Wednesday, September 15, 2010

TAHIYAT AKHIR

Assalamu'alaikum

Kchik sekali lagi ingin berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Bacaan tahiyat akhir adalah rukum, oleh itu lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Duduk Tahiyat akhir membawa maksud tidak boleh sesorang itu membaca tahiyat sedang dia berdiri, sujud dan sebagainya.

Lafaznya ialah:


Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat dan solat yang baik adalah untuk Allah.  Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya.  Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.  Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad.  Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.  Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad.  Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.  Sesunggunya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”

SYARAT-SYARAT TASYAHUD (TAHIYAT)
Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

·         Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan tasyahud

·         Berurutan bacaan perkataaan-perkataan tasyahud
Jika diselangi di antara bacaannya perkataan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan warid dalam bacaan yang sempurna.

·         Membaca Tasyahud dalam Duduk yang diikuti oleh salam
      cara duduk adalah sama untuk lelaki dan perempuan
 Antaranya hadith Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:
فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

" Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk) ". (HR. Bukhari)

Hadith ini membezakan antara duduk tahiyat awal dan akhir. Dan cara duduk tersebut merupakan yang paling afdal bagi kedua-dua keadaan duduk ini.


Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan sunnah yang afdal.

·         Bacaan Tasyahud dalam Bahasa Arab

·         Menjaga Bacaan Makhraj-makhraj huruf Tasyahud
           Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam Tasyahud

1- Bacaan-bacaan di dalam solat hendaklah disebut dengan cara dan sebutan yang betul. Terutama bacaan-bacaan wajib seperti Tashahhud akhir. Tetapi ia tidak terikat dengan hukum hakam tajwid.

2- Samada terdapat tanda sabdu atau tidak ada, dari sudut bacaannya apabila Tanwin bertemu dengan huruf Mim, maka hukumnya ialah Idhgam Ma'al Ghunnah (memasukkan tanwin ke dalam huruf Mim dengan dengung).


Tetapi tidak menyebutnya dengan cara dengung tidak membatalkan sembahyang, kerana ia adalah lahan yang tidak mengubah makna.

·         Membaca Tasyahud dengan tertib.
Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat bila mana jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.

·         Jari telunjuk sebelah kanan diangkat Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla   
       ilahaillallah" dan seterusnya.  Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama 
       dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari "Asyhadualla ilaha illallah.      
       Wa-asy-hadu  anna Muhammadar rasulullah"
 


   

Pergerakan Jari (Tahrik) Ketika Duduk Tasyahud Solat
1. Tahrik dari perbahasan bahasa Arab

Tahrik ialah menggerak-gerakkan telunjuk ketika duduk tasyaahud. Imam alBaihaqee asySyafi'iy (Ma'arufat Sunan wal Atsar, Jld 3/ms 52 dan Amir Syun'any, Subulus Salam Jld 1/189), yuharriku dalam hadis2 bermaksud isyarat bukan menggerakkan dgn istimrar (gerak terus menerus). Yuharrik itu cukup dengan isyarat sekali sahaja. Ini bertepatan dgn hadis Ibn Zubair ra yg bermaksud, " Bahawasanya Nabi saw ketika duduk berdo'a (tasyaahud), baginda mengisyaratkan dgn jarinya dan tidak menggerak-gerakkan (telunjuk)." [Abu Daud, 989; alNasa'iy, 1193, alBaihaqee (2786)]

Status hadis: Sahih menurut alNawawee dan Syaykh Arnauth; SYAZ menurut alMuhaddith Albani (Dha'eef Abu Daud, 989). Imam Muslim (alSahih, 579) tanpa tambahan " dan tidak menggerak-gerakkannya)"

Itulah maksud "La Yuharrik" menurut alBaihaqee.

2. Bantahan pada alBaihaqee.

Pendapat alBaihaqee dibantah kerana 'Yuharriku' menunjukkan berterusan menggerakkan selama mana dalam keadaan berdo'a/bertasyaahud. Dalilnya ialah yuharriku dalam alQur:an, surah alQiyaamah: 16 "Janganlah kamu menggerak-gerakkan bibirmu secara tergesa-gesa ketika membaca alQur:an" (terjemahan) 'Tuharrik' dalam ayat itu (75:16) bermaksud menggerak-gerakkan bibir secara istimrar (berterusan).


Dalil kedua: ialah hadis Wa'il bin Hujr ra di mana Wa'il melapurkan Nabi saw 'yukarrikuha' (Nabi saw menggerak-gerakkan jarinya). Hadis ini statusnya sahih dan dikeluarkan oleh ramai Muhaddith, antaranya Imam Ahmad (18772),Darimi (1397), Ibn Khuzayma (714), annasa'iy (Sahih anNasa'iy lil ALBANI no 1267). hadis ini disahihkan oleh Syaraf Muhyiddin anNawawee, Arnauth dan Albani.



3. Bagaimana menemukan pendapat Baihaqee dan ahli tahqeeq yg menolaknya spt Muhaddith Albani.


Imam alBaihaqee mengungguli hadis Ibn Zubair ra dan menetapkan ia berlawanan dgn hadis Wail. Imam-imam hadis dan manhaj salafiyah mengungguli hadis Wail dan menetapkan yuharrikuhu adalah berterusan mengikut tatabahasa Arab dan penggunaan alQur'an.


Imam-Imam Tahqeeq (analitis) berpendapat kedua-dua pendapat ini boleh dipertemukan. alAmir Syun'ani, alMubarakfuri, Syeykh Ali alQari, al'azim alAbadi mereka bersependapat bahawa sebenarnya hadis Wail tidak bercanggah dgn hadis Ibn Zubair. Pendapat yg kompromi ialah kedua-dua hadis itu menunjukkan Nabi saw kadang2 yuharrik (menggerak-gerakkan jari telunjuk) dan kadang2 La yuharriku (tidak menggerakkan, hanya memberi isyarat sahaja). Ini menunjukkan tahrik itu tidak wajib.



4. Dari mana pula datangnya pendapat2 ganjil Syafi'iyah dan Hanafiah?


Allamah Sayyid sabiq, syaikhul Azhar, dlm kitab klasik Fiqh Sunnah merumuskan: Fiqh Syafi'iy ; Isyarat telunjuk sekali ketika sebutan IlaLlah dalam kalimah syahadat Fiqh Hanafi: isyarat telunjuk ketika kalimah LAA (dalam kalimah syahadah) Fiqh Maliki: hendaklah menggerakkan telunjuk ke kanan dan ke kiri dari awal tasyahud hingga akhir Fiqh Hanbali: mengisyarat dgn jari telunjuk setiap kali nama Allah disebut tanpa tahrik, tujuan mengEsakan Allah (Fiqh Sunnah, Jld 1/170, cetakan Makkah)


Ahli Tahqeeq spt pengarang kitab Tuhfah alAhwazi (Jld 2/185) hairan dari mana kedua-dua madzhab (Hanafi dan Syafi'iy) mendapatkan dalil utk membuat ketetapan yg demikian. Imam alMuhaddith Albani (Sifat Solatun Nabiyy/ms 40) Jadi ketetapan dalam madzhab Hanafi dan Syafi'iy sebenarnya tidak ada asalnya dari asSunnah.


Rumusan


a. alMuhaddith Albani menetapkan tahrik telunjuk dari mula tasyahud hingga salam adalah Sunnah Muhammad saw dan diamalkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad dan mereka yg mendalami Sunnah (sifat solatun nabi/ms 40)

b. Sebagai langkah kempromi, hadis Ibn Zubair juga boleh diamalkan kerana ia juga hadis yg sahih. (Tuhfah alAhwazi 2/ms 188)


c. Cara madzhab Syafi'iy dan Hanafi adalah tertolak kerana tidak disandarkan kepada nas.


d. Permulaan tahrik ialah ketika duduk tasyaahud hingga salam


e. Boleh menggerak ke kanan dan kiri (malikiah) dan ke atas dan kebawah (albani) kerana tiada nas yg tegas dan qat'iyah dalam menceritakan bentuk tahrik. 

Melihat jari ketika tashahhud

  Ada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Zubayr daripada Nabi s.a.w. bahawa “sesungguhnya baginda s.a.w. apabila duduk dalam tasyahhud (tahiyyat), baginda akan meletakkan tapak tangan kiri di atas paha kiri dan menunjukkan dengan jari telunjuk, matanya tidak melampaui isyarat jari telunjuknya”.

Hadis ini direkodkan oleh Abu Dawud (990), al-Nasa’i (1275), di tashihkan oleh al-Nawawi dalam Sharh Muslim (5/81).

Kata al-Nawawi : “Dan yang sunnahnya ialah matanya/pandangannya tidak melebihi paras isyaratnya, dan padanya"


DOA TAHIYAT AKHIR

 Sabit dalam hadis2 sahih Nabi SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kepada umatnya. antaranya:
- hadis Ibn Masud: "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yg paling dikaguminya". HR Bukhari dan Muslim.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh org2 Islam. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yg tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi sembahyangnya.


Quote:

Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:

pertama:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)

kedua:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).

ketiga:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).

5 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya orgnya badan besar dan agak sukar nak duduk tahiyat akhir. Bagaimana? Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya orgnya badan besar dan agak sukar nak duduk tahiyat akhir. Bagaimana? Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Ass Wb...Thayib sukran.penjelasan tahyat sesuai makna dalam ilmu marifatullah

    belum dijelaskan.hrpdpt dijelaskan dgn terperinci

    ReplyDelete
  4. Wah2 engkau.. Albani ko panggil muhadith tp imam syafiee ko dan imam hanafi ko gelar 'pendapat ganjil' and tertolak. Suka hati je. Banding albani dgn imam syafiee mcm langit dengan bumi kot. Ilmu smpi mana smpi kata tertolak? Imam nawawi, ibnu hajar asqalani, imam suyuti, imam ghazalie dan ramai imam fuqaha yg hebat2 pun terima ko pulak boleh sedap2 buh tertolak.. Ilmu sampai mana? Berapa hadis hafal? Berapa kitab baca? Ke berpandukan albani semata2.. Yg baiknya kita berlapang dada, ayat baikkan sedikit sbb kita pun xtahu siapa yg betul lagi hak.

    ReplyDelete