Sunday, January 19, 2014

ADAB MENYAMBUT TETAMU

Assalamu'alaikum.  Semoga kita selalu di bawah naungan Allah s.w.t. selalu.  Diberi hidayah dan bimbingan dari masa ke semasa.

Niat yang betul

Tuan rumah perlu berniat mengharapkan pahala dalam menyambut kedatangan tetamu daripada makanan yang dihidangkan serta sambutan yang baik kepada mereka.  Tetamu juga hendaklah meniatkan pahala daripada mendatangi undangan tersebut
kepada tuan rumah.  
Dengan demikain, kedua-dua belah pihak akan mendapat pahala atas sebab itu.

Memuliakan Tetamu

Tuan rumah perlu menerima tetamunya dengan hormat dan memuliakannya, iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengucapkan kata-kata selamat datang dan sambutan.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari
- Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuan tuan rumah
- Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah


Menempatkan Tetamu di Tempat yang sesuai
·         Mempersilakan duduk di tempat yang paling selesa
·         Jika tetamu wanita, tempat yang tidak menyingkap aurat mereka
·         Tempat yang tidak tersebar bau yang kurang senag dan kotor

Menyegerakan Hak Tetamu
Tuan rumah perlu segera menghidangkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya.  Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga tetamu balik.
Menghidangkan makanan merupakan adab yang dianjurkan seperti Firman Allah s.w.t dalam surah al-Dhariyat 51:27 yang bermaksud “Lalu hidangkan kepada mereka…”

Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu
Tuan rumah tidak perlu memberatkan kemampuan diri di luar kemampuannya dalam menyediakan makanan kepada tetamu.  Namun, hidangan yang disediakan untuk tetamu perlu disertai dengan sikap memuliakan mereka.  Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih seekor anak lembu yang gemuk untuk tetamunya.  Itu ialah hidangan terbaik yang dimiliki baginda.

Layanan terbaik kepada tetamu
- Melayani sendiri tetamu merupakan satu adab yang dianjurkan dalam al-Quran, sebagaimana dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian ia masuk menemui keluarganya serta membawanya keluar seekor anak lembu (yang dipanggang).  Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: ‘Silakan makan.’” ( surah al-Dhariyat 51 : 26 – 27)
- Antara layanan baik yang boleh diberikan kepada tetamu ialah menyediakan tempat tidur yang selesa, memastikan anak2 kita tidak membuat bising, tidak menganggu tetamu,
sentiasa tersenyum dgn muka yang manis, berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga, jaga tutut kata supaya tidak mengikut perasaan dsbnya.

- Elakkan melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu seperti melunjurkan kaki ke arahnya
- Pesan Rasulullah saw: Makanlah bersama tetamu kerana tetamu malu makan bersendirian


 Menghantar ke muka pintu
Apabila tiba waktu tetamu akan pulang, tuan rumah perlu menghantarnya sampai ke pintu rumah sebagai tanda memuliakan dan mengormatinya.
Abu ‘ubaid pernah mengunjungi Imam Ahmad di rumahnya. Dia bercerita: “ Ketika aku bangkit ingin pulang, Imam Ahmad juga bangun bersamaku.  Aku berkata: ‘Jangan susah wahai Abu Abdillah.’ Beliau mengatakan bahawa al-Sha’bi berkata: ‘Termasuk kesempurnaan memuliakan tetamu ialah tuan rumah berjalan bersama tetamu hingga ke pintu rumah dan sehingga mereka menaiki kenderaannya.’” (al-Adab al-Shari’yyah, jil. 3, hlm. 227)
Tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar rumah kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah bergerak.


Batas-batas pergaulan bersama tetamu
Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat

Kelebihan melayan tetamu
- Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat drpd Allah swt
- Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunungi
- Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam
- Mengiratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan
- Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah swt


 Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.
Wassalam

ADAB MEMAKAI DAN MELEPASKAN PAKAIAN DAN ALAS KAKI

Assalamu'alaikum.  Salam kasih sayang sesama islam.

Syukur alhamdullilah kakchik masih berpeluang menulis di laman blog ini.  Lagi banyak kita membaca atau menadah kitab atau sekadar  hadir di majlis2 ilmu lagi banyak yang kita tahu bahawa kita tak tahu banyak perkara… dan semakin kita insaf ceteknya ilmu di dada tetapi perasaan macam dah pandai  mudahnya nampak salah orang dari kelemahan diri sendiri.  Lagi banyak kita tahu lagi takjub jadinya kerana Islam ni ternyata syumul… sempurna… lengkap… dari sekecil2 hal hingga yang sebesarnya semua diberi tunjuk ajar kalau tidak dari al-Quran dari sunnah dan hadis Rasulullah. 

Kali ini kachik nak bawa adab memakai dan melepaskan pakaian dan alas kaki (stoking, kasut, selipar, capal dan seangkatan dengannya) yang kakchik kutip dari buku Al-Azkar tulisan Al-Imam An Nawawi.  Ish bayangkan cara pakai baju pun Allah ajar kita… bukan susah sangat rupanya nak kumpul pahala… ikut aturan yang Allah beri… insyaAllah.
Ok ini adabnya..
Disunatkan memulai apa jua perkerjaan (yang baik) dengan menyebut Bismillah. Pakai pakaian, alas kaki, seluar dan lain-lain yang serupa, dengan mengambil posisi kanan dan membukanya dengan mengambil posisi kiri.  Demikian juga dalam bercelak, bersugi, memotong kuku, mencukur kumis, mencabut bulu ketiak, cukur kepala, mengucapkan salam dalam solat, masuk ke masjid, keluar dari jamban, berwuduk, mandi, makan, minum, berjabat tangan, member isyarat kepada hajratul aswad, menerima pemberian, member sesuatu kepada orang lain dan banyak lagi…
Dari Aisyah r.a., ia berkata:
“Rasulullah s.a.w sangat mengagumi posisi kanan pada semua urusan2nya, pada bersuci, menyisir rambut dan memasang alas kaki”  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Tangan kanan Rasulullah s.a.w. adalah untuk bersuci dan makan.  Dan tangannya yang kiri untuk kamar kecil dan sesuatu yang kotor,”  (Riwayat Abu Daud dan lain2 dengan isnad Sahih)
Dari Hafshah r.a.:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menjadikan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya, dan pakaiannya.  Dan ia jadikan tangan kirinya untuk yang lain dari itu.”  (Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w.,  ia bersabda:
“Apabila kamu berpakaian dan apabila kamu berwuduk mulailah dari (anggota) kanan.”  (Hadis Hassan riwayat Abu Daud, Turmudhi, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Mudahkan.  Mulakan dengan anggota kanan insyaAllah dapat pahala.  Pemurahnya Allah.  Allah tahu kita ni banyak sungguh dosa.  Dengan benda2 remeh2 macam ni pun boleh bantu kita kutip pahala untuk ‘top-up’ pahala kita yang ciput ni.

wassalam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Saturday, January 18, 2014

ADAB MEMBELI BELAH


Assalamu'alaikum.  Salam Ukhwah.

Kchik nak cuba kongsi kali ni adab2 membeli belah. Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.  Kalau salah tolong betulkan.


  • ·         Hendaklah membaca doa masuk ke pasar atau kedai
  • ·         Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja.  Utamakan keutamaan berikut:
  • ·         keperluan asasi yang wajib dipenuhi (daruriyyat) seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dsbnya
  • ·         kemahuan menjurus kepada keselesaan hidup (hajiyyat) seperti kereta, telefon, mesin basuh dan sebagainya.
  • ·         Elakkan berhutang.  Tiada maknanya bangga menghulur kad kredit tetapinya hakikatnya berhutang.  Orang yang menghulurkan wang kertas walaupun lusuh dan renyuk adalah lebih.
  • ·         Dapatkan pandangan dari orang yang lebih arif jika kita jahil tentang sesuatu hal.  Contoh jika ingin membeli Quran rasm Uthmani, tanyalah org yang lebih tahu jika tidaj dapat membezakannya.
  • ·         Elakkan membazir dengan membeli dengan kuantiti yang banyak.  Tidak semestinya bila ada jualan murah dan harga sesuatu barang itu dijual agak murah dari biasa kita mesti beli dengan banyaknya kononnya jimat.  Tapi kalau barang yang kita beli, disimpan hingga rosak, buruk di makan bubuk atau tamat tarikh luput… kesudahannya kita sebenarnya yang rugi.
  • ·         Pastikan barangan yang kita beli halal dari perspectif Islam, dibuat oleh orang islam dan sedaya upaya membeli di kedai2 milik orang islam dan pastikan tidak termasuk produk yang melalaikan. ZAman Rasulullah s.a.w, golongan Muhajirin dan Ansar mempunyai pasar sendiri dan jarang berurusan dengan puak Yahudi.
  • ·         Jauhi penipuan dan tawar menawar hingga mengianaya atau menzalimi hak peniaga
  • ·         Sediakan senarai barangan yang hendak dibeli supaya kita tidak membuang masa .  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksu “ Seburuk-buruk tempat ialah pasar…”  Lagipun senarai ini akan membantu supaya tidak tersasar dari ‘budget’ kita. 
  • ·         Jaga batas aurat kita sesame wanita dan lelaki.  Walaupun pasar itu hanya 2 blok dari rumah kita tapi kita masih dituntut untuk menutup aurat sebaik2nya.  Cuba elakkan dari pergi ke tempat yang bersesak2 hingga berhimpit2 antara lelaki dan perempuan.  Kakchik dah lama tak pergi pasar malam, pasar tani dan karnival2 jualan murah.  Sendiri tak selesa…biarlah beli mahal sikit tapi tak bersesak2. Kalau pergi ke karnival2 ni kchik pergi pagi2, hari dan masa orang tengah kerja.  Lapang…
  • ·         Bantu mereka yang memerlukan yang memerlukan seperti warga emas yang tak mampun memmbawa barang belian mereka.
 Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Wassalam