Wednesday, January 15, 2014

ADAB TIDUR

Assalamu’alaikum
 
Hari ini kchik nak kongsi satu lagi adab dalam islam yang patut kita jadikan amalan hidup kita ialitu adab tidur. Ish2 tidur pun ada adab ke? Itu la islam. Syumul (menyeluruh dan sempurna). Mana ada agama yang ajar kita tentang semua perkara dari hal buang air besar hingga ke ekonomi islam dan sebagainya.
Kalau kita buat semua perkara ikut sunnah Rasullulah, semua perkara dianggap ibadah dan dapat pahala kecuali la yang confirm haram buat cara apa pun confirm dapat dosa.
Tidur. Salah satu nikmat yang sangat istimewa Allah beri pada kita. Bayangkan lah kita tak boleh tidur. Dok keliput2 mata tengok orang sekeliling tidur lena sampai berdengkur, yang kita ni dok kira detik jam, dok tengok cicak, lipas… mau pening kepala esok pagi. Tak boleh tidur walaupun badan dah letih dan mata mengantuk, boleh migraine kita. Tapi orang ramai tak perasan besarnya nikmat TIDUR. Nikmat Allah yang mana lagi nak kita dustakan.
Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta untuk mengerjakan hal lainnya. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
Umumnya orang beranggapan bahawa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar enam hingga lapan jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahwa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama TIGA JAM . Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk boleh tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap dengan mengacu pada kajian saintis Barat yaitu cukup selama TIGA JAM.
Cara bangun tidur juga ada hal perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur terus langsung melompat dari tidurnya maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan meninggal. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Badan Pengobatan Lioning.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang benar lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringakasan mungkin kita boleh latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam sedikit saja cukup sekedar supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur
2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti seprei, bantal,kasur dan lain-lain dari kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangi waktu tidur dari lapan jam sehari menjadi tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangi waktu tidur malam menjadi enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi lima jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu tiga jam saja.
Maka Allah mengatakan dalan Q.S.An-Naba: ayat 9 :
Ertinya : “dan kami jadikan tidur kalian sebagai istirehat yang terbaik.” Ternyata tidur ini tidaklah hanya sekadar rutin harian kita akan tetapi ada arahan-arahan dari Rasulullah SAW supaya tidur kita mempunyai makna baik bagi diri kita secara peribadi dengan badan kita, jasmani kita atau hubungannya dengan Allah yang berbentuk pahala. Sangat berbeza dengan orang kafir yang tidak mempunyai adab ketika hendak tidur.Rasulullah SAW memberikan petunjuk dan nasihat-nasihat berkenaan dengan tidur supaya tidur kita bernilai ibadah, mempunyai hikmah dan faedah bagi tubuh kita,
1. Tutuplah pintu dan lampu.
Kita disuruh menutup pintu, kemudian mematikan api dan lampu.
Diriwayatkan dari Jabir ra. : Nabi Muhammad S.a.w. pernah bersabda, “Ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kamu kepadamu, kerana waktu itu syaitan bertebaran. Sejam kemudian, kamu dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”.
Mengapa kita harus menutup pintu, Rasulullah SAW pernah bersabda: “tutuplah pintu-pintu dan ketika menutup pintu atau jendela itu sambil membaca bismillahirrahmanirrahim, maka syaitan itu tidak akan masuk ke dalam rumah yang pintunya ditutup dengan membaca bismillahirrahmanirrahim´. Jadi dengan cara yang diajarkan RasulullahSAW melalui sabdanya maka rumah kita akan terjaga, Hadis ini s ahih. Kemudian mengapa kita harus mematikan api /lampu Hendaknya kita harus mematikan api seperti yang pernah disabdakanRasulullah SAW bahawa : “Kerana sesungguhnya tikus-tikus mungkin menolak api sehingga boleh membakar seluruh rumah penduduk tersebut”. Jadi ini sangat berbahaya, alangkah baiknya ketika tidur lampu atau api kita matikan saja. Mengapa tadi Rasulullah SAW menyebuntukan tikus, di antaranya kerana syaitan atau jin itu kadang menyerupai tikus. Kemudian selain itu kadang juga menyerupai cicak dan ular yang merupakan penjelmaan dari jin atau syaitan. Elok juga la kita tutup lampu… elektrik mahal oii. Lagipun kalau kita tutup pintu dan lampu selamat sikit kalau tidur apa2 gaya pun tak pa orang tak nampak. Terselak aurat pun masih selamat.
2. Berwudhu sebelum tidur . Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْئَكَ لِلصَّلاَةِ..
"Jika kamu hendak merebahkan diri kepembaringanmu, berwudhu'lah sebagaimana engkau berwudhu' untuk solat". (HR. Bukhori:6311 dan Muslim:2710)
Faedah berikutnya Rasulullah SAW mengatakan dalam sunnah nabi Daud : ³Tidaklah seorang muslim, dia tidur di malam hari, dia berzikir dahulu dalam keadaan bersuci, kemudian dia tidur dan bangun pada suatu malam kemudian dia minta kebaikan dunia akhirat nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya´. Jadi apabila kita ingin doa kita makbul atau diijabah maka sebelum tidur harus berwudhu terlebih dahulu, kemudian zikir sebentar sampai tertidur. Tadi sebelum tidur kita sudah berwudhu maka setelah kita bangun kita bisa memintakepada Allah, bedoa kepada-Nya apa saja maka akan diberikan kebaikan dunia akhirat. Kemudian dalam keadaan yang seperti ini, walaupun kita dalam keadaan tidur di mana sebelumnya kita telah berwudhu dan berzikir maka ketika tidur kita akan terhitung terus berzikir,walaupun mungkin tidurnya mendengkur, Allah akan menilainya sebagai zikir.
Kita juga dianjurkan berwudhuk sebelum solat kerana semua muslim dianjurkan tidur dalam keadaan bersuci sehingga apabila ajal menjemput, kita berada dalam keadaan suci.
Diriwayatkan dari Al-Bara’ bin Azib r.a. : Nabi Muhammad S.a.w.. Pernah bersabda kepadaku, “bila-bila masa engkau hendak tidur berwuduk lah terlebih dahulu sebagaimana engkau hendak solat, berbaringlah dengan menghadap ke arah kanan dan berdoalah
‘Allahumma aslamtu wajhi ilaika, wa fawwadhtu amri ilaika, wa alja’tu zhahri ilaika raghbatan wa rahbatan ilaika. La malja’a wa laa manja minka illa ilaika. Allahumma amantu bikitabikal-ladzi anzalta wa Nabiyyikal arsalta’
(Ya Allah! Aku berserah diri kepada-Mu, mempercayakan seluruh urusan ku kepada-Mu aku bergantung kepada-Mu untuk memperoleh berkah-Mu dengan harapan dan ketakutanku kepada-Mu, tak ada tempat untuk perlindungan dan keamanan selain-Mu. Ya Allah! Aku percaya kepada kitab-Mu dan aku percaya kepada Nabi-Mu yang telah engkau utus)
maka apabila malam itu engkau mati, kau akan mati dalam keimanan. Biarkanlah kata-kata tadi menjadi kata-katamu yang terakhir
”
Bila kita berada dalam keadaan berwudhuk, kita juga akan kurang di ganggu oleh syaitan sehingga boleh membawa mimpi buruk dan mengigau.
Demikianlah sunnah yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak tidur yang semesti kita sebagai muslim memperhatikannya. Abdullah bin ‘Abbas r.a bercerita:
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَقَضَى حَاجَتَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ نَامَ
“Bahawa Rasulullah s.a.w. terjaga di suatu malam lalu beliau menunaikan hajat dan kemudian membasuh wajah dan tangan lalu tidur.”
Tidur Setelah Junub Dalam Keadaan Ada Wuduk
Diriwayatkan dari Umar bin Al Khaththab r.a. : aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., “Bolehkah kami tidur dalam keadaan junub?” Nabi Muhammad S.a.w.. Menjawab,”Ya, apabila kamu ada wuduk, kamu boleh tidur dalam keadaan junub”
3, Selanjutnya mengibaskan alas tempat kita tidur. Misalnya tempat tidur kita menggunakan cadar, toto ke sewaktu dengannya,, maka cadar itulah yang kita kibas-kibaskan menggunakan sejadah atau kain apa saja sehingga apa yang ada di atasnya bersih. Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda :”Apabila salah seorang di antara kalian hendak ke tempat tidur maka hendaknya mengibaskannya kerana ia tidak tahu apa yang berada di atasnya setelah itu berdoa
“Bismika Rabbi wada'tu Janbi wa bika arfa'uhu, In amsakta nafsi farhamha wain arsaltaha fahfazha bima tahfazu bihi ibadakas-salihin”
Kita digalakkan agar mengibas2 tempat tidur kita agar tidak terjadi sesuatu yang membahayakan diri seperti binatang berbisa baik ular, kala jengking dan sebagainya. Ini dilakukan tidak dengan tangan secara langsung supaya terhindar dari sesuatu yang mengotori sekira terdapat najis atau kotoran.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَنْفُضُ فِرَاشَهُ بِدَاخِلَةِ إِزَارِهِ فَإِنَّهُ لاَيَدْرِي مَا خَلَفَهُ عَلَيْهِ
“Apabila salah seorang dari kalian beranjak menuju tempat tidur maka hendaklah dia mengibas tempat tidur kerana dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi kemudian.”
فَإِنَّهُ لاَيَدْرِي مَا خَلَفَهُ عَلَيْهِ
“Dia tidak mengetahui apa yang terjadi kemudian” mengikut kata Al-Imam At-Thibi: “Dia tidak mengetahui apa yang akan terjatuh di ranjang berupa tanah kotoran atau serangga bila dia meninggalkannya.”
Ibnu Baththal mengatakan: “Di dalam hadis ini terdapat adab yang besar dan telah banyak hikmah dalam hadis iaitu dikhuatirkan sebahagian serangga yang berbahaya bermalam di tempat tidur dan mengganggunya.
Al-Qurthubi mengatakan: “Diambil faedah dari hadis ini bahawa seharusnya bagi orang yang akan tidur untuk mengibas tempat tidur kerana dikhuatirkan terdapat sesuatu yang basah tersembunyi atau selainnya.”
Ibnul ‘Arabi mengatakan: “Di dalam hadis ini terdapat peringatan dan agar seseorang mengetahui sebab-sebab tertolak taqdir yang jelek. Dan hadis ini sama dengan hadis: “Ikatlah untamu kemudian bertawakkal.”
4. Berbaring dengan lambung kanan.
Kesempurnaan Islam adalah sebuah keistimewaan yg diberikan kepada umat Rasulullah s.a.w.
dan menunjukkan keutamaan mereka atas umat-umat terdahulu. Sungguh merugi bila akal yang berpegang kepada adat istiadat ajaran nenek moyang dijadikan sebagai hakim atas kesempurnaannya. Segala perintah larangan dan bimbingan yang ada adalah demi kemaslahatan manusia. Akan tetapi berapa banyak dari mereka yang mahu menerima bimbingan? Yang ingkar lebih banyak daripada yang beriman dan yang menentang lebih banyak daripada yang taat dan yang menolak lebih banyak dari yang menerima.
Faedahnya adalah berbaring dengan lambung kanan akan lebih mudah bangun dan di antara hikmahnya tidur dengan lambung kanan bahawasanya hati itu berada di sebelah kanan sehingga ketika akan tidur tidak akan merasa beban. Ibnu Jaudzi mengatakan : “tidur dengan lambung kanan dikatakan oleh para doktor bahawasanya ini adalah yang paling bagus untuk badan, para doktor berkata ketika tidur harus diawali tidur dengan lambung kanan, dan ketika sudah mulai merasa letuh maka boleh berbalik ke kiri´.
Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri. Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5
hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
TIDUR YANG TERBAIKTidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rasulullah SAW juga bersabda : “Tidurlah kamu miring dengan lambungmu yang kanan kemudian berdoalah
عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ اْلأَيْمَنِ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ. وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَهُنَّ ثُمَّ مَاتَ تَحْتَ لَيْلَتِهِ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ
yang ertinya : ‘Aku pasrahkan badan inikepadamu ya Allah dan aku pasrahkan seluruh urusanku ini dan saya menghadap kepada-Mu kerana takut dan rindu pada-Mu, tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat selamat dari-Mu kecuali hanya kepada-Mu´. Maka apabila kita meninggal dunia pada malam itu dan dalam keadaan seperti itu maka kita itu dianggap menepati fitrah(keimanan)´. Jadi dengan doa yang seperti itu merupakan bentuk pasrah kita yang ihklas kepada Allah SWT, mempasrahkan seluruh jiwa raga hanya kepada Allah, maka ketika meninggal dunia dalam keadaan seperti itu sungguh meninggal dalam keimanan atau dalam keadaan yang baik. Kemudian ditegaskan bahawa orang yang tidur itu adalah orang yang mati, rohnya melayang-layang ke atas atau terbang tidak berada di dalam jasad atau badan sebagaimana diterangkan dalam Q.S. Az-Zumar ayat 42 :
Ertinya :”Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka dia tahanlah jiwa (orang) yang telah dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”
5. Meletakkan Tangan di Bawah Pipi
Tata cara ini dijelaskan oleh Hudzaifah ibnul Yaman r.a
“Adalah Rasulullah s.a.w apabila beliau tidur di malam hari beliau meletakkan tangan beliau di bawah pipi.”
6. Berdoa sebelum tidur
“Rasulullah s.a.w apabila akan tidur beliau berdoa: ‘Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku hidup dan dengan menyebut namamu aku mati .”
7. Membaca Al-Quran sebelum tidur.
Diriwayatkan dari Aisyah : setiap kali Rasulullah S.a.w. hendak tidur (malam hari) Nabi S.a.w. menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bahagian tubuhnya. dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. Nabi S.a.w. melakukannya tiga kali.
Ada beberapa ayat yang boleh dibaca sebelum tidur seperti ayat kursi, dua ayat terakhir Q.S. Al-Baqarah, Al-Mulk, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kita boleh memilih di antara ayat tersebut tadi, semua dalilnya sahih. Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah sering membaca Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian untuk faedah membaca dua ayat terakhir Q.S. Al-Baqarah Rasulullah mengatakan bahawa : “Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir Al-Baqarah maka Allah akan mencukupkannya´. Mencukupi di sini menurut Imam Nawawi mengatakan boleh mengandung dua makna dan semuanya benar. Pertama Allah mencukupi dari gangguan-gangguan syaitan dan kedua Allah mencukupi dari solat malam walau tidak solat malam. Jadi dengan kita membaca dua ayat terakhir Al-Baqarah maka kita akan terhindar dari gangguan syaitan dan dianggap solat malam walaupun sesungguhnya kita tidak solat malam. Jadi dalam hadis dikatakan, “barangsiapa berkeinginan solat malam kemudian dia tidur sampai subuh maka dia dianggap solat malam´.tapi perlu di tegaskan bahawa di anggap dengan yang benar-benar melakukan solat malam adalah berbeza. Sama halnya dengan membaca surat Al-Ikhlas, barang siapa yang membaca surat Al-Ikhlas maka dia sebanding dengan membaca 1/3 Al-Quran. Sebanding bukan bererti sama, sama dalam pahala tapi tidak sama dalam kedudukannya.
“Dari ‘Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w. apabila menuju tempat pembaringan pada tiap malam beliau menghimpun kedua telapak tangan beliau kemudian meniup dan membaca Qul Huwallahu Ahad dan Qul A’udzubirabbil Falaq dan Qul A’udzubi Rabbi An-Nas kemudian dia mengusap seluruh tubuh beliau dan beliau memulai dari kepala kemudian wajah dan bagian depan jasad dan beliau lakukan hal itu tiga kali.”
8. Membaca zikir-zikir Tidur
Zikir-zikir tidur yg ada dan sahih riwayat dari Rasulullah s.a.w. sangatlah banyak dan buku-buku yg ditulis dlm masalah ini bertebaran di tengah kaum muslimin. Di antara zikir-zikir tersebut adalah Membaca takbir tahmid dan tasbih 33 kali.
Al-Imam Al-Bukhari r.a mengatakan:Muhammad bin Basysyar telah bercerita kepadaku: Ghundar telah menceritakan kepada kami: Syu’bah telah menceritakan kepada kami dari Al-Hakam: Aku telah mendengar Ibnu Abi Laila berkata: “‘Ali telah menceritakan kepadaku bahwa Fatimah mengeluhkan apa yang beliau dapati kerana menumbuk . Kemudian dibawakan kepada Nabi s.a.w. seorang tawanan dan aku segera mendatangi Nabi s.a.w.
. Akan tetapi aku tidak menjumpai dan beliau menjumpai ‘Aisyah lalu Fathimah menceritakan kepada ‘Aisyah. Ketika Rasulullah s.a.w. datang ‘Aisyah memberitahukan tentang kedatangan Fatimah kemudian Rasulullah s.a.w.mendatangi kami sedangkan kami telah tidur. Lalu aku berusaha bangun beliau berkata: “Tetaplah kalian di tempat kalian.” Lalu beliau duduk di antara kami dan aku merasakan dingin kedua kaki beliau yg diletakkan di atas dadaku dan beliau bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yg lebih baik dari apa yang kalian minta kepadaku iaitu bila kalian akan tidur bertakbirlah 34 kali bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali lebih baik bagi kalian dari pada memiliki pembantu ”
W allahu’alam bil shawab
semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Monday, January 13, 2014

ADAB BERDOA


 Assalamu'alaikum

Salam ukhwah

Ingat lagi lagak kita apabila berhadapan dengan penemuduga? Samada ketika memohon kerja, biasiswa, tempat di Universiti, membentangkan tesis dsbnya. Kalau lelzki kemas berkemeja (bebas kedut), bertali leher (walaupun rimas), rambut disir rapi (siap pergi salon agaknya), kasut kulit di kiwi… kaum hawa pula berminggu cari baju dan tudung sedondon.. muka di’touch-up’, bertumit tinggi (walaupun gayat)..
Adab dan tingkah laku pun luar biasa sopan dan dikawal semua pergerakan. Ayat2 pun direka2 berhari2 lamanya… semua ini untuk memasikan permohonan atau pekerjaan yang dihayati dalam genggaman.
Saat kita memohon daripada Allah s.w.t. dengan berbagai kehendak dan keperluan, adakah kita juga begitu teliti tentang segala adab2nya? Sepatutnya berhadapan dengan Allah s.w.t. kita perlu lebih cerewet dengan persiapan sebelum, semasa dan selepas berdoa. Malah adab2 ini meliputi adab2 lahir dan batin.

SEBELUM
Ø Bertaubatlah sebanyak2nya dengan taubat nasuha.
Ø Sediakan hati bahawa Allah s.w.t. bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukanNya.
Ø Sebaik2nya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwudhuk.
Ø Menghadap kiblat jika tiada halangan
Ø Memilih waktu, hari, tempat atau keadaan yang mustajab untuk berdoa. Contoh masa: ketika berbuka, waktu sahur, antara dua khutbah, ketika dalam musafir, bila terasa diri teraniaya, sepertiga akhir malam, waktu mula turunnya hujan… contoh hari: hari Arafah, Hari Jumaat, sepanjang bulan ramadhan, Awal dan Akhir Tahun… contoh tempat: Di Mekah, menghadap Multazam, di Hijr Ismail, contoh keadan: ketika sujud…
Ø Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak (lelaki) dan menyapu kedua2 tangan ke muka setelah usai berdoa.
Ø Digalakkan solat sunat Hajat dahulu sebelum berdoa
Ø Pastikan makan minum dan segala punca rezeki adalah halal. Sesunggunys Allah s.w.t. menolak doa orang yang dibesarkan daripada sumber yang haram.
Ø Doa untuk orang lain tanpa pengetahuannya adalah sangat dituntut.

SEMASA
Ø Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahhim
Ø Memula dan mangakhiri doa dengan memuji Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Ø Berdoa dengan mengucapkan “Ya Rabb’ sebanyak 3 kali
Ø Mengakui dan menyesali dosa yang telah dilakukan
Ø Tidak mengangkat suara ketika berdoa
Ø Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kebesaran Allah s.w.t. serta khusyuk kepadaNya
Ø Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan
Ø Guna bahasa ibunda jika perlu agar kita lebih menghayati doa yang dipohon
Ø Ulangi doa yang dibaca…. Setiap waktu solat, setiap hari…. Jangan berputus asa…
Ø Tidak memohon sesuatu keburukan
Ø Gunakan ayat yang ringkas tapi padat
Ø Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. Sepertimana kisah 3 sahabat yang terperangkap di dalam gua.

SELEPAS
Ø Menyapu muka dngan tangan setelah selesai berdoa
Ø Mengaminkan doa yang dibaca
Ø Bersangka baik Allah s.w.t. akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti akan ada alternatif lain yang Allah s.w.t. akan berikan sama ada kita sedar atau tidak
Ø Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.

wallahu'alam
semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Sunday, January 12, 2014

ADAB-ADAB DENGAN IBU BAPA

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. ( surah Al-Baqarah ; Ayat 85 )


1. Hendaklah ia mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam

2. Hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya.

3. Hendaklah ia menjujung segala perintah kedua-duanya yang tidak bercanggah dengan syarak.

4. Jangan ia berjalan dihadapan keduanya.

5. Janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.

6. Hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.

7. Hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya.

8. Hendaklah ia bersikap tawadhuk kepada keduanya.

9. Janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan.

10. Janganlah ia memasamkan mukanya dihadapan keduanya.

11. Jangan ia menyebut-yebut jasanya kepada kedua ibubapanya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhidmatannya kepada kedua ibupabanya.

12. Janganlah ia bermusafir kecualli setelah mendapat izin daripada kedua ibubapanya.

Rujukan ; Bidayahtul Hidayah ; Al-Iman Al-Ghazali

ADAB SALAM DAN MINTA IZIN

Assalamu'alaikum

Ada satu petang Allah beri hidayah pada kchik. Hidayah namanya tu.. kalau tak kchik tak tergerak hati nak surf untuk download ceramah2. Salah satu ceramah yang sempat kchik dengar petang tu ialah ceramah ustaz Shamsuri tentang adab memberi salam dan minta izin. Kchik nak kongsi dengan semua semoga bermanfaat.
Beliau rujuk Bahrul Mazi Jilid 19 mukasurat 82.
Bermula semua bab meminta izin masuk rumah, masuk majlis, keluar majlis dll
Mengikut ustaz, nak beri salam tengok pada tempat. Orang tengah baca khutbah, tok guru tengah mengajar tidak disunatkan beri salam. Jangan beri salam pada orang dalam tandas.

Adat kita masyarakat orang melayu, semacam ada MOU dengan jiran yang kita dah kenal 35 tahun, rumahmu rumahku jua. Selamba ja masuk bila2 masa, makan minum baring2 tengok tv skali... begitu juga dengan rumah ibu bapa kita sekalipun kena minta izin masuk. Mengikut syarak hukumnya salah walaupun tuan rumah kata tak pa. janganlah langsung melangkah masuk tanpa minta izin. Sebab kita tak tahu mungkin kita mengganggu ketenteraman 'awam', mungkin ada ahli dalam rumah itu tidak menutup aurat, dia tak salah tapi kita yang celapak naik dan nampak aurat org jatuh hukumnya haram.
Ayat Quran yang Allah turun juga melarang orang masuk tanpa minta izin rumah selain rumah sendiri serentak dengan memberi salam. Rumah kita sendiripun balik sat lagi kena beri salam tapi tak payah minta izin. Anak2 juga jika hendak masuk bilik kita juga kena beri salam dan minta izin.
Adab menziarah juga kena jaga... tuan rumah mungkin sibuk dengan macam2 hal... kalau tuan rumah minta maaf kerana dia tidak senang hari tu, kita kena balik dan ambil faham masalah orang. Jangan mengumpat...
Masjid boleh masuk bila2 tak payah minta izin, tak payah la pi cari tok imam tok siak, begitu juga tempat keluar masuk seperti kedai runcit tidak perlu minta izin nak masuk membeli belah.
Menyebarkan salam tu hikmahnya mengikat satu hubungan antara yang beri dan terima salam. Bila orang beri salam pada kita, automatik rasa senang hati dan rasa macam kawan lama. Kalau semua orang islam mantap 100% menghayati islam serta berkasih sayang pasti Islam jadi sangat kuat dan tak dak sapa yang boleh usik kita, ejek kita, seksa kita dan sebagainya. Pemulaan ukwah islam yang hebat dan bersatu hati dengan memberi dan menjawab soalan. Beri salam ibarat kita menerima orang islam (tidak kira bangsa atau warganegara atau parti) sebagai saudara seislam kita. Apa perasaan kita bila kita beri salam, orang buat tak tau ja? Sebab tu menjawab salam tu wajib boleh menjauhkan rasa sakit hati dan paling utama sama2 saling mendoakan sesama islam.

Cuba kita biasakan buat perkara yang betul dan betulkan perkara yang dah terbiasa buat tak betul.
wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Friday, January 10, 2014

ADAB-ADAB MAKAN MENURUT AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH

ASSALAMU'ALAIKUM
SALAM UKHWAH

Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud danatTirmidzi.)

Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع... (رواه مسلم)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)
Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Menjawab salam
Imam Nawawi dalam al-Azkar mengatakan makruh hukumnya memberikan salam kepada orang yang sedang makan. Orang yang diberi salam pula tidak wajib menjawabnya.
Beliau menghuraikan apakah maksud hukum makruh itu. Katanya: Hukum makruh itu ialah apabila makanan itu berada dalam mulutnya, jika mulutnya tiada makanan, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.” (al-Azkar, edisi tahqiq 2003, Daar al-Hadith, Cairo. ms 238)

Bercakap ketika makan
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)
Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.
Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut. (tambahan compiler)

Cuci tangan sebelum dan sesudah makan
Aisyah ra mengatakan, bahwa Rasulullah bila hendak tidur dalam keadaan junub maka beliau berwudhu terlebih dahulu, dan apabila beliau hendak makan maka beliau mencuci kedua tangannya terlebih dahulu.” (HR Nasa’ie no. 256, Ahmad, 24353, dan HR Bukhari, no. 286 dan Muslim, no. 305lain-lain)
Mengenai mencuci tangan sesudah makan, Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang tidur dalam keadaan tangannya masih berbau daging kambing dan belum dicuci, lalu terjadi sesuatu, maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri.” (HR. Ahmad, no. 7515, Abu Dawud, 3852

Tak melengahkan makan setelah terhidang
Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, “Jika makan malam sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jangan tergesa menghabiskan makan
Ibnu Umar menyatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian tergesa-gesa menyelesaikan makan malam kalian jika sudah disajikan.” (HR. Ahmad)

Mengambil makanan yang jatuh
Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah saw bersabda, “Jika makanan salah satu daripada kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaklah ia dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan” Dalam riwayat yang lain dinyatakan, “sesungguhnya syaitan bersama kalian dalam segala keadaan, sehinggakani syaitan bersama kalian pada saat makan. Oleh karena itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaklah dibersihkan kemudian dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan. Jika sudah selesai makan maka hendaknya jari jemari dijilati karena tidak diketahui di bagian manakah makanan tersebut terdapat berkah.” (HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218)

Tidak mengambil makanan lebih dari satu
“Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya.” (HR Bukhari no. 2455 dan Muslim no 2045) Ibnul Jauzi mengatakan, “Hadith ini berlaku pada saat makan bersama-sama. Pada saat makan bersama biasanya orang hanya mengambil satu kurma saja. Maka jika ada orang yang mengambil lebih dari satu, maka berarti dia lebih banyak daripada yang lain. Sehingga harus minta izin terlebih dahulu dari orang lain.” (Kasyful Musykil, 2/565)

Menyantap makanan setelah dingin
Dalam Zaadul Ma’ad (4/223) Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, “Nabi saw tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.”

Makan dan minum sambil berdiri
Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi saw pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi saw minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)
Dari Ibnu Umar, beliau mengatakan, “Di masa Nabi saw (sebelum wafat), kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR. Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301)
Mengenai hadith-hadith di atas ada Ulama yang berkesimpulan bahwa minum sambil berdiri itu diperbolehkan meskipun yang lebih baik adalah minum sambil duduk.

Larangan bernafas dan meniup air minum
Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk mengambil nafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728)
Anjuran bernafas sebanyak tiga kali
Dari Anas bin Malik ra beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah saw minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih selesa dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

Penyedia minuman yang terakhir minum
Dari Abu Qatadah ra, Nabi saw mengatakan, “Sesungguhnya orang yang menyediakan minuman kepada sekelompok orang adalah orang yang minum terakhir kali.” (HR Muslim no. 281)

Anjuran makan bersama dalam satu pinggan
Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (HR Muslim no 2059)

Makruh makan terlalu banyak/sikit
Dari Miqdam bin Ma’di Karib, beliau menegaskan bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang manusia memenuhi satu wadah yang lebih berbahaya dibandingkan perutnya sendiri. Sebenarnya seorang manusia itu cukup dengan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Namun jika tidak ada pilihan lain, maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.” (HR. Ibnu Majah no. 3349)

Larangan menghadiri jamuan yang menyediakan khamr (yakni arak)
Nabi saw juga bersabda, “Barang siapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah menghadiri jamuan yang memberikan khamr (yakni arak).” (HR. Ahmad no. 14241)

Galakan makan beramai-ramai
Dari Anas bin Malik ra, “Sesungguhnya Rasulullah saw tidaklah makan siang dan makan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang ramai.” (HR. Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Hibban dengan sanad shahih)
Allah berfirman yang bermaksud, “Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka atau sendirian.” (QS. an-Nur: 61)
Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan & muslim

WALLAHU'ALAM
SEMOGA BERMANFAAT DAN DIMANFAATKAN

Tuesday, January 7, 2014

ADAB MEMOTONG KUKU

Assalamu'alaikum

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Cara potong kuku yg betul mengikut Sunnah Rasulululah.

Kuku Tangan

1. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan
2. Diikuti dengan jari hantu tangan kanan
3. Jari manis tangan kanan
4. Jari kelingking tangan kanan
5. Seterusnya jari kelingking tangan kiri
6. Jari manis tangan kiri
7. Jari hantu tangan kiri
8. Jari telunjuk tangan kiri
9. Ibu jari tangan kiri
10. Diakhiri dengan ibu jari tangan kanan

Berlainan pula dengan kuku kaki

Kuku Kaki

1. Dimukakan jari kelinking kanan
2. Diikuti dengan jari manis kanan
3. Jari hantu kanan
4. Jari manis kanan
5. Ibu jari kanan
6. Seterusnya ke ibu jari kaki kiri
7. Jari telunjuk kiri
8. Jari hantu kiri
9. Jari manis kiri
10. Akhir sekali jari kelinking kaki kiri


Semoga dapat di amalkan