Wednesday, November 10, 2010

JANGAN BERI ALASAN UNTUK TIDAK KE MEKAH

Assalamualaikum,

Pepatah melayu dah tersohor.. Kalau mahu seribu daya, tak mau seribu alasan. Kalau nak disenaraikan alasan untuk tidak ke Mekah, penuh post ni. Ilmu tak cukup, pulus masih ciput, komitmen dengan anak2, kerjaya dan ‘dateline’, bisness tengah masuk ni.., muda lagi tunggulah tua sikit baru nak pi, dan yang lebih memelikkan ada yang langsung tak ada alasan tapi masih tak mahu pergi......
.
Kalau nak tunggu ilmu cukup, bila ilmu kita nak cukup kalau tak cari dan tak tuntut. Kalau nak tunggu duit nak cukup, bila nak cukup kalau kita tak kumpul... asyik joli ja tak istiqamah menyimpan…Kerja sibuk... hmmm.. cuba habag bila masa kita tak sibuk.... Kita memberi alasan anak masih kecil, tak der siapa nak jaga... hmmmm bila anak sulung besar, anak kedua pulak muncul. Anak kedua dah besar, anak ketiga pulak muncul dan begitulah seterusnya.. Hmmm bila agaknya nak sampai ke Mekah macam tu...

Dalam hal ni, bukan kchik nak mendabik dada sebab kchik dah pi. Tapi, kchik sebenarnya pun ada macam2 masalah sebelum kchik nak ke Mekah dulu.. Tapi, disebabkan hati betul2 berhajat nak pergi... kchik cuba selesaikan masalah kchik satu per satu. Dan Alhamdulillah... satu persatu Allah tunjukkan jalan dipermudahkan... Yang penting, niatkan dalam hati.. Azamkan dalam diri.. InsyaAllah Lambaian Kaabah pasti akan sampai kepada kita...
.
Ada yang kata aku tak cukup wara' untuk ke Mekah. Banyak sangat dosa untuk nak ke Mekah… buat pi kalau balik tak berubah juga… la belum pi pun dah niat dan fikir yang kita tak akan berubah, memang kita tak akan berubah. Di sana doa kita mustajab, jadi doa sungguh2 agar kita diberi Allah hidayah dan kita insyaAllah akan berubah.

Kchik doakan agar semua dilapangkan Allah segala urusan dan di buka hati untuk menziarah Kaabah dan makam kekasihNya.

Wallahu’alam.

URUSAN MEREKA YANG BAKAL DITINGGALKAN

Salam ukhwah

Kakchik tahu apa perasaan bila kita terpaksa meninggalkan orang yang tersayang. Fikir yang macam2... tapi suami selalu beri motivasi.... insyaAllah kita balik semula ke tanah air.. kalau kita mati esok kita terpaksa mereka selama2nya.

Antara perancangan yang kakchik buat

1. Amanahkan penjagaan anak2 kepada orang yang mampu menjaga mereka.. orang tua kita dah tak larat jangan menyusahkan mereka menjaga anak2 kita yang huh boleh tahan lasaknya. Kakchik bawak balik anak2 kakchik hampir setiap bulan ke kelantan supaya dema mesra dengan maklong dan tak susah nak tinggalkan mereka.

2. Sediakan duit belanja kepada orang kita amanahkan menajga mereka. Jelaskan semua bil2, hutang2 dan sebagainya. Tinggalkan juga peruntukan wang sekiranya berklau kecemasan yang tidak diduga.

3. Tinggalkan wasiat. Mula2 pada anak2 agar mereka tahu apa yang diharapkan daripada merka sekiranya anda meninggal dunia di sana. Jangan tinggal solat, puasa, jaga aurat, Aqidah, jaga adik2 dsbnya... Kemudian kepada orang yang kita amanahkan anak2 kita... a. jaga aqidah anak2, beri mereka tunjuk ajar agar jadi anak yang soleh solehah dan belalah mereka dengan penuh kasih sayang... b. senaraikan hutang2 kita yang belum dilangsaikan.. berapa jumlah, siapa pemiutang tersebut dsbnya... c. apa2 harta yang kita ada bahagaikan secara faraid.
Kakchik kumpulkan semua surat lahir anak2, kad mykid dema, geran2, sijil2 insurans yang ada, senarai kesatuan yang kakchik menjadi ahli - untuk tujuan menuntut khairat kematian, buku2 bank... senang waris nak cari dokumen2 penting.

4. Kalau anak kita dan boleh membantu dengan kerja rumah, ajar mereka agar berdikari. Sekurang2nya mereka boleh mengemas bilik, mencuci kasut sekolah, seterika baju, memabntu kita di dapur dsbnya. Boleh mendisiplinkan mereka dan sekaligus menyenangkan hati penjaga mereka.

5. Pesan anak2 kita agar tidak culas dengan segala amal ibadah sepanjang kita tiada. Jaga tingkah laku semasa di rumah penjaga, kena banyak berdikari dan rajin2 membantu. Hormat peraturan rumah penjaga anak kita.

6. Kalau anak kita ada masakan kegemaran, masak dan bekukan. Boleh keluarkan dan panaskan sahaja. Sekurang2nya boleh mengurangkan rindu mereka kepada kita.

7. Sekiranya naka kita adaalahan kepada makanan atau lain2... beritahu penjaga. begitu juga jika anak2 kita ada ubat tertentu yang perlu diambil mengikut jadual atau ada rawatan susulanmaklumkan kepada penjaga.

Semoga bermanfaat

RANCANGLAH KERJA ANDA

Salam satu iman
InsyaAllah kita semua terus diberi hadayah untuk berada di jalan yang benar

Kita nak pergi mengerjakan ibadah jadi uruslah perancangan kerja kita dengan baik agar tiada yang mencela kita kerana beban kerja yang kita tinggalkan. Rugi amalan kita di sana kalau di tanah air orang tak habis2 mengutuk kita.

1. Buat jadual kerja dan cuba siapkan tugasan kita semaksima mungkin. Kerja memang tak pernah habis, tapi kita perlu bijak mengatur masa agar bebanan yang ditinggalkan tidak menyusahkan pengganti kita terutama jika orag itu kurang arif tentang kerja kita. Tulis senarai kerja pada kertas atau 'planner' supaya kita tahu tugasan mana yang perlu diutamakan dan yang mana telah siap. Ini akan membuat kita lebih fokus dan seterusnya memudahkan pengganti kita. beri 'briefing' jika perlu kepada pengganti kita.

2. Susun semua tugasan yang diberikan kepada pengganti dengan baik dan bersistem.
Failkan jika boleh. Senaraikan nama dan nombor orang yang boleh atau perlu dihubungi untuk menyiapkan tugasan itu.

3. Atur jadual untuk mengikuti kursus haji di hujung minggu agar tidak menganggu tugasan harian kita.

4. Maklumkan kepada orang atsan status tugasan anda supaya mereka tahu perkembangan tugasan dan tidak kelam kabut bila kita berangkat kelak.



Rancang, Urus dan Tabung

Salam ukhwah

Bukan semua orang boleh 'stiqamah' dalam menabung untuk ke tanah suci... Ada orang yang 'last minute' macam kakchik... Dah terbuka hati tu kalut nak kumpul dana.. ok gak sebab setengah orang bila tak kalut dia tak simpan dengan tertib..
Tapi kakchik lebih suka kalau bakal haji dan hajjah boleh buat perancangan kewangan yang teratur dan terurus.
MULA DARI HARI NI. jangan tangguh untuk buat kebajikan.
Bagi yang mampu daftar hari ni juga dan segera berangkat jangan bertangguh2 hingga ke tahun hadapan.. Hidup ke kita lagi tahun depan?
Bagi yang mampu tapi simpanan belum cukup, istiqamah terus dan berhemah dalam berbelanja agar cepat juga boleh pergi. Buat potongan gaji kalau culas dalam menyimpan. hutang rumah kereta semua boleh potong gaji, jangan abaikan potongan untuk ibadah haji. Berhenti beli yang tak patut. cukup dengan hp yang ada tak perlu beli yang lebih canggih, cukup dengan kenderaan yang ada tak perlu beli yang lebih mahal untuk bermegah2, cukup dengan rumah yang kita diami tak perlu tambah aset lagi... makan makanan ruji kita tak perlu makan bermewah2 di tempat istimewa (ingat makan di luar ni banyak yang subhah dan tak boleh nak pasti halalnya).
banyak perkara yang kita boleh hidup walaupun takda... cukuplah kita ada yang asas untuk meneruskan hidup.
Simpan bekalan juga anak2 dan keluarga yang bakal kita tinggalkan dalam tempoh dua bulan di tanah air. Bekalan ni ada 2 kategori. 1 perbelanjaan yang tetap atau lazim seperti bil air, elektrik, hutang2 kereta dan rumah, belanja pasar, duit poket anak2 ke sekolah dsbnya. 2
perbelanjaan yang tak lazim seandainya berlaku kecemasan contohnya RM1000 atau RM2000 untuk orang yang diamanahkan mengurus keluarga sepanjang tempoh tersebut.

Kalau kita kategori yang kais pagi makan pagi. Memang Allah tak wajibkan kumpulan kita menunaikan ibadah haji tapi simpan juga walaupun seringgit seminggu.. dan jangan lupa berdoa, jangan berputusa asa , mana tahu satu hari Allah Yang Maha Pemberi Rezeki lagi luas RahmatNya melapangkan rezeki sehingga boleh menunaikan haji. Setiap amalan Allah ambil kira. Sekurang2nya kalau mati dulu sebelum sempat menunaikan rukun ke 5, Allah tahu kita memang ada menyimpan untuk ke Mekah tapi ajal menyusul dulu apakan daya... Jangan sampai Allah tanya kita mana pergi duit kita semasa masih hidup.

Ustaz kachik pernah crita apa konsep mampu... kalau kita boleh makan selain nasi (sebab nasi makanan ruji kita) contoh pizza, ayam2 goreng segera, kek2, mee goreng dsbgnya.. kira kita mampu. sebab duit beli pizza dan seangkatan dengannya tu sepatutnya simpan untuk ke Mekah.... kita ni perut melayu, makan nasi pun kenyang terlajak dah...
Jadi nilailah sendiri kita ni kategori mampu ke tak? Jangan sampai Allah soal kita.

Apa2pun YAKIN dengan Allah semuanya akan berkesudahan baik jika niat kita ikhlas untuk mengerjakan Haji.

MUSIM HAJI TIBA LAGI - 16

Assalamu'alaikum. Salam sayang sesama islam.

Bagi kchik, bukan ibadah yang kita lakukan di Mekah dan Madinah sahaja yang penting.... Tapi apa yang lebih penting adalah bagaimana ibadah2 yang kita lakukan selepas kita pulang ke Malaysia. Bagaimana, proses pentarbiahan kita selama 2 minggu jika buat ziarah dan umrah dan hampir 45 hari jika mengerjakan ibadah haji di sana untuk kita istiqamah selepas pulang ke Malaysia.
Kchik tak mau menunding jari pada sesiapa, kchik nak tegur diri kchik sebenarnya. Di Mekah dan Madinah memang terjaga ibadahnya tapi nak istiqamah membuat ibadah2 tersebut amat sukar bila dah kembali ke Malaysia. Mula menyalahkan pada kerja2 yang menimbun, kesibukan mengurus keluarga, macam2 lagi alasan.
Misalannya, kes yang begitu ketara kchik lihat... Di Mekah, ramai kaum hawa betul2 menjaga aurat mereka. Hampir kesemua jemaah wanita kita memakai stokin dan sarung tangan(maksom/ handsocks). Sebab nak tutup aurat. Hampir kesemua jemaah wanita di Mekah dan Madinah memakai tudung yang menutup dada mereka. Hampir kesemua jemaah memastikan aurat mereka tertutup supaya tidak ternampak tangan2 mereka melalui celah lengan baju mereka. Alhamdulillah, satu situasi yang menyejukkan mata memandang.
Di sana, kita juga biasanya menunaikan solat secara berjemaah di Masjid. Hampir kesemua waktu solat kita bersolat di Masjid. Dan setiap kali solat, kita datang awal ke masjid dan menunaikan Solat Sunat Qabliah dan Ba'diah. Alhamdulillah, di sana kita mampu mengamalkan ibadah yang sangat2 dituntut oleh Allah...

Di sana juga, kita cuba khatamkan quran.. baca al-maksurat, zikir2 ribuan kali…

Tapi, itu di sana. Proses pentarbiyahan selama di sana tak kekal apabila kita pulang ke Malaysia. Inilah yang kchik katakan, apa yang lebih penting bukan kita fokus ibadah2 di Mekah semata2, tetapi apa yang penting kita menterjemahkan apa yang kita amal di sana apabila kita pulang ke Malaysia...
Mengapa kita tidak menunaikan solat secara berjemaah. Dan mengapa kita tidak terus menunaikan solat2 sunat seperti yang kita lakukan di Mekah...

Kchik sebenarnya amat takut.. Takut kalau kchik tak leh nak terus istiqamah dalam menunaikan ibadah2 seperti yang dilakukan di Mekah dahulu. Mudah2an, kchik akan cub terus istiqamah mengamalkan ajaran Islam lepas balik dari Mekah ni...
Dalam satu siri di you tube bertajuk “THE ARRIVAL” ada menerangkan kenapa dalam hampir dalam semua urusan kita di galakkan memulakan sebelah kanan tetapi terbalik pulak bila kita tawaf melawan jam iaitu mula dengan sebelah kiri. Sebabnya pusingan ‘anti-clockwise’ ini menarik ion2 dan aura positif, jadi bila di sana kita jadi ‘alim’ , insaf dan sebak dada sokmo2 menangis mengenang dosa2 lampau tapi bila keluar dari Mekah pulang ke Malaysia, kita diselubungi dengan ion2 negatif.. tu yang istiqamah ‘alim’ tu perlu perjuangan yang amat jitu. Patutlah Rasulullah galakkan umatnya menziarah Kaabah sekerap mungkin, paling lama pun selang 5 tahun, supaya kita sentiasa men’caj’ semula dengan ion2 positif dan bertaubat nasuha.

Dan, kchik berdoa dengan cerita2 kchik ni dapat memberi motivasi untuk para pembaca untuk berazam bagi menunaikan umrah dan haji. Bagi yang belum mendaftar, cepat2lah mendaftar. Kchik dengar dari seorang rakan, mendaftar tahun ni 2010, tapi giliran 22 23 tahun lagi… tuu diaa eh.. tah hidup tah mati kita time tu tapi yang risau sekurang2nya kalau di takdirkan Allah kita meninggal dunia sebelum menunaikan haji, kita ada niat (daftar) untuk ke Mekah, cuma belum sampai masa.
Anak Pak Lah termakan julap
Anak Pak Manaf menangkap ikan
Kalau ada salah dan silap
Tolong maaf dan perbetulkan
Ish2 teringin nak berpantun la pulak walaupun tak berseni langsung
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

MUSIM HAJI TIBA LAGI - 13

Assalamu'alaikum.


Antara aktiviti di Madinah, pihak Tabung Haji ada sediakan bas untuk membawa jemaah menziarah kawasan2 penting di Madinah. Kami tiba lewat di tempat berkumpul tu sebab lepas Subuh kami ziarah Rasulullah dulu, baru balik sarapan… jadi bila naik bas dapat tempat duduk yang agak terbelakang jadi tak berapa dengar penerangan mutawif… Kchik pesan pada semua bakal tetamu Allah, beli dan baca serba sedikit kisah disebalik tempat2 penting di Madinah dan Mekah supaya bila kita menziarah, jiwa kita lagi terkesan…
Dema bawa kami ziarah Masjid Qiblatain, Masjid Qubra, Ladang Kurma, Bukit Uhud, Makam sahabat2 Nabi termasuk bapa saudara baginda Hamzah di Uhud…
2 hari lepas tu lepas sarapan, kami jalan2 dan nampak ada bas nak mula bertolak membawa jemaah yang baru menziarah Madinah. Bas tu tak penuh jadi mutawif tu ajak kami… ish2 rezeki… kali ni dalam bas tu ada beberapa pelajar dari Universiti Madinah ikut serta. Tempoh hari sorang mutawif  ja beri penerangan pada satu bas, kali ini ziarah lebih jelas sebab pelajar2 tu membantu menceritakan kisah disebalik satu2 tempat yang kami lawati dalam kelompok2 yang kecil.
Kebetulan dari Malaysia lagi mak dah mula kena kayap di pinggang… jadi semasa di Madinah, kayap dia jadi lebih teruk dan menyakitkan… kachik pulak pecah2 bibir… sampai di Bukit Uhud kchik teringat kchik pernah baca yang debu Madinah ni boleh buat ubat… jadi kchik ambil debu tu dan sapu pada bibir… Alhamdulillah lega esoknya hingga sampai di Mekah pun tak payah nak guna pelembap bibir. Mak mertua ambil debu2 tu, bungkus dan bawa balik bilik, dia sapu 2 3 kali. Alhamdulillah sihat terus kayap dia dengan izin Allah.
Hebatnya kuasa Allah, debu pun boleh jadi ubat.
Pelajar yang beri penerangan pada kami tu namanya Najmuddin. Esok harinya dia datang lagi kali ni nak bawak kami pergi ke pasar kurma. Jadi kami 1 keluarga (10 orang).. ikut dia naik van dan oleh kerana dia pandai berbahasa Arab (itu semestinya) senang la kami dapat harga yang berpatutan. Mak Wan sakit lutut sebab gout jadi dia dan keluarga dia hanya pergi ke masjid ja untuk solat. Alhamdulillah… elok la tu.

MUSIM HAJI TIBA LAGI - 12

Assalamu'alaikum... kchik nak kongsi pengalaman lagi...

Satu petang lepas asar sementara nak tunggu maghrib, mak mertua ajak pusing2 masjid… selalunya kami duduk dalam masjid berzikir ke ngaji quran ke.. 2 3 hari lagi dah pergi ke Mekah bila lagi nak mai ziarah pun tak tahu… nak kumpul duit semula ambil masa… tah hidup tah mati nak tunggu duit cukup.. suami memang taat mak dia, mintak apa ja mesti cuba tunaikan… letih juga nak pusing habis kawasan masjid… tapi puas hati… mak mertua yang agak ‘sihat’ dan berumur pun gagahkan diri juga walaupun nampak dia letih, dia kata seronok mengatasi rasa letih…

Ini ibu mertuaku bersama suamiku yang kucintai…
Dari sini boleh lihat bumbung hijau tanda Raudhah di situ, pintu Babus Salam,
Bumbung ala2 payung elektrik yang hebat sekali… Akan dibuka bila cuaca panas. Kalau hias masjid macam ni kira tak membazir sebab satu dunia datang untuk menziarahi Rasulullah… dan mengagumi keindahan masjid… kerajaan Madinah mampu untuk buat yang lebih canggih lagi… tak perlu mintak derma masjid macam kita di sini yang tabungnya nak penuh punyala payah…. lagipun masjid ni ‘hidup’ bukan macam sesetengah masjid di Malaysia.. maaf cakap ya… cantik, gah, canggih tapi kena berkunci sokmo2.. musafir nak singgah solat pun payah… dan masjid tu kalau penuh pun hari jumaat ja.. sedihhh.. kchik rasa kebanyakkan masjid2 di Malaysia dibuat untuk dapat nama dan puji2an semata…
waktu malam pun tak kurang GAhnya.
Kami ambil banyak gambar semasa di Madinah dan Mekah… bukan nak tayang atau nak buat bukti kami dah sampai di Madinah… tapi suami dah pesan awal2… betulkan niat… ambil gambar bawak balik tunjuk pada orang kampung/ adik beradik yang ‘mampu’ supaya merka teruja untuk mengerjakan haji secepat mungkin… juga senang bila ada orang yang nak pergi ke Mekah, kami bolehlah tunjuk sikit gambar2 biar dema dapat bayangkan keadaan Madinah dan Mekah… juga sebagai kenang2an.. setiap kali tengok hati mesti berdebar2… tak hilang lagi rasa takjub, gembira, syahdu di hati ni..berkobar2 nak pergi pulak tapi apakan daya ekonomi tak berapa bagus kebelakangan ni.. Ya Allah lapangkanlah urusanku, murahkan rezekiku, aku rindu sangat nak menziarah kekasihMU dan Kaabah sekali lagi. Amin.
wallahualam