Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah.
Kchik amat bersetuju jika ada yang mengatakan dengan mengingati mati kita jadi insan yang cemerlang.
Bagi kchik kalau kita selalu ingat mati, takut deh mahu ambil rasuah, mencuri, membuat onar dibuatnya mati sebelum sempat bertaubat camna? Bukankah masyarakat akan menerima tempiasnya... jadi lebih selamat dan rasuah 0%.
Kerja2 pun tak tertangguh, dibuat mati 5 minit lagi, kita tak sempat selesaikan tugasan kita sebab ditangguhkan dengan sengaja seminggu lepas... macamana nak jawab dengan Allah tentang tanggungjawab kita di tempat kerja atau di rumah.
Bila teringat mati, cepat2 solat takut mati sebelum sempat solat...
Mati pasti datang. cuma tak tau bila...tiap2 kali mengemas rumah ( 2 3 kali ja seminggu) selalu cuba2 tengok ada kah benda2 yang kchik dah tak mau guna tapi dalam keadaan baik dan sempurna. Baju2 anak, suami dan sendiri, barang mainan anak2, buku2, apa sajalah... sebab bila ingat mati... takut sangat Allah tanya pasal harta yang dok bertapuk dalam rumah. Jadi sedekah kat orang yang lebih memerlukan... rumah pun kosong skit.. senang nak kemas.. hati pun lega ada gak la jawapan nanti bertemu Allah...
Bukan niat nak britau kchik ni rajin bersedekah.... tapi memang takut Allah tanya masa muda kita, masa senang kita, harta benda kita, masa sihat kita...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda " tidak akan papa orang yang suka bersedekah."
Kchik sedia tulis dalam buku segala maklumat2 tentang akaun bank, insurans sendiri, suami, anak2. segala hutang-piutang, pembahagian harta (kereta, rumah,binatang2 ternakan suami dll)... anak2 pun 2 3 bulan sekali di 'taklimat'kan tentang harapan kchik dan suami bila kami tiada nanti, apa mereka patut buat dengan maklumat2 yang kchik dah tulis dalam buku... sampai ada sekali tu 'Aisyah anak no 2 menangis beria2 sebab rasa macam kami sungguh2 nak mati dah.. tambah2 kchik ni penuh uban di kepala, jadi anak2 kata kchik dah tua sangat dan akan mati tak lama lagi (betul la tu... maut datang bila masa).. risau sebab kalau kchik mati sorang, suami ada lagi dia boleh tolong uruskan semua hal khairat kematian, pembahagian harta... tapi kalau kami mati berdua... waris2 bukannya tahu kalau kchik tak catit dalam buku...
Bila ingat mati, jadi rajin skit nak ngaji quran, buat yang sunat2...
TAPI MASALAHnya ialah ingat mati ni mai jarang2... banyak kalut dengan urusan dunia dari sibuk membuat persiapaan mati sebab kerap lupa yang kita ni pasti mati.. BILA?
Tolong doakan kchik ya bila kchik mati nanti... tempatkanlah kachik dalam syurga Allah. Amin.
Wassalam.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.
No comments:
Post a Comment