Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Negeri Madyan ini perkampungan Nabi Syuaib. Di situlah tempat Nabi Musa bertemu jodoh dengan isteri Safura anak Nabi Syuaib setelah keluar dari Mesir kemudian menyeberang laut merah, merentas gurun dan melalui Jordan.
Setelah sepuluh tahun Nabi Musa berbakti kepada Nabi Syuib di Madyan, Baginda mengambil keputusan kembali ke Mesir bersama isterinya, Siti Sapura sehingga tiba di Semenanjung Sinai. Ketika itu, Bani Israel masih menyembah berhala.
Bukit Sinai atau Bukit Musa (Jabal Musa) menjadi saksi kepada peristiwa penting dalam kehidupan Nabi Musa. Di situ, Baginda bermunajat kepada Allah seterusnya menerima wahyu melalui percakapan secara langsung dengan Allah kerana itu Nabi Musa digelar Musa Kalamullah.
Di bukit itu juga Nabi Musa menerima syariat untuk panduan umatnya. Baginda dilantik menjadi rasul bagi menghapuskan kepercayaan masyarakat Mesir yang menyembah tuhan Ra’ dan Amun.
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Oleh kerana itu, Allah telah mewajibkan solat Maghrib ini kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.
Warna solat
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
KESIMPULANNYA... TAKYAH LA PI KELAS2 TAICHI KE, CHIQONG KE, PILATES KE DAN NTAH APA2 KELAS MEDITASI TU. ISLAM IS COMPLETE. YOU CAN FIND EVERY SINGLE THING IN ISLAM BECAUSE ISLAM IS NOT ONLY A RELIGION, IT IS A WAY OF LIFE. ISN'T IT BEAUTIFUL?
Salam. Moga Puan dpt sisikan sekali sanad atau surah mana dr quran. lebih molek dapat keyakinan info bila ada sanad/surah tafsir.
ReplyDelete