Monday, December 6, 2010

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 6

Assalamu'alaikum

Kakchik tak kuat iman tapi alhamdulillah Allah masih sayang kakchik dan dari masa ke semasa Allah beri suntikan motivasi dan keinsafan dari pelbagai arah. Ada masa kakchik macam kecewa dengan hidup yang selalu juga la gawat, tapi tup2 petang tu ada penceramah bawa topik jangan bersedih contohnya... naik balik semangat.. ada kalanya kakchik tengok kengkawan melaram mai kerja kakchik pun macam nak terikut2 melaram.. pas tu ada cd penceramah ni beritahu pasal suami yang benarkan isteri keluar rumah untuk apa alasan sekalipun kena pastikan sedaya upaya agar si isteri tak berurusan dengan lelaki bukan muhrim dan pakaiannya buruk ( ertinya bukan lusuh koyak rabak) baju bersih, baju baru pun boleh tapi orang lelaki tengok tak toleh 2 kali.. kawan2 sekerja pun tak teringin nak tanya beli kain ka baju ka tudung ka kat mana.. warnanya tak menjolok mata... gayanya tak ranggi menampakkan aurat atau susuk aurat, fesyen pun ala2 makchik2 ja... jadi bersyukur sebab tak melaram dan redha dengan diri yang tiada daya penarik di tempat kerja..
Memang Allah sayang kita cuma kita sahaja yang tak menghargainya...

Post kali ni kakchik nak cuba cadangkan ja la busana2 muslim yang kemas, ayu tapi yang paling penting menutup aurat... sebab kita nak tarik remaja2 terutamanya mendekati islam tak boleh paksa dema ni pakai abaya atau jubah sahaja semata2 perlu beri alternatif lain yang dekat di jiwa mereka.. perlahan2 kita ubah trend pakaian mereka ikut acuan islam yang sebenarnya.

Dari kita memakai seluar sendat2 nampak susuk punggung, pakai legging dan skinny jeans, apa kata kita pakai kain labuh atau seluar longgar(wide -leg) yang trendy juga. lebih selesa rasanya dan ayu. Dijangka menjadi trend fesyen 2011
Pakai blouse yang longgar.
Kalau kakchik salah mencadang mohon betulkan.



Kita boleh tiru gaya ni cuma perlu beli blouse longgar labuh dan warna tak menonjol sangat (putih, hitam, kelabu dan warna2 pastel adalah trend summer 2010 dan spring 2011) dan tudung menutup dada yang sedondon. Siapa kata pakai seluar kena pakai baju sendat... atau pendek, artis di atas pakai baju labuh nampak beraya juga..




imej di atas contoh2 gaya dengan skirt labuh atau 'wide-leg pants', ok cuma blouse perlu longgar dan tudung perlu labuh menutup dada.

yang ini baju kena labuh lagi dan pakai la tudung yang labuh dan mudah2 tak perlu belit2 dan tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar.

yang ini pun sama, labuhkan tudung dan baju...oops jangan lupa pakai stokin ya..


atau lebih mudah kalau berbaju kurung longgar, selesa dan memang confirm nampak manis dan sopan. baju kurung johor atau baju kurung pahang atau kebaya nyonya yang longgar.





baju punjab ini nampak sopan juga tapi kena longgar dan baju tak bolehlah jarang..

jubah pun adanya menarik untuk remaja2
kena pastikan longgar.

Busana kanak2 pun dah banyak di pasaran. Boleh perlahan2 ajar agar anak2 kita selesa dengan pakaian muslimah sebenar.



Kalau hendak mengikut ajaran Islam yang sebenar tak susah, banyak alternatif pakaian yang boleh kita pakai.. tepuk dada tanya iman.. nak bergaya tapi masuk neraka ka?
Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut;
1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Adapun fesyen pakaian, tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya. Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi. Oleh itu, adalah harus wanita Islam memakai baju kurung, jubah, baju Punjabi atau jenis-jenis lainnya selagi ia memenuhi ciri-ciri di atas.

Kakchik harap sangat satu hari nanti semua muslimah boleh terima fesyen busana islam yang sebenarnya...

No comments:

Post a Comment