“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”
Wednesday, February 9, 2011
"Quality time' dengan anak-anak
Cadangan kakchik, cuba buat aktiviti yang tak guna kos atau kos rendah.. secara tak langsung anak2 terdidik untuk berjimat-cermat, 'recycle' dan meransang minda kreatif.
1. Membuat kerja-kerja rumah bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan. Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan bersama, antaranya seperti memasak, mencuci kereta, mengemas rumah dan sebagainya. Sewaktu melakukan aktiviti ini, elakkan berleter, membebel atau memarahi anak kerana kecuaiannya. Banyakkan pujian dan sokongan atas hasil kerja yang telah dilakukannya. Wujudkan suasana yang ceria dan penuh dengan telatah mencuit hati. Anak2 memang perlu dididik kemahiran hidup supaya boleh berdikari pada usia muda lagi... cuba jadikan Rasullulah sebagai contoh insan yang serba boleh..memasak, menjahit dll Jangan bezakan anak lelaki dan anak perempuan, semua mesti buat kerja rumah cuma beban kerja perlu adil cthnya: lelaki buang sampah2 yang berat, perempuan tolong sapu sampah (kerja yang lebih ringan) Jangan lupa menyatakan rasa suka kita bila anak2 rajin membantu. Pujian2 penting dan kalau boleh peluk, cium dan gosok belakang mereka. Tengok respon mereka bila kita minta tolong di lain masa.
Setelah berseronok melakukan aktiviti bersama, anda boleh mengambil peluang untuk memberikan motivasi kepadanya. Daripada bertanya anak, bagaimana dengan keadaan sekolahnya, tanyalah pada mereka 3 perkara terbaik yang telah mereka lakukan di sekolah. Anda tentu rasa gembira mendengarkan jawapan mereka, dan sekaligus keyakinan diri anak-anak juga akan meningkat setelah menyedari keistimewaan yang ada dalam diri mereka.
Objektif: Melatih anak-anak berkhidmat untuk ibubapa dan orang lain
2.Latih anak budaya kita semula dan jana minda kreatif.
Selepas mengemas pasti kita jumpa banyak sampah yang terkumpul tanpa kita sedar... kertas, bahan plastik dsbnya. Jangan buang dulu, kelaskan dulu.. ada bahan yang jika kita asing elok2 boleh dijual semula. Kakchik memang sediakan kotak2 untuk membuang bahan2 dari kertas dan plastik. Anak2 telah terdidik dari kecil.. apajua kertas sekecil tag harga pada mainan atau baju baru ke kertas bungkus nasi lemak hingga ke kertas surat khabar dan buku2 lama mereka. Plastik pula sekecil botol ’vitagen’ hingga ke botol air mineral atau jus. Bincang dengan anak2 apa kebaikan kita kitar semula selain dari boleh dapat wang saku? Beritahu mereka tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Ada juga bahan2 yang jika ubahsuai boleh jadi bahan mainan yang menarik untuk anak2. Jimat.... contoh bekas telur boleh dibuah jadi ulat bulu..., bongkah2 dsbnya, botol plastik boleh jadi ’pin ball’ untuk mainan boling, kertas2 boleh dibentuk2 ikut cara origami... dan banyak lagi lah ... ish2 anak2 kita lagi kreatif jika diransang. Jangan lupa puji bila anak boleh memberi idea walaupun lucu dan macam tak logik akal. Anak2 diajar jangan suka membazir dan
Berjalan atau di taman-taman bunga, di tepi tasik atau di persisiran pantai. Sewaktu berjalan, cuba pegang tangan anak kita dan ambillah peluang untuk berbual mengenai kebesaran Allah swt yang dapat dilihat di sekitar kawasan itu. Kita boleh tengok respon anak bila kita sentuh mereka dengan kasih sayang... Mereka lebih mudah menurut kata. Untuk anak yang sudah dewasa, galakkan mereka menyatakan apakah kebesaran Allah swt yang mereka nampak sepanjang berada di situ. Sebagai contoh; Lihatlah kebesaran Allah pada bunga, ada bunga-bunga yang tumbuh daripada satu pokok, tetapi Allah ciptakan berlainan warna. Mana datangnya warna itu, sedangkan kita tak nampak pun cat atau dakwat di situ. Meningkatkan iman kita dan anak-anak dan anak ngan mak dapat sihatkan tubuh badan
Memberikan galakan untuk anak-anak menghafal surah-surah pilihan Fitrahnya, anak-anak akan merasa seronok apabila melihat ibubapa melakukan aktiviti yang sama seperti mereka. Seandainya, ibubapa juga turut berusaha bersama-sama untuk menghafal surah-surah tersebut, maka anak juga akan ter-motivasi untuk melakukan perkara yang sama.
Antara fadhilat surah-surah pilihan ialah:
Yaasin: Sekiranya dibaca di awal hari, maka Allah swt akan tunaikan segala keperluannya pada hari itu.
Al-Mulk: Surah ini akan menjadi penjaga kepada pembacanya daripada azab kubur.
Al-Waqiah: Barangsiapa yang membaca surah ini pada setiap malam, maka dia tidak akan kebuluran@miskin untuk selama-lamanya.
Objektif:Al Quran menjadi zikir di lidahnya, dan ingatan terhadap Allah swt sentiasa berada dalam hatinya dan ibu dan bapa juga boleh sama2 menghafaz
5. Mengajar anak kemahiran-kemahiran sunnah seperti memanah, menunggang kuda dan berenang. Seandainya kita sendiri belum menguasai kemahiran tersebut, tidak mengapa. Rendahkan sedikit ego, korbankan sedikit masa untuk belajar bersama-sama dengan anak-anak. Yang penting, kita dan anak-anak berasa gembira dan dengan aktiviti tersebut.Jangan lupa beritahu anak, yang dia sedang melaksanakan satu sunnah Rasulullah.Barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnah ku di zaman kerosakan ini, maka dia akan mendapat pahala 100 orang mati syahid
Objektif: Menanamkan perasaan cinta untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw
Bermain permainan komputer sambil belajar.
Kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada permainan. Menurut kajian, kanak-kanak lebih banyak belajar sewaktu bermain. Oleh sebab itu, kita harus bijak memilih permainan yang sesuai untuk mereka, dan kalau boleh, luangkanlah sedikit masa untuk mencuba permainan mereka. Ada banyak jenis permainan komputer atau permainan papan yang melatih anak-anak untuk mahir dalam sesuatu kemahiran. Antaranya: Permainan Matematik: http://www.coolmath4kids.com/
Permainan Mengenal Islam http://www.islamicplayground.com/Scripts/default.
Permainan mewarna Islamik untuk anak-anak bawah 6 tahun: "http://www.gamespendidikan.com/index.php
Board games : http://www.cashflowboardgame.com/
Objektif : Meningkatkan kasih sayang di antara anak dan ibubapa di samping mempelajari sesuatu
Semoga bermanfaat
Tuesday, February 8, 2011
Lagi Tips Lahirkan Genius
Antara tips untuk dapat anak bijak dan genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak
Monday, February 7, 2011
PETUA ANAK BIJAK
ANAK ITU AMANAH ALLAH BUAT KITA
Sunday, February 6, 2011
Mendidik Anak Cara Nabi Ibrahim
(37)Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
(38)Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.
(39)Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tuaku Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
(40)Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(41)Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu`min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
Mendidik Anak Cara Nabi Ibrahim
Cara Pertama :
Berusaha mencari dan membentuk persekitaran yang solehah. Persekitaran yang solehah bagi Nabi Ibrahim Baitullah (rumah Allah) dan bagi kita pula adalah masjid (rumah Allah). Maka, kita ibubapa haruslah berusaha menjadikan rumah kita itu seperti masjid, menjadikan anak-anak terbiasa dengan solat, langunan zikir dan bacaan al-Quran. Mudah-mudahan, bila besar kelak anak-anak kita akan mencintai aktiviti yang ada masjid. Bukankah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di saat tidak ada lagi naungan adalah pemuda yang hatinya cenderung kepada masjid.
Cara kedua
Mentarbiyah anak agar mendirikan solat. Mendirikan solat ini merupakan tanggungjawab umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Nabi Ibrahim bahkan lebih khusus di ayat yang ke-40 dari surat Ibrahim berdoa agar anak keturunannya tetap mendirikan solat. Solat merupakan salah satu pembeza antara umat Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan yang lain. Solat merupakan sesuatu yang sangat penting. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memberikan arahan tentang keharusan mengajarkan anak mendirikan solat: "suruhlah anak solat pada usia 7 tahun, dan pukullah bila tidak solat pada usia 10 tahun. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membolehkan memukul anak di usia 10 tahun kalau dia tidak melakukan solat dari pertama kali disuruh di usia 7 tahun. Ini bererti ada masa 3 tahun, orang tua untuk mendidik anak-anaknya untuk solat. JANGAN SEKADAR SURUH DAN MEROTAN SAHAJA, kita kena ajar anak2 kaedah mengambil wudhu yang betul, teknik solat dari berdiri tegak, tokmaninah hingga sujud, yang wajib dan sunat dalam solat, yang membatalkan wudhu dan solat, semak bacaan2nya dsbnya... barulah anak2 kita boleh mengerjakan solat dengan sempurna.. dan yang paling penting kita sebagai ibu bapa kena jadi CONTOH TAULADAN pada anak2 kita.
Cara ketiga
Mentarbiyah anak agar berusaha mencari rezeki yang Allah telah sediakan bagi setiap orang. Anak ditarbiyah untuk memiliki life skill (keterampilan hidup) dan skill to live (keterampilan untuk hidup) untuk mendapatkan rezeki yang telah Allah sediakan. Setelah itu anak diajar untuk bersyukur.
Cara keempat
Mentarbiyah anak dengan memperkasakan keimanan, agar sentiasa merasakan pengawasan Allah dan Allah sentiasa bersama-sama dengannya.
Cara kelima
Mentarbiyah anak agar sentiasa memperhatikan orang-orang yang berjasa (sekalipun sekadar berdoa) dan mengambil berat terhadap orang-orang yang beriman yang ada di sekitarnya baik yang ada sekarang maupun yang telah mendahuluinya.
Saturday, February 5, 2011
Doa Mendidik Anak
Dalam kita mendidik anak, kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan (buku, CD, komputer, tv dan sebagainya) supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Macam-macam petua orang disekeliling beri pada kakchik dan yang pasti bukan semua petua sesuai untuk semua anak kita. Anak yang sulung memah jenis taat, jadi gertak sikit pun dia dah patuh, yang kedua jenis kena ampu (cerita pasal balasan Allah suka dan bala, kegembiraan nabi bila angah taat perintah Allah), Alang pulak jenis selamba rock, cakap pi la apau pun dia tetap tenang dan selamba... suami pesan kakchik jangan stress dan banyak berleter sebab alang baru 4 tahun memang usai yang sangat mencabar kesabaran, adik bongsu kira nak ikut ja apa laong, kakngah dan alang buat... Jadi selain mencuba banyak pendekatan mendidik anak jadi soleh dan solehah lagi cermerlang, jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan itu juga penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Di sini kakchik nak kongsi petua ayat-ayat amalan dalam mendidik anak.
Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
Surah Al-Fatihah (1 kali)
Ayat kursi (1 kali)
Surah al-Insyirah (1 kali)
Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
Saya rasa ramai yang tahu ayat-ayat di atas, dan ramai yang sudah menghafalnya kecuali surah Toha ayat 1 hingga 7. Jadi di sini kakchik letakkan ayat itu bagi memudahkan kita mengamalkannya. Mudah-mudahan dengan izinNya apa yang kita hajatkan dimakbulNya.
Taa' Haa.
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Semoga bermanfaat
Ingat semua anak kita unik dengan cara mereka tersendiri... Banyaklah berdoa pada Allah dan cuba pelbagai cara untuk membentuk anak2 kita... Jangan sesekali berputus asa.
Friday, February 4, 2011
Pendidikan Anak dalam Islam
Al-Quran kita dapati bagaimana Allah menceritakan petua-petua Luqman yang merupakan bentuk pendidikan bagi anak-anaknya. Begitu juga dalam hadis-hadis Rasulullah saw kita temui banyak juga bentuk-bentuk pendidikan terhadap anak, baik secara perintah mahu pun perbuatan baginda mendidik anak secara langsung. Seorang pendidik, baik ibu bapa mahu pun guru hendaknya mengetahui betapa besarnya tanggungjawab mereka di hadapan Allah swt terhadap pendidikan anak-anak.
Tentang perkara ini, Allah berfirman,
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”. (At-Tahrim: 6)
Dan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim, Rasulullah saw bersabda,
“Setiap di antara kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban”
Untuk itu , seorang guru atau ibu bapa perlu tahu apa saja yang harus diajarkan kepada seorang anak serta bagaimana cara yang telah dituntunkan oleh junjungan umat ini, Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Beberapa tuntunan tersebut antara lain:
• Menanamkan Tauhid dan Aqidah yang Benar kepada Anak
Suatu hal yang tidak boleh dipungkiri bahawa tauhid merupakan landasan Islam. Apabila seseorang benar tauhidnya, maka dia akan mendapatkan keselamatan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, tanpa tauhid dia pasti terjatuh ke dalam kesyirikan dan akan menemui kecelakaan di dunia serta kekekalan di dalam adzab neraka. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan mengampuni yang lebih ringan daripada itu bagi orang-orang yang Allah kehendaki” (An- Nisa: 48)
Oleh kerana itu, di dalam Al-Quran pula Allah kisahkan nasihat Luqman kepada anaknya. Salah satunya berbunyi,
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.(Luqman: 13)
Rasulullah saw sendiri telah memberikan contoh penanaman aqidah yang kukuh ini ketika baginda mengajari anak pakciknya, Abdullah bin Abbas ra dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dengan sanad yang hasan. Ibnu Abbas menceritakan;
“Pada suatu hari aku pernah berkenderaan di belakang Nabi (di atas kendaraan), baginda berkata kepadaku: “Wahai anak, aku akan mengajari engkau beberapa kalimat: Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah dihadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah. kalau seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk memberikan satu pemberian yang bermanfaat kepada mu, tidak akan bermanfaat hal itu bagi mu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan bermanfaat bagi mu). Ketahuilah. kalaupun seluruh umat (jin dan manusia)berkumpul untuk mencelakakan kamu, tidak akan mampu mencelakakan sedikit pun, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan sampai dan mencelakakan mu). Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran”.
Perkara-perkara yang diajarkan oleh Rasulllah saw kepada Ibnu Abbas di atas adalah perkara tauhid. Termasuk aqidah yang perlu ditanamkan kepada anak sejak dini adalah tentang di mana Allah berada. Ini sangat penting, kerana banyak kaum muslimin yang salah dalam perkara ini. Sebahagian mengatakan bahawa Allah ada di mana-mana. Sebahagian lagi mengatakan bahawa Allah ada di hati kita, dan beragam pendapat lainnya. Padahal dalil-dalil menunjukkan bahawa Allah itu berada di atas Arsy, iaitu di atas langit.
Dalilnya antara lain, “Ar-Rahman beristiwa di atas ‘Arsy” (Thaha: 5)
Makna istiwa adalah tinggi dan meninggi sebagaimana di dalam riwayat Al-Bukhari dari tabi’in.
Adapun dari hadis, Rasulullah saw bertanya kepada seorang budak wanita, “Di mana Allah?”. Budak tersebut menjawab, “Allah di langit”. Baginda bertanya pula, “Siapa aku?” budak itu menjawab, “Engkau Rasulullah”. Rasulllah kemudian bersabda, “Bebaskan dia, kerana sesungguhnya dia adalah wanita mukminah”. (HR. Muslim dan Abu Daud).
• Mengajari Anak untuk Melaksanakan Ibadah
Hendaknya sejak kecil putra-putri kita diajarkan bagaimana beribadah dengan benar sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw. Mulai dari tatacara bersuci, solat, puasa serta beragam ibadah lainnya.
Rasulullah saw bersabda,
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat” (HR. Al-Bukhari).
“Ajarilah anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun (bila tidak mahu solat-pen)” (Shahih. Lihat Shahih Shahihil Jami’ karya Al-Albani).
Bila mereka telah boleh menjaga ketertiban dalam solat, maka ajak pula mereka untuk menghadiri solat berjemaah di masjid. Dengan melatih mereka dari dini, InsyaAllah ketika dewasa, mereka sudah terbiasa dengan ibadah-ibadah tersebut.
• Mengajarkan Al-Quran, Hadis serta Doa dan Dzikir yang Ringan kepada Anak-anak
Dimulai dengan surat Al-Fatihah dan surat-surat yang pendek serta doa tahiyat untuk solat. Dan menyediakan guru khusus bagi mereka yang mengajari tajwid, menghafal Al-Quran serta hadis. Begitu pula dengan doa dan zikir sehari-hari. Hendaknya mereka mulai menghafalnya, seperti doa ketika makan, keluar masuk tandas dan lain-lain.
• Mendidik Anak dengan Berbagai Adab dan Akhlak yang Mulia
Ajarilah anak dengan berbagai adab Islami seperti makan dengan tangan kanan, mengucapkan basmalah sebelum makan, menjaga kebersihan, mengucapkan salam, dll. Begitu pula dengan akhlak. Tanamkan kepada mereka akhlaq-akhlaq mulia seperti berkata dan bersikap jujur, berbakti kepada ibu bapa, dermawan, menghormati yang lebih tua dan sayang kepada yang lebih muda, serta beragam akhlaq lainnya.
• Melarang Anak dari Berbagai Perbuatan yang Diharamkan
Hendaknya anak dari kecil mungkin perlu diperingatkan dari beragam perbuatan yang tidak baik atau bahkan diharamkan, seperti merokok, judi, minum khamar, mencuri, mengambil hak orang lain, zalim, durhaka kepada ibu bapa dan segenap perbuatan haram lainnya.
Termasuk ke dalam permasalahan ini adalah muzik dan gambar makhluk bernyawa. Banyak ibu bapa dan guru yang tidak mengetahui tentang haram dua perkara ini, sehingga mereka membiarkan anak-anak bermain-main dengannya. Bahkan lebih dari itu –kita berlindung kepada Allah-, sebahagian mereka menjadikan dua perkara ini sebagai cara pembelajaran bagi anak, dan memuji-mujinya sebagai cara belajar yang baik!
Padahal Rasulullah saw pernah bersabda tentang muzik,
“Sungguh akan ada dari umatku yang menghalalkan zina, sutra, khamr dan al-ma’azif (alat-alat musik)”. (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Abu Daud).
Maknanya: Akan datang dari muslimin kaum-kaum yang meyakini bahawa perzinaan, mengenakan sutera asli (bagi laki-laki, ), minum khamar dan muzik sebagai perkara yang halal, padahal perkara tersebut adalah haram.
Dan al-ma’azif adalah setiap alat yang bernada dan bersuara teratur seperti kecapi, seruling, drum, gendang, rebana dan yang lainnya. Bahkan loceng juga, kerana Rasulullah saw bersabda,
“Loceng itu serulingnya syaitan”. (HR. Muslim).
Adapun tentang gambar, guru terbaik umat ini (Rasulullah saw) telah bersabda,
“Seluruh tukang gambar (makhluk hidup) di neraka, maka kelak Allah akan jadikan pada setiap gambar-gambarnya menjadi hidup, kemudian gambar-gambar itu akan mengazab dia di neraka jahanam”(HR. Muslim).
“Sesungguhnya orang-orang yang paling keras seksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah para tukang gambar.” (HR. Muslim).
Oleh kerana itu hendaknya kita melarang anak-anak kita dari menggambar makhluk hidup. Adapun gambar pemandangan, kereta, kapal terbang dan yang semacamnya maka ini tidaklah mengapa selama tidak ada gambar makhluk hidupnya.
• Menanamkan Cinta Jihad serta Keberanian
Bacakanlah kepada mereka kisah-kisah keberanian Nabi dan para sahabatnya dalam peperangan untuk menegakkan Islam agar mereka mengetahui bahawa baginda adalah sosok yang pemberani, dan sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Muawiyah telah membebaskan negeri-negeri.
Tanamkan pula kepada mereka kebencian kepada Yahudi dan orang-orang zalim. Tanamkan bahawa kaum Muslimin akan membebaskan Al-Quds ketika mereka mahu kembali mempelajari Islam dan berjihad di jalan Allah. Mereka akan ditolong dengan seizin Allah. Didiklah mereka agar berani beramar ma’ruf nahi munkar, dan hendaknya mereka tidaklah takut melainkan hanya kepada Allah. Dan tidak boleh menakut-nakuti mereka dengan cerita-cerita bohong, ganas serta menakuti mereka dengan gelap.
• Membiasakan Anak dengan Pakaian yang Syarie
Hendaknya anak-anak dibiasakan menggunakan pakaian sesuai dengan jenis kelaminnya. Anak laki-laki menggunakan pakaian laki-laki dan anak perempuan menggunakan pakaian perempuan. Jauhkan anak-anak dari model-model pakaian barat yang tidak syarie, bahkan ketat dan menunjukkan aurat.
Tentang hal ini, Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa yang meniru sebuah kaum, maka dia termasuk mereka.” (Shahih, HR. Abu Daud)
Untuk anak-anak perempuan, biasakanlah agar mereka mengenakan tudung penutup kepala sehingga ketika dewasa mereka akan mudah untuk mengenakan jilbab yang syarie.
Demikianlah beberapa tuntunan dari Rasulullah saw dalam mendidik anak. Hendaknya para ibu bapa dan pendidik boleh merealisasikannya dalam pendidikan mereka terhadap anak-anak. Dan hendaknya pula mereka ingat, untuk selalu bersabar, menasihati putera-puteri Islam dengan lembut dan penuh kasih sayang. Jangan membentak atau mencela mereka, apalagi sampai mengungkit-ungkit kesalahan mereka. Semoga boleh bermanfaat, terutama bagi ibu bapa dan para pendidik. Wallahu a’lam.
)* Diringkas oleh Abu Umar Al-Bankawy dari kitab Kaifa Nurabbi Auladana karya Syaikh Muhammad Jamil Zainu dan hadis-hadis tentang hukum gambar ditambahkan dari Hukum Tashwir Dzawatil Arwah karya Syaikh Muqbil bin Hadi
