Thursday, September 16, 2010

SUTRAH DALAM SOLAT

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang yang sedang solat), nescaya untuk berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan melintas di hadapan orang yang solat ini.” Berkata perawi, “Aku tidak pasti samada NAbi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Riwayat al-Bukhari).
Kalau boleh carilah tempat solat yang menghadap dinding atau kawasan yang pasti tidak akan ada orang yang boleh melintas di hadapan kita ketika kita solat. Kalau terpaksa maka letaklah sutrah.
Apa itu Sutrah?
Bermakna sesuatu objek yang dijadikan sempadan kawasan solat. Dalam maksud lain sebagai penhalang/ pengadang. Macam2 objek boleh dijadikan sutrah di hadapan arah kiblat seperti batu, tongkat, tiang, beg, kotak, dan boleh juga sekadar membuat satu garisan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Jika tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu dihadapannya.” Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban.
Jarak antara sutrah dengan kaki ialah kira-kira 3 hasta (hasta = siku sampai ujung jari tengah) termasuk ruang untuk sujud.
Sutrah disyariatkan baik untuk solat berjemaah dan juga solat sendirian. Juga untuk solat2 sunat seperti Dhuha, Tahiyatul Masjid dll.
Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di hadapan imam. Sutrah makmum mengikut sutrah imam. Jadi kalau ada keperluan seperti terbatal wuduk maka dibolehkan melintas di hadapan makmum.
Hikmahnya adalah bertujuan untuk memusatkan khusyuk solat tanpa diganggu dengan orang lalu lalang di hadapan. Selain itu sebagai tanda bahawa orang itu sedang solat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Apabila seseorang kamu meletakkan sesuatu di hadapannya seperti pelana perjalanan, maka bersolatlah, serta tidak perlu lagi memperdulikan sesiapa yang berjalan di belakang halangan tadi.” Riwayat Muslim dan al-Tirmizi.
Secara purata, para ulama bersepakat bahawa meletakkan penghadang ketika solat adalah sunat, namun tidak sampai ke tahap wajib. Jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan satu bentuk perkara sunat yang dituntut.

No comments:

Post a Comment