang manusia pun yang dapat mencipta mesin untuk menghentikannya.
Allah swt Maha Kuasa, makhluk tidak ada kuasa.

Ingatlah, semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah swt, maka semakin kerap juga lah iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat, mudah-mudahan, semakin mudah lah untuk kita mengamalkan perintah Allah. InsyaAllah

HAK-HAK ANAK DALAM ISLAM

Assalamu'alaikum

Salam sayang sesama islam.  Semoga ukhwah kita bertambah erat..

Tulisan kali ini kchik pilih tajuk hak2 anak dalam islam.  Satu lagi ilmu yang perlu kita ambil tahu sebagai seorang ibu atau bapa... jangan sampai Allah persoal kita tentang tanggungjawab kita memenuhi hak anak2 kita.

Menjaga anak semasa dalam rahim ibu lagi
- mendapat ibu yang baik
   Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majh.. Maksudnya:" pilihlah isteri yang sesuai untuk benih2 kamu (anak-anak)."  Seorang ahli bijaksana ada berkata
- keihatan ibu yang hamil dijaga"Mulakan tarbiah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan."  Maksudnya kita kena pastikan kita ni baik dan elok dalam semua segi (kalau boleh) supaya zuriat kita nanti juga akan soleh..dan boleh menjadikan kita model terbaik selain Rasulullah dan sahabat2 baginda.  Tengok sajalah Imam Shafie, atuk dia menyediakan kelahiran cucunya dengan mentarbiah anaknya (bapa Imam Shafie) dan menjodohkan anaknya itu dengan seorang isteri yang soleh, maka setelah itu lahirlah Imam Shafie seorang tokoh terbilang.  Begitu juga dengan Pemimpin Besar Muhammad al-Fateh.  Mengikut Rasulullah, pemimpin yang baik dengan rakyat dan tentera yang baik pasti dapat menawan kota Konstantinopel.  Atuknya memang soleh, bapanya juga insan hebat, jadi bila beliau lahir beliau menjadi insan yang memenuhi hadis Rasulullah. 

 - kesihatan ibu yang hamil dijaga.
terdapat banyak bukti menunjukkan kesan2 sampingan akibat ibu2 yang hamil memakan bahan2 yang merosakkan seperti minum arak, merokok, mengambil dadah, makan makanan yang haram atau syubhah.
Tekanan perasasn, sakit jiwa dan spiritual anak2 banyak dipengaruhi oleh suasana ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu.  
Suami selalu perli kchik bila2 anak2 mudah marah dan merajuk.  Dia kata sebijik mak dia masa mengandung, tak jaga sabar dan mudah merajuk.  Tapi memang pun kadang2 bila kchik perhatikan anak2 ada kalanya cara dia marah tu mirip gaya kchik.. Wow besarnya pengaruh...
Seorang ahli perubatan Peranchis mengatakan tindak-tanduk anak selalunya dipengaruhi oleh keadaanya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia. 

- kesihatan janin juga dijaga
 Allah memberi keringanan beberapa perkara ke atas ibu2 hamil untuk menjaga kesihatan ibu dan janin.  Contohnya wanita hamil  dibolehkan berbuaka puasa di bulan ramadhan jika risaukan kesihatan janinnya.  

- menjaga hak harta pesaka bayi
Jika bapanya meninggal dunia, maka harta pusaka tidak boleh dibahagi2kan sehingga bayi itu lahir supaya terjaga masa depannya.  
membunuh anak2 walaupun masih janin perlu dihukum

Menjaga anak selepas kelahirannya
- mendapat nama yang baik
Rasulullah ada bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad: " Kamu akan diseru pada hari Qiamat dengan nama2 kamu dan bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu."  
Nama yang buruk akan menjadi ejekan -  kesian anak2... boleh memberi kesan pada jiwa anak2.
Al-mawardi mensyaratkan nama yang baik mestilah ada 3 perkara:
*  nama asas adalah nama orang2 soleh
*  hurufnya pendek, senang disebut dan mudah
* sesuai dengan empunya badan.
Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang.  Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya.  Janganlah ikut budaya bubuh nama anak sebab bunyinya sedap tapi maknanya kurang baik.

- diberi hak untuk belajar (quran dan dll)
 Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya:"Apakah hak anak ini?"  maka Rasulullah s.a.w. menjawab" Berilah nama yang baik, ajarlah dia akhlak yang baik dan letakkan dia di tempat yang baik."
Kita kena ajar anak2 kita cara2 solat (jangan nak suruh ja dan merotan bila tak buat), kena sabar ajar anak2 ngaji quran (buat macam Jibrail ajar Rasulullah, peluk dan dudukkan di riba sambil ajar), kena kenalkan anak kita dengan ilmu tauhid yang betul, cara2 bersuci, akhlak, beza halal dan haram dll.  Nanti di akhirat nanti dia tak ungkit kita tak didik dia dengan terbaik.

- mendapat hak penjagaan
sebaik2nya kita ngasuh anak kita sendiri, senang nak bentuk ikut acuan kita.. tapi jika terpaksa keluar mencari rezeki, tinggalkanlah anak kita itu pada pengasuh yang ada ciri2 akhlak mulia, mengamalkan syariat islam, pengasih dan penyayang (maklumlah anak kita bukannya baik selalu, ada hari memang mencabar kesabaran pengasuh). 

- diberi hak mendapat nafkah
 Seorang bapa wajib menanggung segala perbelanjaan anak2nya selagi mereka tidak mampu mencari rezeki sendiri.  Bagi anak lelaki, tanggungjawab berterusan sehingga anak itu bekerja dan bagi anak perempuan hingga dia berkahwin.  
Hadis Rasulullah s.a.w. maksudnya "cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya."

- hak untuk menyusu
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud " DAn ibu2 yang melahirkan anak2, menyusukanlah anak2 mereka 2 tahun bagi mereka yang ingin menyusukan."
Cara kita menyusu pun boleh mempengaruhi jiwa anak2...
anak2 kakchik menyusu tak kira masa, lapar ja mula la nak 'selak'.. sebab tu kchik pakai tudung labuh senang nak cover... kereta pun beli yang 'auto' sebab sedang drive pun leh bagi anak menyusu gak... Semangat nak  nyusu sepenuh masa sebab suami tak mau anak2 dia besar jadi 'anak lembu' sebab minum susu lembu dari lahir sampai besar...


- Sayangilah anak2
orang yang ada rahmah, belas kasihan, Allah sangat suka sebab orang tiada belas ehsan maka Allah juga tidak kasihan padanya.  Hadis yang dikeluarkan oleh Imam at-Tarmidzi Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah  r.a. ...Pada satu hari ada seorang dari kalangan  suku  arab masuk Islam, namanya Al-Akraq.  Satu hari dia sampai di rumah Nabi s.a.w, dia ternampak cucu Rasulullah, Hassan, berlari ke Nabi... maka Nabi pun memeluk dan mencium cucunya.  
Pernah sekali Rasulullah tengah solat, cucunya panjat naik atas belakangnya, Nabi s.a.w. sujud lama kerana menunggu cucunya turun sendiri.  Ada juga kisah, Rasulullah sedang membaca khutbah, di lihatnya cucu dia yang sedang bermain di luar jatuh, Rasulullah s.a.w. langsung turun mengangkat cucunya dan kemudian menyambung membaca khutbah.   Tirulah Rasulullah... 

Wallahualam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan


Wednesday, February 2, 2011

TIPS MENDIDIK ANAK - 2



Assalamu’alaikum.  Salam ukhwah. 
Semoga Allah terus membimbing kita agar kita boleh membimbing anak2 kita menjadi muslim dan muslimah sejati.  Amin.

Dalam pembacaan kachik, kachik berjumpaan satu penulisan oleh Robert D. Ramsey.  Beliau member sebanyak 501 tips untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak kita  di kalangan juara. Kchik cuma ambil 10 tips ja dulu.

Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah suka mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Banyaklah bersabar dan jadikan Allah tempat mengadu yang terbaik.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.  Mereka tahu kita akan sentiasa ada ketika mereka susah hati, gelabah, sakit dll… kalau tidak mereka cari sokongan dari kawan2 dan lama kelamaan mereka akan renggang dari kita.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.  Ajarkan mereka zikir2 dan doa2.

TIPS MENDIDIK ANAK - 1

Assalamu’alaikum.  Semua orang sayang anak betul tak? Memang anak2 ni kadang2 menduga kesabaran kita, tapi mereka amanah Allah pada kita, macamana sukar pun kenalah kita didik mereka dengan terbaik.  Kchik nak kongsi beberapa tips kali ni. 

·         *  Jangan pukul anak dari lutut ke atas
·         *  Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh kawal,  Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
·         *  Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah….
·         *  Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.
·         Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kalau umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
·       *    Anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
·         *  Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
·         *  Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
·         *  Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Tuesday, February 1, 2011

Mendidik Anak-Anak..Petikan dari Dr Fazilah Kamsah.

Assalammualaikum......masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya
habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh
buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo
belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik
beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....

so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu seb
ab itu petua yg
dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak
bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena
marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul
dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ...

samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat
pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan
Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh
sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya
personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling
berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia'
dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita".

sekadar untuk ambil iktibar untuk mendidik diri kakchik dan
family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

Yang baik datang dari Allah

7 kaedah mendidik anak cemerlang dr Dr Fadzilah Kamsah

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

TEMA BULAN INI - DIDIK ANAK CARA ISLAM

Salam

Suami kakchik selalu kata kita tak boleh nak ubah segala sejarah silam kita... kalau dulu kita melalui zaman jahiliyah dan tersesat seketika Alhamdulillah Allah masih sayang pada kita dan terus beri hidayah dan kita tersedar lalu menyusuri semula mencari jalan pulang yang diredhaui Allah.
Hidayah yang Allah beri tu mahal harganya.. kena jaga elok2 agar kita tidak tersasar semula. Memang kita tak boleh ubah masa silam TAPI kita boleh ubah masa hadapan kita insyaALLAh dengan bimbingna ALLAH...
jangan salahkan ibu bapa yang tidak mendidik kita dengan betul, tapi kita boleh betulkan anak2 kita agar membesar tidak 'tersilap' macam kita... yang lepas biarlah kita hnya boleh mohon ampun nasuha dengan Allah tapi jangan biarkan anak2 kita buat silap macam kita

semoga post2 bulan ini bermanfaat dan dimanfaatkan