Assalamu'alaikum
Kchik sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati kchik dengan diri kchik ini. Semoga Allah terus bimbing kchik ke jalan yang benar dan tidak berhenti memberi hidayah.
Kakchik ni memang mengumpul macam2 bahan bacaan yang menjurus kepada menambah ilmu islam di dada, buku kulit keras, nipis, majalah2, novel islam, mcm2 la kiranya. Bab membaca ni memang tak da masalah, semasa lapang di rumah, masa menunggu dalam kereta, menunggu anak yang masuk wad, sambil jaga exam budak preksa.. huh kira ulat buku sungguh.. kadang2 baca tu sampai nangis2 menyesal dengan keadaan diri yang terlalai.
Tapi yang kchik geram tu ialah keinsafan tu masa baca ja... lepas tutup buku macam tu juga la kchik ni... kesedaran cukup banyak tapi kekuatan nak beramal tu cukup lemah... Takutnya Allah marah sungguh pada kchik. Tolonglah doakan agar kchik kuat untuk mengamalkan apa yang kchik baca demi kejayaan keluarga, masyarakat dan negara mencari redha Allah. Berilah Allah kekuatan padaku untuk melawan nafsu malasku dan godaan syaitan yang memang patut direjam.
Wassalam.