Thursday, June 2, 2011

SABAR NI BERBALOI

Assalamu’alaikum

Kachik ingat lagi zaman bujang kachik dulu. Macam2 orang dok kata al maklumlah akhirnya kakchik jumpa jodoh pada usia 35 tahun.

Komen yang positif… belum ada jodoh lagi tu.. insyaAllah ada la tu..

Tapi banyak yang negative… memilih, cerewet, itu la ngaji tinggi2 org laki pun takut nak masuk, tak bergaya langsung mcm mayat hidup ja… kahwin lewat hang payah nak beranak… beranak tua ni anak ‘down syndrome’… ish2 mulut memang boleh tarik kita semua masuk api neraka kalau tak jaga…

Tapi kakchik sabar. Misi utama CARI LELAKI YANG FAHAM ISLAM. Memang berlambak lelaki yang ngaku islam di luar sana tapi yang faham dan amal islam sikit bebenor… jadi peluang kachik tipis juga la… tapi kachik tak boleh putus asa berdoa dengan Allah, solat hajat segala. Kakchik dah rasa tekanan bila kakchik mula bertudung labuh dan istiqamah menutup aurat walaupun di dalam rumah bila ada yang bukan muhrim. Kachik doa sesangat agar keluarga calon suami boleh terima semua ni… kchik ni jahil... jadi kena cari suami yang boleh bimbing dan insyaAllah sama2 mahu tambah ilmu dari masa ke semasa...

Kawan2 dan machik2 di kg patut dipuji atas usaha mereka nak carikan jodoh untuk kachik tapi calon2nya…. Maaf bebanyak...

Bukan nak riak yang banyak orang nak berkenalan dengan kchik (tak ramai pun) cuma nak crita pengalaman diri.

Memang kalau bukan jodoh kita, bawak la mai doktor ka, engineer ka, chef restoran ka, duda ka, pegawai bank, mandor binaan, warder penjara… memang tak jadi. Tak berkenalan lagi tapi kchik dah buat solat hajat, istikorah mintak pentunjuk dari Allah dan Allah selalu buka 'hijab' tentang calon2 yang dicalonkan tu... jadi kchik ada alasan yang kuat jadi tak ragu2 untuk menolak. Kchik ingat lagi ada sorang mamat ni first time call pun dah tanya gaji berapa n marah2 bila dapat tahu gaji kchik 'ciput' ja... (kchik saja nak duga dia.... kata duit habis potong pinjaman keta, bayar balik pinjaman belajar la dan mcm2), ada sorang ni kata dia dah bersedia kahwin tapi nak kchik dahulukan nanti lepas kawin dia bayar... ish kenal baru 2 kali tipon ja... bila suruh buat part time kumpul duit, dia kata tak bolehlah sebab kena jaga imej (dia penyanyi utama pancaragam penjara)... ada sorang ni kobar2 tipon kata dia sangat perlukan bimbingan sebab dia tak pernah solat. setiap masuk waktu dia sms britau dia solat (dia kata kchik 'inspire' dia... ya ke? heran juga kchik tak pernah sms atau tipon dia, cuma sembang 1st phone call tu ja) lepas seminggu dia stop sms dan tukar no hp... kakak dia kata rasa hidup dia terseksa sebab kena solat 5 waktu...lagi pun dia baru jumpa satu awek cun ni... macam2 manusia ni... Syukur pada Allah... kchik tak terperangkap dalam kancah mendekati zina( SMS dan calling2 pun termasuk juga tau) awal2 lagi Allah dah tunjukkan...
Banyak kali kachik kena marah bila kawan2/ sedara rekomen tapi tak jadi. SABAR kena ada kalau tak... mau nangis mlm2 teringat lasernya mulut org. SABAR kena ada.... takut bila dah ‘terdesak’ pakai tangkap muat ja..

Alhamdulillah. Jiran sebelah rumah kawan kchik (ish mcm2 rencana Allah) rekomen sorang kat kchik. Kawan kchik tu mengandung tapi suami dia kerja KL jadi kchik kerap p rumah dia.. tolong bwk p klinik segala. Calon tu anak sedara jiran belakang rumah kwn kchik. Ish2... berbelit2 gak kalau nak crita panjang. ni kira jiran sama jiran dok pakat. Jiran sebelah rumah kawan kchik tu jemput jiran belakang rumah tu bawak sekali anak sedara dema (suami kakchik la tu) mai rumah dia. Kachik pun mai situ gak teman kwn kchik tu.. Dema masak2… pas tu suruh kchik bawak kuar hidang. Tua dah tapi ketagnya Ya Allah.. jiran tu siap kena jampi skit bagi hilang gemuruh, baru kchik kuar hidang semua. Cepatnya sampai nak tertumpah2.. memang tak angkat muka.. Suami pernah tanya… kakchik jawab x angkat muka pun, cuma nampak banyak kaki tak tau yg mana satu dia punya. Jumpa bulan 9. Pas tu pakat balik buat solat istiqarah. Mak dia pun buat gak… bulan 10 keluarga dia mai merisik. Bulan 11 puasa. Lepas raya, bulan 12 kami sah suami isteri. Alhamdulillah. Suami kerja mekanik ja masa tu tapi yang penting agama dia. Belajag memang tak tinggi tapi ilmu agamanya memang kachik boleh tumpang. Banyak yang kachik belajar dengan dia. Keluarga dia faham islam jadi dema boleh terima kachik yg bertudung labuh dan menutup aurat seala bila ada bukan muhrim walaupun dalam rumah. Alhamdulillah… ternyata Allah makbulkan doa kachik. Sabar itu berbaloi.

Kahwin lewat pun Alhamdulillah Allah beri rezeki anak 4 orang walau baru 7 tahun kawin.

Kachik bukan nak kempen kawin lewat. Ish2.... kalau dah jumpa jodoh yang bagus agamanya… terus kan Alhamdulillah.. tapi kalau kita nak cari yang beragama tapi masih tak ketemu SABAR, baiki diri kita jadi yang terbaik, insyaALLAH Allah akan jodohkan juga kita dengan yang terbaik. Jangan lupa kena banyak berdoa minta cepatkan jodoh yang beragama.

Dan paling utama SABAR. Jangan di endah sangat cemuhan orang, anggap dugaan Allah, nak dapat yang terbaik kena la banyak ‘ambil’ ujian, lulus pointer tinggi, dapatlah anugerah ‘Dekan’ Allah Rabbuljalil. Kalau tak ketemu jodoh hingga ke akhir hayat, bebaik sangka dengan Allah… ada perancanganNya untuk kita yang kita tak ketahui, yang penting kita usaha dulu. Jangan mati memang tolak sunnah Rasulullah.. takut tak boleh mengaku umat Nabi Muhammad.

Wassalam.

Semoga boleh membantu menyabarkan insan lain.

Wednesday, June 1, 2011

SABAR ITU KENA DI PUPUK

Assalamu’alaikum

Kakchik masa muda2 dulu selalu tak sabar. Semua nak cepat, cekap dan teratur. Kalau ada rancangan yang di atur lari tempo contohnya… geramnya… Angin satu badan.

Mula2 kahwin pun masih macam tu gak. Kalau suami janji nak p mana2, tiba2 tak jadi huh munjung mulut sedepa.

Kalau kita dah plan cantik punya… mai orang p tukag plan n suami lak p setuju… rajuk dia lama… tapi control depan orang ‘maintain’ ayu… he he

Contoh balik rumah mertua janji nak pergi pasar buluh kubu la, pantai mcm2 pantai dalam senarai tapi sejak kahwin yang baru nak masuk 9 tahun ni… balik p la 17 hari pun, dok rumah mak mertua ja la melainkan mak mertua ajak p mana2… dah malas nak ‘plan’ apa2 dah… sampai2 ja , esok tu mak dia akan senaraikan ‘tugasan’ membaiki bumbung bocor, lampu2 yg tak nyala, brg2 rosak yg perlu dibaiki, dan suami pun buatlah sampai kdg2 tido jam 3 pagi… janji nak balik isnin kdg2 kena tunda ke selasa, kerja tak beres lagi…

Kakchik bersyukur sangat, Allah tak henti2 bimbing kakchik. Kakchik dah belajar sabar… walaupun kdg2 ter… juga tapi sekurang2nya la ni dah tak muncung dah mulut, merajuk pun dah surut. ..

Kalau suami janji nak pergi jam 5 ptg tapi jam 6:30 baru balik. Alhamdulillah balik juga suami kakchik… nak buatnya dia tak balik2… jadi balu la kchik… atau kena ulang alik ziarah d wad, na’uzubillah. Lewat pun tak pa janji semua selamat.

Suami dan ahli keluarga dia memang kaki ikan, pancing tak berapa tapi bab p menjala huh bersemangat waja. Kadang2 'plan' nak p ziarah sedara mara sekejap ja tup2 depa ajak p menjala... memang tak tolak punya walaupun kita habag yang kita ni letih sangat, malam dah lewat, esok kerja, anak2 sekolah.. semua tak jalan... dan kita ni pun tersenguk2lah kat rumah orang.... jam 12 malam baru balik... kalau dulu... issshhhhhhhhhhhhh memang hangat sungguh hatiku ini... tetapi la ni ok dah... sabar.... memang Allah dah atoq, kita memang rancang tapi Allah yang Berkuasa boleh bila2 masa tukar 'plan' kita... redha dan sabar... bukan selalu p ziarah rumah sedara... apa salahnya suami erat silahturrahim dengan cara menjala... bila kita sabar, redha dan fikir yang positif sahaja, insyaAllah semua akan OK.

Kalau kita dah set nak p shopping raya, sale la konon, ada orang mai rumah, masalahnya org tu mai selang 2 3 hari.. n suami lak layan sampai lupa habis janji2 manismu… layan gak tetamu tu, pas tu kalau dema tu balik dan tak sempat p shopping, siaplah rajuknya… tapi la ni takpa dah.. tetamu tu bawak rezeki insyaAllah, dan Allah serta Rasulnya suka kalau kita mera'i tetamu.

Kalau balik rumah mak mertua la ni pun tak pa dah.. bersyukur pulak suami rajin tolong mak dia. Kalau bukan anak yang tolong ibu bapa siapa lagi? Kchik doa sangat bila kchik tua nanti, anak2 akan layan kchik macam ni juga… Kchik selalu minta anak2 contoh abah dema… dan memang dema boleh tengok sendiri macamana abah dema layan nenek..

SAPA LA KITA NI? Hebat mana pun perancangan kita, Allah jua yang menentukannya. Kita mungkin rasa ‘plan’ kita terbaik, tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. JADI BANYAK2 BERSABAR, REDHA DAN SELALULAH BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH.

dulu ustaz kchik pernah cakap...
datangnya dajjal menyesatkan manusia bukanlah salah dia, yakjuj&makjuj membuat kerosakan bukanlah salah dia, manusia berlumba2 membina bangunan pencakar langit bukan lah salah mereka....

Kalau kita kutuk orang terutama suami kita yang tidak maksum ni, sebenarnya kita kutuk sapa? Hebat sangatkah kita hingga berani nak marah perancangan Allah? yang kita boleh buat ialah banyak2lah berdoa agar kita terhindar dari golongan yang disesatkan oleh syaitan melalui TIDAK SABAR.

Wassalam.

Semoga memberi manfaat dan dimanfaatkan.

SABAR

Assalamu’alaikum.

Tema bulan ni kakchik nak bawa isu sabar.

Mudahnya menyebut dibibir bila musibah menimpa orang lain…

sabar le kiah, dugaan Allah semua ni…

Sabar ya yeop, udah gitu kehendak Allah..

Kau kena sabar, jangan buat benda melulu, anak bini dok harap kat kau…

tapi mudahkah kita nak bersabar bila musibah tu menimpa kita pulak?

Apa sabar2? Kamu ni nak nolong ke nak kasi nasihat?

Kalau setakat cakap sabar aku pun tahu, ‘but I want action’ !

Kau senang la kata sabar, bukan duit kau yang kena kebas!

Kakchik yang tak pakar ni nak kupas isu sabar.. dari aspek pandangan kchik la… kalau ada bahan2 sokongan( firman Allah, sunnah dan hadis) yang kakchik selit, ada yang salah dan tersasar tolong perbetulkan ya…

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Wassalam.

Thursday, May 5, 2011

ISTERI RASULULLAH – UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H

Assalamu'alaikum

Abu Sufyan Sokhr bin Harb dan Soffiyah binti abi Al-Ash sangat teruja bila mendapat seorang cahaya mata dalam tahun ke 24 sebelum Hijrah.  Toiada yang menyagka Ummu Habibah bakal menjadi isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 10.
Semasa beliau berhijrah ke  Habsyah bersama suaminya, suaminya meninggal dunia di sana.  
Nabi meminang beliau melalui Raja Najasyi.  Raja Najasyi telah membayar maharnya sebanyak 500 dirham. 
Beliau kembali ke rahmatullah dalam tahun ke-44 Hijrah, di Madinah

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Wednesday, May 4, 2011

ISTERI RASULULLAH – SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H.


Cahaya mata kepada Huyai bin Akhtab dan Barrah binti Samual sangat bertuah dapat menjadi isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 9.  Sebelum ini Safiyyah pernah berkahwin dengan Salam bin Mushkan dan Kinanah bin Rabie’. 
Safiyyah dilahirkan dalam tahun ke 10 sebelum Hijrah.  Dalam peperangan Khaibar beliau telah tertawan.  Baginda s.aw. kemudian membebaskan beliau dan dalam perjalanan pulang dari Khaibar, mereka menikah iaitu tahun ke 7 Hijrah.
Beliau sangat berlemah lembut dan bersikap benar dan tempoh perkahwinannya dengan baginda Rasulullah s.aw. adalah selama 4 tahun.
Dalam tahun ke 50 Hijrah di Madinan, beliau pulang ke Ramahtullah.

Al fatihah

ISTERI RASULULLAH – JUWAIRIYAH BINTI AL HARITH R.H.

Juwairiyah merupakan anak kepada Al-Harith bin Dharar, balu kepada Musafi bin Safwan dan juga tawanan perang Bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan kemudian menjadi isteri baginda yang ke lapan dalam bulan Sya’ban tahun ke 5 Hijrah dengan maharnya 400 Dirham. 

Beliau dilahirkan dalam tahun ke 16 sebelum Hijrah, berkahwin dengan Rasulullah selama 6 tahun sebelum wafat dalam tahun ke 56 Hijrah di Madinah.  Seorang yang kuat beribadat dan rajin berpuasa. 

Aishah r.h. pernah meriwayatkan “ Tidak aku ketahui seorang wanita yang paling besar keberkatan terhadap kaumnya melainkan dia.”

Al-Fatihah

ISTERI RASULULLAH - ZAINAB BINTI JAHSY R.H.

Seorang yang kuat beribadah dan paling banyak bersedekah dan meraikan orang2 miskin sehingga Rasulullah s.aw. pernah bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya Zaiban binti Jahsy r.h. adalah seorang awwah.”  Sahabat2 bertanya apakah itu Ya Rasulullah?  “ Khusyuk dan rendah diri bila beribadah kepada Allah.”

Zainab bin Jahsy r.h. merupakan balu kepada Zaid bin Harithah ( anak angkat Rasulullah) dan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan beliau bermaharkan 500 dirham dalam Bulan Zulkaedah, Tahun ke 5 HIjrah di Madinah merupakan perintah langsung dari Allah s.w.t.   Tem[oh Perkahwinan mereka ialah 6 tahun.

Isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 7 ini adalah anak kepada pasangan Jahsy bin Riab dan Aminah binti abd. Mutallib  dilahirkan dalam tahun ke 30 tahun sebelum Hijrah di Makkah dan beliau wafat dalam tahun ke 20 Hijrah di Madinah.

Al-Fatihah