Wednesday, May 4, 2011

ISTERI RASULULLAH – JUWAIRIYAH BINTI AL HARITH R.H.

Juwairiyah merupakan anak kepada Al-Harith bin Dharar, balu kepada Musafi bin Safwan dan juga tawanan perang Bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan kemudian menjadi isteri baginda yang ke lapan dalam bulan Sya’ban tahun ke 5 Hijrah dengan maharnya 400 Dirham. 

Beliau dilahirkan dalam tahun ke 16 sebelum Hijrah, berkahwin dengan Rasulullah selama 6 tahun sebelum wafat dalam tahun ke 56 Hijrah di Madinah.  Seorang yang kuat beribadat dan rajin berpuasa. 

Aishah r.h. pernah meriwayatkan “ Tidak aku ketahui seorang wanita yang paling besar keberkatan terhadap kaumnya melainkan dia.”

Al-Fatihah

ISTERI RASULULLAH - ZAINAB BINTI JAHSY R.H.

Seorang yang kuat beribadah dan paling banyak bersedekah dan meraikan orang2 miskin sehingga Rasulullah s.aw. pernah bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya Zaiban binti Jahsy r.h. adalah seorang awwah.”  Sahabat2 bertanya apakah itu Ya Rasulullah?  “ Khusyuk dan rendah diri bila beribadah kepada Allah.”

Zainab bin Jahsy r.h. merupakan balu kepada Zaid bin Harithah ( anak angkat Rasulullah) dan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan beliau bermaharkan 500 dirham dalam Bulan Zulkaedah, Tahun ke 5 HIjrah di Madinah merupakan perintah langsung dari Allah s.w.t.   Tem[oh Perkahwinan mereka ialah 6 tahun.

Isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 7 ini adalah anak kepada pasangan Jahsy bin Riab dan Aminah binti abd. Mutallib  dilahirkan dalam tahun ke 30 tahun sebelum Hijrah di Makkah dan beliau wafat dalam tahun ke 20 Hijrah di Madinah.

Al-Fatihah

ISTERI RASULULLAH - UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H.


Anak kepada A-Mughirah (Abu Umayyah) dan Atikah binti Amir ini dilahirkan di Makkah, tahun ke 30 sebelum Hijrah. 

Dalam bulan syawal, tahun ke 4 Hijrah, Rasulullah s.a.w. menikahi beliau dengan harapan dapat memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka.   Tempoh Perkahwinan mereka ialah 7 tahun. 

Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang cantik paras rupa dan pintar.  Beliau juga merupakan wanita pertama yang berhijrah ke Habshah dan merupakan salah seorang ahli mesyuarat dalam Perjanjian Hudaibiyah. 

Isteri ke 6 baginda Rasulullah s.a.w. ini wafat dalam bulan Syawal tahun ke 60 Hijrah di Madinah.

Al Fatihah

ISTERI RASULULLAH – ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H.

Ayahanda dan bonda kepada isteri Rasulullah yang ke lima merupakan Khuzaimah bin Al-Harith bin Abdullah dan Hindun binti Auf.  Dilahirkan di Makkah dalam tahun ke-26 sebelum Hijrah.

Kerana memuliakan suami Zainab ( Abdullah bin Jahsy, suadara sesusu Rasulullah ) yang syahid dalam peperangan Uhud maka Rasulullah pun meminang Zainab dan mereka bernikah pada pengujung tahun ke 3 hijrah (ada juga yang mengatakan pada awal tahun ke 4 hijrah) di Madinah.  Perkahwinan mereka Cuma bertahan 2 hingga 3 bulan sahaja kerana beliau wafat dalam bulan Rabiul-Akhir tahun ke 4 Hijrah, di Madinah. 

Beliau digelar Ummu Masakin (ibu orang2 miskin) kerana sikapnya sangat penyaynag , perihatan dan kelembutan baginda terhadap mereka.  Beliau juga merupakan seorang lagi isteri Rasulullah yang meninggal dunia semasa hayat Rasulullah.

Al- Fatihah

Tuesday, May 3, 2011

ISTERI RASULULLAH – HAFSAH BINTI UMAR R.H.

Isteri ke- 4 baginda Rasulullah s.a.w. juga merupakan buah hati sahabat baik baginda iaitu Khalifah Umar Al- Khattab. r.a.  Bondanya, Zainab binti Mazh’un melahirkannya tahun ke-18 sebelum Hijrah di Makkah.

Untuk mengeratkan hubungan baik bapanya Saidina Umar Al-Khattab r.a. dan juga memuliakan suaminya yang syahid dalam Peperangan Uhud, maka dalam tahun ke 3 Hijrah Hafsah telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasih Allah baginda Rasulullah s.a.w.  dengan mahar juga 500 dirham dan perkahwinan mereka berlangsung selama 8 tahun dengan tiada zuriat. 

Hafsah semasa berkahwin merupakan balu kepada Khunays bin Hudhafah.  Beliau merupakan seorang yang pandai menulis dan berbahasa.  Pernah dalam tempoh perkahwinannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. beliau diceraikan oleh Rasulullah s.aw. namun datang Jibril memerintahkan rujuk.

Al- Fatihah

ISTERI RASULULLAH – AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H.


Isteri Rasulullah yang ketiga dilahirkan tahun ke -9 sebelum Hijrah di Makkah.  Beliau merupakan cahaya mata sahabat baik Rasulullah iaitu Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a  dan Zainab (Ummu Ruman) binti Amir bin Uwaimmir.

Rasulullah s.a.w. memilih Aishah untuk merapatkan hubungan baik dengan Saidina Abu Bakar r.a.  Dalam bulan Syawal, tahun ke 11 Kenabian ( tahun ke -2 sebelum Hijrah) di Makkah, ikatan pernikahan mereka termeteri dengan mahar 500 dirham juga. Tempoh perkahwinan adalah selama 13 tahun.  Dengan AIshah juga baginda tidak dikurniakan zuriat.

Aishah merupakan satu2nya isteri Rasulullah s.a.w.  yang masih dara semasa dinikahi baginda.   Beliau merupakan seorang wanita yang paling alim dalam pengetahuan agamanya.  Turun wahyu Allah khusus membersihkan beliau dari fitnah dalam peristiwa Hadith al-Ifki. 

Rasulullah selalu memanggil beliau dengan gelaran Umairah yang bermakna yang kemerah2an.  Rasulullah pernah bersabda: “Kelebihan Aishah r.h. berbanding wanita lain umpama kelebihan kuah (sup) dengan makanan lain.”

Saiditina Aishah r.h. wafat dalam bulan Ramadhan tahun ke -58 Hijrah, di Madinah.

Al-Fatihah.


ISTERI RASULULLAH – SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H.


Anak Kepada Zama’ah bin Qais bin Abd Shams dan Al-Shumus binti Qais bin Zaid  ini merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang kedua.  Saudah r.h. dilahirkan di Makkah, tahun ke- 68 sebelum hijrah. 

Rasulullah s.a.w. meminangnya selepas kewafatan Khadijah r.h untuk menjaga anak2nya.  Mereka mendirikan rumahtangga dalam bulan syawal tahun ke – 10 kenabian (tahun ke -3 sebelum hijrah) di Makkah dengan mahar sebanyak 500 dirham.  Tempoh perkahwinan mereka ialah 14 tahun.

Saudah juga seorang janda semasa Rasulullah s.aw. menikahi beliau.  Suami terdahulu ialah Al-Sakran bin Amru dan mereka dikurniakan 5 orang anak.  Namun perkahwinan antara beliau dengan Nabi Muhammad tidak dikurniakan zuriat.

Saudah merupakan seorang isteri yang pandai bergurau serta berjenaka dengan baginda Rasulullah.  Saudah binti Zam’ah wafat dalam bulan syawal, pada akhir pemerintahan Khalifar Umar r.a. di Madinah.

Al-Fatihah.