Thursday, June 6, 2013

SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU

BELIAU PULANG KE RAHMATULLAH PADA 27 JANUARI 2013
SEORANG SUAMI YANG BAIK BUDI PEKERTI, BANYAK ILMU AGAMANYA, RAJIN TULANG 4 KERATNYA, PENYAYANG PADA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA, PENDENGAR YANG SANGAT BAIK, PENASIHAT YANG BERNAS IDEANYA.
KAMI SENTIASA DOAKAN BELIAU DITEMPATKAN DISISI ORANG-ORANG YANG SOLLEH DI JANNAH, INSYAALLAH.



Saturday, July 21, 2012


Assalamu'alaikum,

Kakchik ambil takwim ni dari blog Hafiz Rahman.  Terima kasih berbanyak2 la... Semoga usahamu diberkati Allah.

Berikut adalah jadual imsak dan berbuka puasa bagi tahun 2012 / 1433 hijrah bagi  negeri Kedah. Semoga jadual ini dapat membantu anda membuat rujukan waktu tepat berbuka puasa bagi kawasan anda.
image
**pastikan komputer anda mempunyai aplikasi PDF @ Adobe Readers 
UPDATE TERKINI 21 JULAI 2012

Sunday, February 12, 2012

SALAM UKHWAH DAN SALAM SAYANG SELURUH UMMAT RASULULLAH S.A.W.,

Sejak buka tahun 2012 ni, huh kerjanya menimbun2... kachik kena ajar Ting 5 3 kelas dan kelas rintis KSSM Ting 1 jadi banyak sungguh persediaan dan kerja yang semakin menimbun lambat sungguh nak rata.  Semalam sempat dengar sekali imbas kisah tentang masa 5 minit kita.. apa yang kchik faham ialah dengar ja 5 minit tapi kalau dimanfaatkan dengan sebaik2nya huh pahala, ganjaran dan faedahnya pada diri sendiri dan masyarakat amnya sangatlah besar.  
Memang kalau diikutkan kerja, mana ada hari kita lapang... sibuk sokmo2...jadi kita kena lapangkan juga sekurang2nya 5 minit....
Apa yang boleh dibuat dengan masa 5 minit ( idea kchik la ni....) macam2 antaranya....
- membaca quran
- membaca tafsir dan cuba memahami kupasannya
- membaca sirah nabi 
- membaca hadis2nya
- menolong kawan2 yang letih - urut bahu ka (sama jantina la pastinya)
- tanya khabar rakan2 - 1 orang sehari pun jadi la... tunjuk yang kita ambil berat dan mengeratkan ukhwah
- tolong kawan yang tengah kelip kertas ka apa ka ... ringan beban kekawan.
- dengar ceramah online
atau
- berzikir 
ish banyak benda kita boleh buat dalam masa 5 minit

Jadi mulai hari ni kchik nak cuba masuk blog ni 5 minit dah tulis bahan yang boleh jadi amal jariah jika rakan2 muslimah muslimat baca dan amalkan, ambung balik penulisan blog kchik yang terbantut oleh kerana beban kerja duniawi yang melambak2...
Ya Allah mudahkan la urusan ku agar aku diberi kelapangan untuk mencari bekal amal di dunia yang lebih abadi. 

Wednesday, November 2, 2011

Ya Allah berilah hambaMu ini kekuatan

Assalamu'alaikum

Kchik sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati kchik dengan diri kchik ini.  Semoga Allah terus bimbing kchik ke jalan yang benar dan tidak berhenti memberi hidayah.

Kakchik ni memang mengumpul macam2 bahan bacaan yang menjurus kepada menambah ilmu islam di dada, buku kulit keras, nipis, majalah2, novel islam, mcm2 la kiranya. Bab membaca ni memang tak da masalah, semasa lapang di rumah, masa menunggu dalam kereta, menunggu anak yang masuk wad, sambil jaga exam budak preksa.. huh kira ulat buku sungguh.. kadang2 baca tu sampai nangis2 menyesal dengan keadaan diri yang terlalai.

Tapi yang kchik geram tu ialah keinsafan tu masa baca ja... lepas tutup buku macam tu juga la kchik ni... kesedaran cukup banyak tapi kekuatan nak beramal tu cukup lemah... Takutnya Allah marah sungguh pada kchik.  Tolonglah doakan agar kchik kuat untuk mengamalkan apa yang kchik baca demi kejayaan keluarga, masyarakat dan negara mencari redha Allah. Berilah Allah kekuatan padaku untuk melawan nafsu malasku dan godaan syaitan yang memang patut direjam.

Wassalam.

Saturday, October 22, 2011

perkuburan baqi'

Assalamu'alaikum.

Takjub bila kakchik, suami dan ibu mertuaku menziarah kawasan perkuburan baqi'.  Semua isteri2 Rasulullah dikebumikan di sini kecuali Syaditina Khadijah r.a.  Sempoi habis.  tak tau sapa penghuni kubur tu.  takda batu nisan berukir, kepok kubur yang bersimen, makmar dsbnya.  MasyaAllah.




















gambar ni fokus dekat jadi kachik upload gambar ni dari laman blog http://abunuha.wordpress.com/2010/03/25/perkuburan-baqi/.  Terima kasih.  Semoga Allah memberkatimu.






Saturday, October 1, 2011

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah

 Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan, alah kalau buat jahat boleh bertaubat, bukankah Allah Maha Pengampun.. 
Hidup bila tak tenteram atau bala turun, musibah yang menimpa semuanya berpunca dari diri sendiri.  Hubungan kita dengan Allah? Dengan ibu bapa?  Dengan ibu bapa mertua?  Dengan suami atau isteri? Dengan anak2? Dengan jiran tetangga? Mesti ada cacat cela di mana2, kena MUHASABAH DIRI dan buat pembetulan di mana perlu.

”HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

 “Pastikan hubungan dengan Ibu Bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.  Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.  Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.  Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita..

”USAH DERHAKA KEPADA MENTUA.

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah,  kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
“Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

MUHASABAH DIRI

Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah

Kchik cuba nak baiki diri... nak cuba jadi lebih baik dari semalam... payah... nampak gaya semakin menurun iman... kena buat sesuatu agar 'graf' iman meningkat semula... TAKUT.. menurun tak naik2.

Geram dengan diri sendiri yang cepat sangat nak cari kesilapan orang.  Contoh bukak facebook yang entah berapa lama tak bukak, tengok gambar2 yang dipostkan huh kus semangat... hati dan mulut cepat nak beri ulasan...

Tapi cepat2 juga istigfar... yang kchik kutuk2 tu kawan2 kchik juga... kalau kchik ni rasa kchik ni kawan dema... kchik kena tegur kena perbetulkan mana yang silap.. mungkin mereka terlalai... kita semua kerap terlalai kalau orang tak tegur, asyik berasa diri ni betul hingga orang tergur baru tersedar.  dema nak ikut nasihat kita ni terpulang, sekurang2nya kita dah ingatkan.

Ada juga rakan2 yang hantar bahan2 yang sangat berfaedah dan islamik, contohnya bab menutup aurat dsbnya... pun kchik kutuk gak sebab dema ni hantar bab muslimah sejati bab aurat dsbnya tapi gambar2 dema tu tak islamik langsung... tapi cepat2 juga kchik istighfar sebab nak berdakwah ni kalau tunggu diri dah cukup sempurna sampai bila2 pun kita tak akan menyampaikan walau satu ayat,  Kchik doa biarlah apa yang mereka tulis menjadi dorongan kepada mereka untuk berubah untuk berhijrah..

Tengok orang mengaji quran, berzanji tapi tutup aurat tak sempurna pun kchik kutuk... tapi hakikatnya kchik yang kononnya nak tutup aurat sesempurna mungkin pun tak mengaji quran hari tu dan sebenarnya dah seminggu tak bukak quran pun - alasannya sibuk...

Pesan kchik pada diri sendiri dan juga semua, janganlah cepat kita menunding jari kepada orang yang pasti 4 lagi jari menunding kepada kita yang juga tidak lari dari berbuat dosa.  Muhasabah diri, maafkan orang yang berdengki dengan kita dan kita pula jangan berdengki dengan orang.

Jangan bukak aib orang, pasti Allah jaga aib kita.

wallahu'alam
Wassalam.
Semoga bermanfaat.