Berwuduk merupakan salah satu amalan wajib bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat lima waktu. Tahukah anda fadhilat membaca doa selepas wuduk? Sebaik sahaja anda selesai berwuduk, anda disunatkan membaca doa selepas wuduk sambil mengadap ke arah kiblat.
Maksud doa:
Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.
Sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad.
Dalam erti kata lain ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.
2. Selepas itu, bolehlah dilakukan sembahyang sunat wuduk sebanyak dua rakaat.
3. Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas
Kelebihan Sembahyang Sunat Wuduk
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Bahawasanya Rasulullah saw bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh "Wahai Bilal ....! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga saya mendengar detak bunyi sandalmu di syurga?" Bilal menjawab " Saya tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang aku sangat harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari, kecuali saya melakukan sembahyang dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada saya untuk mendirikan sembahyang"
Kak chik .. solat ni boleh dilakukan bila2 waktu kan ... betul ke
ReplyDelete