Monday, August 1, 2016

KENAL RASUL KITA - TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum.

 Dari Anas r.a bahawasanya pada suatu hari ada seorang lelaki menemui Rasulullah dan   bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang hari kiamat.  Beliau berkata, “Wahai rasulullah, bilakah kiamat akan berlakui?”
Maka mendengar soalan ini, Baginda s.s.w.  bertanya kembali, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya (kiamat)?”  Persiapan menghadapi kiamat adalah lebih penting berbanding mencari tahu masa kiamat berlaku.
Orang itu menjawab, “Tidak ada sama sekali.  Hanya saja, sesungguhnya saya mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.”
Anas pun mengatakan, “Tidaklah kami berbahagia dengan sesuatu melebihi kegembiraan kami dengan sabda Nabi s.a.w., “Engkau bersama orang yang engkau cintai.”
Anas berkata, “Kerana saya mencintai Nabi, Abu Bakar dan Umar. Dan saya berharap saya dibangkitkan bersama mereka kerana kecintaan saya kepada mereka, meskipun saya tidak mampu  beramal seperti amal mereka.

Berbahagia juga kita kalau kita bersama dengan orang kita cintai, baginda Rasulullah s.a.w.  namun rasa cinta mesti bermula daripada pengenalan.  Siapa yang tidak mengenal Nabi, mana mun gkin dia boleh mencintai Baginda dengan sebenar-benar cinta.

Jadi mari kita mengenal siapa idola kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan ilmu yang sedikit di dada, kchik ingin berkongsi ilmu kchik dengan semua pembaca blog kchik ini… semoga kita semua mendapat keredhaan dan limpahan rahmat dari Yang Maha Esa.

Kalau ada kesilapan fakta mohon ditegur.

Thursday, July 21, 2016

Hidup ini PERSEDIAAN HARI MATI - 8

Assalamu'alaikum

Kachik sedih betul hari ni.  Sedih sebab tengok orang makin tak takut Allah tapikan takut pada manusia berlebih2... takut jatuh syirik kita ni.  
Yang kchik sedih ni ialah kekadang kchik pun tergolong dalam golongan ini.  Na'uzubillah.  

Ya Allah tetapkan iman ku dan janganlah Engkau tarik nikmat hidayah yang Engkau beri pada hambaMU ini. 

Untuk kesekian kalinya tahun ni kchik terbabas subuh.  Sedih takut Allah tutup pintu rezeki.  Selalunya sempat lagi solat subuh walaupun dah sayup2 matahari nak terbit.. 
Tapi yang sedihnya bila hari ni.... tersedar dah terlewat sesangat sedangkan kena 'punch' masuk kerja.  maka kalutlah kchik bersiap terus gi kerja... takut bos bising dalam mesyuarat... malu kalau boss umum kedatangan staff yang lewat...
qada subuh pun kchik tangguhlah.... ISH geram dengan diri sendiri..... pagi ni sedar2 dah jam 7:20... last punch jam 7:25... panik sungguh2... 
geram sebab tak panik pun terbabas Subuh... kalut2 punch la kchik jam 7:34... 
dan lepas kelas jam 9:20 baru qada subuh dan top-up la dengan beberapa rakaat Dhuha... takut Allah murka.
Macamana la nak didik hati ni supaya takutkan Allah lebih dari manusia.

Kebetulan  pulak ada kursus di Tanjung Bungah, Penang 2 hari 1 malam.  Dapat bilik sorang2 jadi angkut semua p kursus.   Tengahari tu balik awal siap2 nak ke Penang,  daftar jam 3 paling lewat.  
Lepas  'settle' bilik, anak2 kalut nak mandi kolam.  Lepas asar kchik bawak turun.  Along kata dia kata tak berani nak angkat muka, toleh mana2 pun sama.  Yang ramainya sebangsa seagama dengannya bergaul laki pompuan dalam kolam.  Allah melarang kita mendedahkan aurat tapi sebab undang2 manusia mandi kolam kena pakai baju renang maka kita pun ikut dengan penuh rela.  Sedangkan mandi pakai t-shirt dengan seluar ' track' boleh aja... ... kita tak takut Allah tapi takut pihak pengurusan hotel marah kita tak pakai pakaian yang sesuai.  
Jadi kchik pun ajaklah anak2 turun p mandi laut... kebetulan petang Khamis... Penang hari bekerja jadi orang memang tak ramai di pantai, alhamdulillah tenang sikit jiwa kchik.  Mata pun tak sakit dan tak susah hati...  
takut Allah marah sebab tak tegur sesama islam... doa dalam hati ja la tapi itu selemah2 iman...semoga dema semua di kolam renang tu tu mendapat hidayah dan taufiq dari Allah.  

Santai di pantai, ada pelayan datang tanya kot2 ada nak order pa2... ramah sungguh orangnya... (tak ramai orang d restoran..mungkin hari kerja jadi xramai yang menginap di hotel ni).. Dia menceritakan pengalaman kerja dia (tak tanya pun he he namun layan juga lah) Pernah dulu dia hampir putus asa mencari kerja (masa zaman gawat dulu ni)... akhirnya dia dapat tawaran temuduga pramugari,  dia rasa lega.  temuduga pertama berjaya dan harus ikuti temuduga kedua tapi dengan syarat mesti berkebaya dan TIDAK BERTUDUNG.  
Dilema... tak bukak tak dapat kerja dan kerja pada waktu tu memang susah nak dapat.  Akhirnya pelayan tu setuju untuk bukak tudung... 
dia pun pergi temuduga ke 2 dan dalam taklimat dia diberitahu perlu belajar macam2, beberapa bahasa, etika dan berenang dan macam2 cara rawatan kecemasan, bermakna kena pakai baju renang  semasa kursus renang.  (masa tu mana ada baju renanag muslimah)  Itupun dia sanggup janji dapat kerja 
katanya Allah tahu niatnya nak cari rezeki halal... 
lepas 3 bulan dia di tolak sebab banyak kursus yang dia tak cemerlang... bukak tudung dedah aurat akhirnya tak dapat juga kerja...   Dia tak yakin rezeki Allah, sebab tu dia ikut dan patuh  majikan yang 'beri' dia rezeki... sedihnya... sebab dia masih tidak bertudung sampai ke hari ini ...ingat dia insaf buka tudung ke pakai tudung..rezeki semuanya dari Allah....rupa2nya tak
Semoga Allah memberi dia hidayah satu hari nanti...

wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan


Wednesday, July 13, 2016

Hidup ini PERSEDIAAN HARI MATI - 7

Kematian adalah peristiwa besar, kejadian yang dahsyat serta perkara yang hebat. Tiap-tiap makhluk pasti mengalaminya.

Allah SWT berfirman : “Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam Syurga maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Surah Ali-Imran : 185
Dan Allah SWT berfirman pula : ” Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang kukuh.” Surah An-Nisa : 78
Dan firman Allah SWT pula : ” Setiap orang yang berada di atas (dunia) akan binasa, Dan tinggalkanlah zat Allah SWT yang Maha Agung lagi Mulia.” Surah Ar -Rahman : 26-27

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

“ Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain .” Surah Thaha 20: 55

Kchik pesan pada diri sendiri dan semua kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita kena bersiap-siap diri untuk menyambut kematian dengan mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini supaya tetap berada di jalan Tuhan, kerana kematian merupakan penutup dari semua kejadian2 di dunia. Kita tak tahu bila kiamat kecil (hari kematian kita) akan tiba.

Sedangkan orang yang bodoh ialah orang2 yang tertutup matanya dari melihat kesudahan2 yang akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan2 dan kelalaian2, sehingga tidak dapat mengingat atau memikirkan kematian. Sekalipun ia mengingatnya tetapi ia tidak mengingatnya dengan hati yang lapang , malah dengan perasaan yang dibius dengan nafsu kesenangan dan kelazatan.

Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yang banyak mengingati mati, maka ia akan mengutamakan tiga perkara.

1. Segera bertaubat
2. Berhati tenang
3. Rajin beribadah

Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita tiga perkara:

1. Menunda-nunda taubat
2. Tidak rela hidup sederhana
3. Malas beribadah

Agama tidak melarang kita untuk mencari kesenangan hidup di dunia ini sepanjang kesenangan itu tidak melanggar norma agama, Orang menjadi kaya dan berlimpah harta juga tidak pernah dilarang oleh agama selagi harta tersebut di peroleh sesuai syariat yang telah di tentukan agama bahkan agama kita menyuruh kita menjadi hartawan agar rezeki yang diperolehi dapat dibahagi2 dengan orang lain yang memerlukannya kerana perlu diingat bahawa di dalam rezeki yang kita miliki ini ada hak orang lain, sehingga sedekah dan zakat adalah jalan untuk menyalurkan rizeki tersebut kepada orang yang memiliki hak atas harta kita.

Tapi jangan pernah kita lupakan satu hal iaitu untuk tetap ingat bahawa ada kehidupan yang lebih abadi yang perlu juga kita persiapkan sejak saat ini.

Sunday, July 10, 2016

Hidup ini PERSEDIAAN HARI MATI - 6

Assalamualaikum

Huh takut tak buat persediaan untuk anak2 yang kchik akan tinggalkan.

kchik siap ada buku - BUKU WASIAT namanya
kchik rekod semua hutang bank..
kchik catat semua polisi insurans yang kchik ada -
kchik juga rekod hutang2 persendirian yang kchik ada
rekod khairat kematian - masjid
                                        koperasi yang kchik masuk
kchik tulis bilangan puasa yang kchik tinggal ramadhan ni..takut xdan ganti...yang hidup boleh tolong kchik uruskan bab ini
macamana nak buat dengan duit pencen umi - bahagi sama rata dgn adik2
kchik catat apa yang along kena buat dengan kereta dan motor yang kchik ada
kiranya semuanya yang patut in sha Allah kchik rekod semua

Kchik dari dulu lagi memang sokmo2 sembang dengan arwah suami bab mati
yang kchik risau..kalau suami yang mati dulu..apa yang kchik perlu buat
sbb suami kchik ini dalam ilmu agama dia dari kchik jadi in sha Allah dia pandai2 bab faraid dll
kchik pula memang jahil dalam byk bab

bincang macam2
contoh:
bab kereta2, motor..nak buat apa ... jual? sedekah buat jariah pada pusat tahfiz dll yang memerlukan? simpan?

harta2 lain walaupun seringgit dua pun bila dah mati jadi harta anak yatim..
nak buat apa?

tak sangka apa yang kchik risaukan memang betul terjadi...bila suami meninggal..sedih..bohong kalau tak sedih...rasa beban bertindih2 atas bahu
tapi sebab dah bincang dengan arwah suami jadi senang nak buat keputusan pasal pembahagian harta memang lancar ja..lega dah satu bab

nasihat kchik..elok sgt la kita ni pakat bersedia untuk mati agar pasangan atau anak2 kita tak kelam kabut uruskan hal2 dunia dan akhirat kita..

Monday, July 4, 2016

Hidup ini PERSEDIAAN HARI MATI - 5

Kisah kedua ni penceramah tu cerita pasal Nabi Isa a.s lalu di tepi kuburan dan baginda terdengar suara seksaan yang teruk dalam kubur seorang hamba Allah ni. Baginda lalu berdoa pada Allah, nak bangkitkan si mati sebab nak tanya apa amalan dia semasa hidup. Dengan izin Allah, Nabi Isa a.s. menghentak kakinya 3 kali di atas kubur,

kubur itu pun terbuka dan keluarlah si mati dengan api yang menjulang2 tinggi. Lalu Nabi Isa a.s pun tanya…kamumasa hidup tak sembahyang ya? Solat katanya.. kamu berzina? tidak…jawabnya.. Kamu membunuh? Kamu ambilrasuah? Kamu mencuri? Semua tidak saya buat jawab si mati.. malahan saya jaga solat dan kehidupan saya agar baik selalu. 

Jadi apa yang kamu buat sampai kamu diseksa di alam kubur dengan seksaan yang begitu dasyat?

Saya berkerja mencari kayu api di hutan yang tiada tuan. 
Jadi rezekinya halal… apa masalahnya? respon Nabi Isa a.s.
 Pada satu hari sedang saya makan datang seorang pembeli mahu membeli kayu api. Dibayar
semua duit lalu dia pulang. Saya makan sampai habis lepas tu pergi menghantar kayu. 

Dalam perjalanan saya rasa ada benda melekat di celah gigi saya. Saya cuba keluarkan dengan lidah saya tapi tak berjaya. Korek dengan jari pun tak berhasil.. apa saya buat.. saya cungkil sikit kayu api tu buat pencungkil gigi. Alahai besar mana sangat la serpih kayu tu. Dah cungkil celah gigi, kayu tu pun saya buang. Terus saya hantar kayu dan tak ingat apa-apa dah lepas tu. 

Hidup la saya macam biasa sampai saya mati,
 malaikat tanya ada tak saya mintak halal serpih kayu tu sebab dah termasuk dalam barang yang 
telah dibayar oleh orang yang datang rumahnya dulu.
 Hanya sebab tu sahaja saya diseksa 70 tahun dalam kubur… Na’uzubillah…..

berapa banyak barang yang kita lupa nak mintak halal..

Kchik risau diri Kchik…tu yang menangis tu… takut ada benda sekolah yang dah terbuat reta…pen ka kertas ka? 
 Bekas2 makanan yang jiran2 kasi ada yang lupa nak balas bekas… simpan2 sampai buruk,
mengemas rumah pi buang tak mintak halal.

Barang2 pinjam kira pinjam terus,  
CD yang ulang tengok sampai calar,..dah tak tengok buang pun tak mintak halal… 

makan minum… 
hutang piutang dengan orang yang dah mati… 
ish2 takut nak senarai… 
banyak benda yang Allah pandang besar tapi Kchik pandang remeh… 

Kalau ada barang atau hutang yang Kchik belum pulangkan atau langsaikan, tolong ingatkan Kchik atau HALALkan ya….

Hidup ini PERSEDIAAN HARI MATI - 4

Balik kampung kchik tolong ibu mertua mengemas rumah persediaan untuk raya.
Alahai Kchik selalu sibuk… banyak sibuk dengan hal dunia
Itu yang sedihnya.
Dikesempatan balik kampung tu la Kchik kemas apa yang patut. Terjumpa koleksi kaset ceramah2 milik arwah ayah mertua. Dalam perjalanan balik ke mari, (kchik thn ni raya dengan abah..mak kan bau ja meninggal) Kchik pasang satu kaset ceramah. Aduh… menangis sepanjang jalan dah tak malu dengan pemandu2 lain yang dok pandang2. Anak2 pun join sekali..(terkesan sama dgn ceramah tu ka atau kesian tengok ummi dema nangis sedu sedan)
ceramah tu terkena betul dengan batang hidung Kchik yang banyak lupa mati dan sibuk dengan urusan dunia yang akan Kchik tinggal juga akhirnya.

Ada banyak kisah teladan yang kchik nak kongsi dengan sahabat seislam semua.

1. Kisah seorang alim penjual kain, musafir untuk menjual kain. Berjalanlah Si Alim hingga tiba waktu maghrib tidak juga ketemu perkampungan. Berjalan lagi. Malam kian lewat, akhirnya setelah penat berjalan Si Alim ambil keputusan untuk bermalam sahaja di situ.
Tanpa Si Alim ketahui di situ ialah kawasan kubur. Dalam tidurnya, Si Alim berjumpa dengan 2 orang penghuni kubur.

Yang sorang ni huh bercahaya kuburnya, nampak bahagia dia di alam kubur. Yang sorang lagi ni compang camping pakaiannya asyik mengutip-ngutip sesuatu di tanah. Lalu Si Alim bertanya pada orang yang kedua ni, dok kutip apa? Dia menjawab dia asalnya seorang hartawan, anaknya ramai lelaki. Tetapi dia tidak asuh dengan didikan agama hingga mereka hanya nampak harta dunia sahaja. Sampaikan semasa hayatnya lagi mereka sibuk berbincang sesama mereka apa bahagian yang bakal mereka dapat. Siap bincang depan dia yang terlantar sakit. Sedih2 kalau dapat anak macam ni… bila dia meninggal dunia tak sorang pun anak dia yang solatkan jenazah dia apa lagi mandi atau kapankan dia. Mereka sibuk membahagi harta ikut nafsu mereka sahaja. Dia yang di dalam kubur anak2 tak ingat pun. Jadi dia dok kutip la doa-doa yang ditabur oleh malaikat. Doa-doa ni kiriman semua umat islam yang baca doa contoh :“ ampunkan doa semua muslim dan muslimat yang masih hidup atau yang meninggal dunia”. Malaikat akan tabur doa yang umum tu dan pakat kutip la sorang sikit. Lalu dia pesan pada orang alim tu supaya cari anak2 dia dan ingatkan mereka tentang ayah mereka yang tengah susah gelap gelita di alam kubur.

Si Alim bertanya pula pada yang pertama tu kenapa nampak dia senang lenang dalam alam kubur. Jawabnya dia ada seorang anak yang soleh yang selalu mendoakannya.

Terjaga dari tidur si alim ni tak jadi nak berniaga dia bersungguh mencari anak2 lelaki no 2 tu ikut petua yang diberi. Bila dapat berjumpa, lantas Si Alim menceritakan keadaan ayah mereka lalu mereka semua insaf.

Si alim juga pergi mencari anak lelaki no 1 ni. Dia jumpa anak tu tengah jual air sambil mulut dia komat kamit. Si Alim lalu bertanya, kenapa ya sambil berniaga mulut anak komat kamit? Saya bacakan surah2 al quran yang saya hafal untuk saya sedekahkan pada arwah ayah saya. Saya sibuk jadi sambil berniaga ni la saya curi masa berdoa dan bersedekah untuk ayah saya. Si Alim lantas beritahu yang ayahnya sedang bersenang lenang kerana amalan anaknya ini.

Tak lama kemudian si alim ni mimpi lagi… dalam mimpinya orang no 2 ucap terima kasih sebab sedarkan anak2nya dan mereka sekarang tak berhenti mengirim doa dan sedekah buatnya.

Manakala Si Alim lihat orang no 1 pula kini sibuk mengutip-ngutip di tanah. Lalu Si Alim tanya kenapa? Jawabnya anaknya yang soleh telah meninggal dunia jadi tiada siapa lagi yang kirim doa dan sedekah khusus buatnya.

Sedih… sedih sangat Kchik takut Kchik pun akan lalai nak doakan kedua ibu bapa kalau asyik kalut ngan urusan dunia…

Kchik sedih… sedih sangat takut anak2 Kchik pulak tak ingat nak doakan Kchik bila Kchik mati nanti… masa hidup ni sokmo2 ingatkan dema doakan arwah abah..kalau kchik dah mati adakah mereka akan doakan ummi abah sendiri tanpa disuruh2???

apa iktibar Kchik dapat? didik anak supaya jadi anak yang soleh… jangan dok kalut anak dapat 5A UPSR tapi tak pandai mengaji, tak reti solat. Biar imbang dunia dan akhirat.

apa iktibar yang kchik dapat?? pastikan perbanyakkan amal jariah...pahala yang berterusan..
Bersambung….

Hidup ini PERSEDIAAN HARI MATI - 3




Lewat malam tadi, sebelum mata menutup tirai hari, Kchik teringat arwah suami...rindu sangat.. Penyokong usaha kecil kchik selama ini. bila seorang diri ni..kalut masa hingga tiada masa utk diri bermunajat, bangun bertahajjud.
Payah, berat, malas, letih.
Suami pernah kata, untuk menjadi isteri solehah bukan payah tapi tidaklah mudah. Cuma taat Allah, taat suami. Buat yang Allah perintah, tinggal apa yang Allah larang dan dengar cakap suami.
Merendah diri dengan suami, jaga tutur kata dan segala macam perkara yang menyenangkan hati suami.
Kalau tak mampu bangun malam, buat semua yang disebut tadi sudah mencukupi. jangan fikir perkara yang sukar dibuat, lunaskan perkara di depan mata dahulu.

Tugas mendidik anak-anak itu lagi penting. Biar anak-anak ingat Allah. Ingat Rasul. Senang saja!
kata suami.

  

Sekarang kchik kena siapkan anak2 kchik andai kchik pula mati..Adakah mereka akan ingat Allah, ingat Rasulullah?

Kadang-kadang bila mula mengangkat takbir, sudah timbul perasaan ingin cepat melangsaikan tanggungjawab pada Allah. Tapi tiba-tiba diri tersentak, andai ini solat terakhir .... Kchik pantas meletakkan Allah di hadapan.

Kadang-kadang juga, apabila kerja bersusun bertimbun, selesai solat, cepat-cepat berdoa. Doa pun pendek saja. Tiba-tiba tersentak lagi, andai ini doa terakhir.

Takut benar kchik, takut anak2 tengok dan tiru.  Sembahyang cepat2 sementara iklan..Tidak semena-mena airmata jatuh berjuraian. Kchik mengadu. Kchik mengharap. "Jadikanlah aku hambaMu yang soleh. Seandainya Engkau mentakdirkan mati, peliharalah anak2ku dari hidup yang sia2."