Monday, May 2, 2011

ISTERI RASULULLAH - SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID (pt 2)

Assalamu'alaikum.
Pada pendapat ,sepatutnya kisah ini kita jadikan panduan untuk muslimah menjadikan diri mereka seorang serikandi,menjadi isteri solehah,menjadi tulang belakang dan sokongan terhadap perjuangan suami.

Menjadi contoh isteri solehah,kesetiaan,kesabaran dan kesusahan yang dialami oleh perjuangan suami untuk mengajak manusia lain mentauhidkan Allah. Isteri  yang tidak berkira wang ringgit bagi membantu suami dalam dakwah.
Sejarah telah menyatakan, maka tidak dapat disembunyikan lagi.  Ambillah ia sebagai garispanduan kita sebagai umat Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita ada wanita yang boleh dijadikan contoh dan suri tauladan dalam segenap ruang lingkup kehidupan dari awal hingga akhir.

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah
SIFAT isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.


Sifat isteri solihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Syaidatina Khadijah antaranya:


# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.


Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah.Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.

Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab:
“Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.”

Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin
(Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.

# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.


# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.
# Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi.
Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.

Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”

Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik
Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.
Saiditina Khadijah

# Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.


# Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.


# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.


# Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Wanita Terbaik di Muka Bumi
Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w. meskipuan sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a.

Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat 'Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari 'Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?Rasulullah menjawab dengan marahnya:


Demi Allah!Tidak ada yang dapat menggantikan dari segi kebaikan selain darinya.Dia beriman ketika manusia kufur,dia membenarkan aku ketika orang lain membohongi ku,dia bersimpati dengan hananya ketika orang lain mengalangi ku.Allah menganugerahkan kepadaku darinya anak dan tidak perempuan lain.


Perkahwinan baginda Rasulullah s.a.w.dengan wanita ideal ini membawa ke akhir hayat. Khadijah pada masa itu sudah berusia enam puluh lima tahun.Muhammad s.a.w. pula berusia lima puluh tahun. Selama bersama khadijah dua puluh lima tahun Muhammad tidak pemah berniat untuk berkahwin lagi. Hanya selepas kewafatan Khadijah barulah Rasulullah s.a. w. berkahwin dengan 'Aisyah dan isteri-isteri lain-Iain (ibid:53).


Ia adalah wanita terbaik sepanjang masa.
Ia selalu memberi semangat dan kelapangan pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa  sallam untuk mencari kebenaran. Ia sendiri yang menyiapkan bekal untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saat beliau menyendiri dan beribadah di gua Hira’. Seorang pun tidak akan lupa perkataannya yang masyhur yang menjadikan Nabi merasakan tenang setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali yang pertama, “Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya. Kerana sungguh engkau suka menyambung silaturahmi, menanggung keperluan orang yang lemah, menyediakan keperluan orang yang tidak punya, menjamu dan memuliakan tamu dan engkau menolong setiap usaha menegakkan kebenaran.” (HR. Muttafaqun ‘alaih)  (Mazin bin Abdul Karim Al Farih  dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Lambang Kasih Seorang Isteri
Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sama adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20).

Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa.


Semasa suaminya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu.


Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan ,kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat.

Khadijah Ibu Sejati 
Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44).

Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).


Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah, keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-anaknya.

Muslimah Pembantu/Penyokong kepada Tugasan Suami
Memang sukar memperincikan sumbangan beliau secara khusus,tetapi seawal perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. sehingga wafatnya,kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah di datangi Jibril, biasanya si perempuan akan menjadi lebih resah dari suami.  Mungkin sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khadijah dapat menenangkan nabi Muhammad.

Ketika nabi berdakwah dia pula menjadi pembantu. Contoh sebaiknya apabila dia turut bersama diboikot di lorong Abu Talib,sehingga kesan dari situ menyebabkan beliau sakit dan menemui ajalnya. Dia tidak seperti isteri Nuh dan Lut. Dia berdiri di samping nabi mempertahankan Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental. Malah dialah lambang penyertaan aktif wanita dalam gerakan Islam yang tidak dapat dinafikan.


Khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material. Pengorbanan beliau secara tidak langsung dirakam oleh Allah S.W.t. dalam surah al-Duha:6-8. Dia mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.Malah kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana dokongan sumber dari Khadijah.

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah bukan bermotif dunia atau syahwat.  
Perkahwinan baginda berdasarkan pertimbangan yang matang, Baginda pernah datang kepada Khadijah dengan menyatakan kekhuatirannya. ‘aku khuatir diriku’. Khadijah menenangkan baginda; ‘Demi Allah, Allah tidak mungkin akan menghina dirimu selama-lamanya. Sesungguhnya engkau sentiasa menjalinkan silaturrahim, meringankan beban kesusahan orang, memberi kepada orang miskin dan menolong orang semasa bencana’.

Sebelum berkahwin, kita harus berfikir kepada pertimbangan yang matang. Jangan hanya setakat bicara manis dan semangat cinta sahaja. Rasulullah SAW dan Khadijah mencintai di antara satu sama atas dasar akhlak kedua-duanya. Berlainan sekali dengan umat sekarang yang bercinta kerana syahwat sahaja.


Pelbagai dugaan yang berlaku terhadap Nabi SAW dan Khadijah. Celaan orang Quraish dan kematian putera Nabi SAW. Semua dihadapi dengan sabar dan tabah.

Perawat Duka, Khairul Anam

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


“Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi waSallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,


“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seo rang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana
”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelasmasalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,


”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.


Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.


”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-namsal-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu.


Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam

menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segeramenghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.


Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihiwa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia.

Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri

di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana dibuktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya”
, Bottom of Form



No comments:

Post a Comment