Sunday, January 12, 2014

ADAB SALAM DAN MINTA IZIN

Assalamu'alaikum

Ada satu petang Allah beri hidayah pada kchik. Hidayah namanya tu.. kalau tak kchik tak tergerak hati nak surf untuk download ceramah2. Salah satu ceramah yang sempat kchik dengar petang tu ialah ceramah ustaz Shamsuri tentang adab memberi salam dan minta izin. Kchik nak kongsi dengan semua semoga bermanfaat.
Beliau rujuk Bahrul Mazi Jilid 19 mukasurat 82.
Bermula semua bab meminta izin masuk rumah, masuk majlis, keluar majlis dll
Mengikut ustaz, nak beri salam tengok pada tempat. Orang tengah baca khutbah, tok guru tengah mengajar tidak disunatkan beri salam. Jangan beri salam pada orang dalam tandas.

Adat kita masyarakat orang melayu, semacam ada MOU dengan jiran yang kita dah kenal 35 tahun, rumahmu rumahku jua. Selamba ja masuk bila2 masa, makan minum baring2 tengok tv skali... begitu juga dengan rumah ibu bapa kita sekalipun kena minta izin masuk. Mengikut syarak hukumnya salah walaupun tuan rumah kata tak pa. janganlah langsung melangkah masuk tanpa minta izin. Sebab kita tak tahu mungkin kita mengganggu ketenteraman 'awam', mungkin ada ahli dalam rumah itu tidak menutup aurat, dia tak salah tapi kita yang celapak naik dan nampak aurat org jatuh hukumnya haram.
Ayat Quran yang Allah turun juga melarang orang masuk tanpa minta izin rumah selain rumah sendiri serentak dengan memberi salam. Rumah kita sendiripun balik sat lagi kena beri salam tapi tak payah minta izin. Anak2 juga jika hendak masuk bilik kita juga kena beri salam dan minta izin.
Adab menziarah juga kena jaga... tuan rumah mungkin sibuk dengan macam2 hal... kalau tuan rumah minta maaf kerana dia tidak senang hari tu, kita kena balik dan ambil faham masalah orang. Jangan mengumpat...
Masjid boleh masuk bila2 tak payah minta izin, tak payah la pi cari tok imam tok siak, begitu juga tempat keluar masuk seperti kedai runcit tidak perlu minta izin nak masuk membeli belah.
Menyebarkan salam tu hikmahnya mengikat satu hubungan antara yang beri dan terima salam. Bila orang beri salam pada kita, automatik rasa senang hati dan rasa macam kawan lama. Kalau semua orang islam mantap 100% menghayati islam serta berkasih sayang pasti Islam jadi sangat kuat dan tak dak sapa yang boleh usik kita, ejek kita, seksa kita dan sebagainya. Pemulaan ukwah islam yang hebat dan bersatu hati dengan memberi dan menjawab soalan. Beri salam ibarat kita menerima orang islam (tidak kira bangsa atau warganegara atau parti) sebagai saudara seislam kita. Apa perasaan kita bila kita beri salam, orang buat tak tau ja? Sebab tu menjawab salam tu wajib boleh menjauhkan rasa sakit hati dan paling utama sama2 saling mendoakan sesama islam.

Cuba kita biasakan buat perkara yang betul dan betulkan perkara yang dah terbiasa buat tak betul.
wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Friday, January 10, 2014

ADAB-ADAB MAKAN MENURUT AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH

ASSALAMU'ALAIKUM
SALAM UKHWAH

Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud danatTirmidzi.)

Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع... (رواه مسلم)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)
Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Menjawab salam
Imam Nawawi dalam al-Azkar mengatakan makruh hukumnya memberikan salam kepada orang yang sedang makan. Orang yang diberi salam pula tidak wajib menjawabnya.
Beliau menghuraikan apakah maksud hukum makruh itu. Katanya: Hukum makruh itu ialah apabila makanan itu berada dalam mulutnya, jika mulutnya tiada makanan, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.” (al-Azkar, edisi tahqiq 2003, Daar al-Hadith, Cairo. ms 238)

Bercakap ketika makan
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)
Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.
Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut. (tambahan compiler)

Cuci tangan sebelum dan sesudah makan
Aisyah ra mengatakan, bahwa Rasulullah bila hendak tidur dalam keadaan junub maka beliau berwudhu terlebih dahulu, dan apabila beliau hendak makan maka beliau mencuci kedua tangannya terlebih dahulu.” (HR Nasa’ie no. 256, Ahmad, 24353, dan HR Bukhari, no. 286 dan Muslim, no. 305lain-lain)
Mengenai mencuci tangan sesudah makan, Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang tidur dalam keadaan tangannya masih berbau daging kambing dan belum dicuci, lalu terjadi sesuatu, maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri.” (HR. Ahmad, no. 7515, Abu Dawud, 3852

Tak melengahkan makan setelah terhidang
Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, “Jika makan malam sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jangan tergesa menghabiskan makan
Ibnu Umar menyatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian tergesa-gesa menyelesaikan makan malam kalian jika sudah disajikan.” (HR. Ahmad)

Mengambil makanan yang jatuh
Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah saw bersabda, “Jika makanan salah satu daripada kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaklah ia dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan” Dalam riwayat yang lain dinyatakan, “sesungguhnya syaitan bersama kalian dalam segala keadaan, sehinggakani syaitan bersama kalian pada saat makan. Oleh karena itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaklah dibersihkan kemudian dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan. Jika sudah selesai makan maka hendaknya jari jemari dijilati karena tidak diketahui di bagian manakah makanan tersebut terdapat berkah.” (HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218)

Tidak mengambil makanan lebih dari satu
“Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya.” (HR Bukhari no. 2455 dan Muslim no 2045) Ibnul Jauzi mengatakan, “Hadith ini berlaku pada saat makan bersama-sama. Pada saat makan bersama biasanya orang hanya mengambil satu kurma saja. Maka jika ada orang yang mengambil lebih dari satu, maka berarti dia lebih banyak daripada yang lain. Sehingga harus minta izin terlebih dahulu dari orang lain.” (Kasyful Musykil, 2/565)

Menyantap makanan setelah dingin
Dalam Zaadul Ma’ad (4/223) Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, “Nabi saw tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.”

Makan dan minum sambil berdiri
Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi saw pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi saw minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)
Dari Ibnu Umar, beliau mengatakan, “Di masa Nabi saw (sebelum wafat), kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR. Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301)
Mengenai hadith-hadith di atas ada Ulama yang berkesimpulan bahwa minum sambil berdiri itu diperbolehkan meskipun yang lebih baik adalah minum sambil duduk.

Larangan bernafas dan meniup air minum
Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk mengambil nafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728)
Anjuran bernafas sebanyak tiga kali
Dari Anas bin Malik ra beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah saw minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih selesa dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

Penyedia minuman yang terakhir minum
Dari Abu Qatadah ra, Nabi saw mengatakan, “Sesungguhnya orang yang menyediakan minuman kepada sekelompok orang adalah orang yang minum terakhir kali.” (HR Muslim no. 281)

Anjuran makan bersama dalam satu pinggan
Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (HR Muslim no 2059)

Makruh makan terlalu banyak/sikit
Dari Miqdam bin Ma’di Karib, beliau menegaskan bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang manusia memenuhi satu wadah yang lebih berbahaya dibandingkan perutnya sendiri. Sebenarnya seorang manusia itu cukup dengan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Namun jika tidak ada pilihan lain, maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.” (HR. Ibnu Majah no. 3349)

Larangan menghadiri jamuan yang menyediakan khamr (yakni arak)
Nabi saw juga bersabda, “Barang siapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah menghadiri jamuan yang memberikan khamr (yakni arak).” (HR. Ahmad no. 14241)

Galakan makan beramai-ramai
Dari Anas bin Malik ra, “Sesungguhnya Rasulullah saw tidaklah makan siang dan makan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang ramai.” (HR. Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Hibban dengan sanad shahih)
Allah berfirman yang bermaksud, “Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka atau sendirian.” (QS. an-Nur: 61)
Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan & muslim

WALLAHU'ALAM
SEMOGA BERMANFAAT DAN DIMANFAATKAN

Tuesday, January 7, 2014

ADAB MEMOTONG KUKU

Assalamu'alaikum

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Cara potong kuku yg betul mengikut Sunnah Rasulululah.

Kuku Tangan

1. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan
2. Diikuti dengan jari hantu tangan kanan
3. Jari manis tangan kanan
4. Jari kelingking tangan kanan
5. Seterusnya jari kelingking tangan kiri
6. Jari manis tangan kiri
7. Jari hantu tangan kiri
8. Jari telunjuk tangan kiri
9. Ibu jari tangan kiri
10. Diakhiri dengan ibu jari tangan kanan

Berlainan pula dengan kuku kaki

Kuku Kaki

1. Dimukakan jari kelinking kanan
2. Diikuti dengan jari manis kanan
3. Jari hantu kanan
4. Jari manis kanan
5. Ibu jari kanan
6. Seterusnya ke ibu jari kaki kiri
7. Jari telunjuk kiri
8. Jari hantu kiri
9. Jari manis kiri
10. Akhir sekali jari kelinking kaki kiri


Semoga dapat di amalkan

Wednesday, January 1, 2014

TEMA BULAN INI - ADAB DALAM ISLAM

Salam 1 agama ISLAM

kali ini kakchik nak bawa post2 tentang adab2 dalam islam. Kakchik harap anak2 kakchik bila besar nanti boleh manfaatkan semua yang kakchik dah post selama ini danakan post lagi selagi hayat mengizinkan.. buat masa ini kakchik harap sangat semua pembaca blog kakchik dapat mengambil manfaat. Kalau kakchik ada buat silap tolong betulkan ya.

wassalam

Wednesday, December 11, 2013

BERSEDIAKAH KITA?

Assalamu'alaikum

HADIS 32: ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Ya Allah! Jangan
kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa
di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak
disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti
lidah orang Arab (pada fasihnya).” (Riwayat Ahmad)
Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh
Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut
mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan
lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang,
sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego
dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap
dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat
orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan
memangsa musuhnya.

Kchik cukup risau kchik dengan ilmu yang cetek ni bila2 boleh tersilap langkah terpedaya juga dengan tipu daya syaitan dan tidak memperdulikan ulama.
Ya Allah, ampunilah kami, maafilah kami dan kasihanilah kami… Ya Allah, tetapkanlah iman kami di atas agamaMu dan jangankah engkau bolak-balikkan hati kami setelah diberi kami hidayah dan petunjuk kepada jalanMu yang lurus… Ya Allah, ampunkan kami dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Mu. Amin

Wallahualam


Monday, November 4, 2013

AMALAN SUNAT - BULAN MUHARRAM

Salam Ukhwah.

Menyambut Bulan Muharam

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل )
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, yaitu Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (HR. Muslim)

Mari kita cuba amalkan sedaya kita.

1      Berpuasa

 Puasa yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa ‘Aasyuura’ (puasa pada tanggal 10 Muharram), karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya dan memerintahkan para sahabat radhiyallahu ‘anhum untuk melakukannya , dan ketika Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang keutamaannya beliau bersabda,

  • Lebih utama lagi jika puasa tanggal 10 Muharram digandengankan dengan puasa tanggal 9 Muharram, dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi dan Nashrani, karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika disampaikan kepada beliau bahwa tanggal 10 Muharram adalah hari yang diagungkan orang-orang Yahudi dan Nashrani, maka beliau bersabda,
    فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ
    Kalau aku masih hidup tahun depan, maka sungguh aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram).” 
2.     banyakkan menyapu kepala anak2 yatim
3      bersedekah pada fakir miskin
4      bercelak mata
5      meluaskan perbelanjaan keluarga
6      memperbanyakkan bacaan quran


Thursday, June 6, 2013

SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU

BELIAU PULANG KE RAHMATULLAH PADA 27 JANUARI 2013
SEORANG SUAMI YANG BAIK BUDI PEKERTI, BANYAK ILMU AGAMANYA, RAJIN TULANG 4 KERATNYA, PENYAYANG PADA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA, PENDENGAR YANG SANGAT BAIK, PENASIHAT YANG BERNAS IDEANYA.
KAMI SENTIASA DOAKAN BELIAU DITEMPATKAN DISISI ORANG-ORANG YANG SOLLEH DI JANNAH, INSYAALLAH.