Dugaan banyak kalau kita nak tegakkan suruhan Allah. Masa kchik mula2 balik dari England lepas belajar, kchik bertudung labuh dan berjubah, keluarga terkejut besar. Al maklum la masa tu belum ada ahlli keluarga yg bertudung. Time tu klu pakai tudung jerut (labuh skit dr ‘key’ yg remaja dok pakai la ni) kira dah orait sgt dah.
Masa tu pulak ekonomim gawat. Ramai sedara mara menjadi pakar penasihat.
Macamana nak lulus temuduga kalau tak bersalam dengan penemuduga.
Org tak amik keja wanita yg tak bergaya. Macam2 lagi la.
Alhamdulillah 2 bulan selepas balik dari belajar kchik dapat KPLI. Dan jadilah mu’alimah sampai sekarang insyaAllah. Pakai tudung labuh masih dapat kerja jangan takut dengan rezeki Allah…kalau kita ikut syariatnya insyaAllah Allah tak akan sia2kan kita.
Satu lagi, perkara yg amat penting tapi sukar untuk dilakukan.... Disebabkan perkara ni dah macam jadi tradisi dlm sesebuah keluarga. Kita telah terdidik dengan suasana macam ni... iaiatu pakai tudung bila p shopping, kerja dan ziarah sahaja. Dalam kata lain kuar rumah ja pakai, masuk ja dalam rumah terus buang tudung dan tayangkan aurat ke sana ke mari.
Apabila berada di rumah, dan didatangi oleh saudara mara kita... kita tidak menutup aurat. Si isteri kalau menutup aurat, alasan yang datang tu adik beradik suami ... tapi bila sedara mara dia yang mai selamba ya tidak menutup aurat. Perkara ni memang sukar untuk kita lakukan... Kita kena INGAT dan FAHAM menutup aurat itu wajib untuk yang bukan mahram tidak kira la sepupu ka , pak sedara pupu ka, ipar duai ka walaupun kita kenal dema tu dari bayi lagi dan mesra alam sesangat, HUKUM tetap HUKUM. Apatah lagi kalau selamba kuar rumah tak menutup aurat sebab tak kemana2 sekadar kuar sidai baju atau beli ikan ja. Dosanya tetap sama seperti kita menayang aurat kepada lelaki lain. Dan hukumannya tetap sama, Ni lah salah faham org kita hari ini. Kita bukannya memakai tudung menutup aurat bila di luar rumah sahaja. Kita menutup aurat APABILA ADA LELAKI BUKAN MAHRAM BERSAMA KITA. Bukan di luar sahaja tetapi kalau di dalam rumah kita ada LELAKI BUKAN MAHRAM. Maka hukumnya WAJIB BERTUDUNG.....
RAMBUT DIIKAT DAN DIGANTUNG SERTA DINYALAKAN API YANG MARAK MENYALA DARI BAWAH KAKI MEREKA.
Masa mula2 balik susah nak istiqamah pakai tudung bila ada bukan muhrim.. Kerana suasana di rumah sebelum ni yg dah memang macam tu...Semasa kakchik pakai tudung DI DALAM rumah buat kali pertama kerana ada abg ipar masa tu, kakak tanya "Nak ke mana sebab bertudung?" Lepas sari suntuk kchik memakai tudung tak bukak2 kecuali masuk bilik sendiri, dema pakat dok komen nanti rambut luruh kalau asyik bertudung sahaja. Nanti hapak busuk rambut sebab tak kena angin ish mcm2 la.
Perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita hari ini. Terutama menjelang hari raya. Apabila semua adik beradik kita berkumpul, ada di antara isteri2, adik2 perempuan kita yg tidak bertudung.... hairan bila ke pejabat cukup comel sekali bertudung, tapi bila rakan sekerja datang rumah selamba ja layan tanpa menutup aurat. Jadi pergi kerja tutup aurat buat apa? nak jaga jgn sapa nampak aurat kita? Sebab rakan sekerja dah nampak aurat kita! Kuar dengan sepupu2 jln2 pakai tudung, dema dtg rumah, kita tayang aurat. Tutup buat apa tadinya? Hairan juga…Kakchik rasa, perkara ni perlu ditegaskan oleh ustaz ustazah dalam kuliah mereka supaya kita faham bila WAJIB MENUTUP AURAT.
Alhamdulillah, kakchik bersyukur... Di rumah kakchik, kami semua dah mula faham isu ini. Dan apabila abg2 ipar kakchik balik ke rumah dan kakchik bertudung WALAUPUN berada di dalam rumah.... dema dah ok. Kadang2 siap call habag dema nak balik supaya kchik bersedia. Kakchik bersyukur. Semoga Allah memberi hidayah kepada kami semua.. agar kakak2 ipar kchik juga akan bertudung sentiasa depan bukan muhrim. Frankly speaking, bukan senang nak membina suasana macam ni dalam satu keluarga yg besar.... Bila semua balik sekali...
Bukan nak riak kachik ni bertudung labuh tapi nak ‘highlight’kan banyak suruhan Allah yg kchik x mampu nak laksanakan..kchik mengaku kchik bukan hebat… jadi kalau ada satu dua suruhan yang termampu untuk kchik lakukan, akan kchik usaha buat yang terbaik. Isu pakai tudung. Kalau Allah dan perintah kita labuhkan tudung hingga ke dada, kchik mampu buat, jadi kchik pakai sampai ke hari ni. Doakan Allah tidak bolak balikkan hati ni. Allah suruh kita tutup aurat depan bukan muhrim jadi walaupun panas dan tak selesa sebenarnya tapi kakchik rasa mampu buat, jadi kchik istiqamah bertudung walaupun dalam rumah jika ada bukan muhrim.
Dan lagi satu, yang terakhir... Aurat suami dan anak lelaki kita dengan PEMBANTU RUMAH KITA. Sedarkah kita, suami kita juga adalah pemimpin kepada PEMBANTU RUMAH kita. Dan setiap PEMIMPIN BERTANGGUNG JAWAB ATAS APA YANG DIA PIMPIN.
Pembantu rumah juga WAJIB MENUTUP AURAT SEMASA ADA LELAKI di dalam dan di luar rumah. Kalau agama kita Islam dan kita ini wanita tak kira Negara mana kita dtg pun, HUKUM ALLAH TETAP SAMA. Dalam hal ini, kakchik berasa sedikit sedih... ramai di antara sahabat dan saudara kakchik yg MENJAGA AURAT isteri mereka, tetapi tidak mengambil berat AURAT PEMBANTU RUMAH MEREKA. Sedangkan, hukumannya tetap sama. Sebagai pemimpin keluarga, suami BERTANGGUNG JAWAB sepenuhnya sekiranya sesiapa di bawah tanggungannya tidak menutup aurat. Tak kiralah, sama ada isteri, anak perempuan, atau pun pembantu rumahnya... Dosanya tetap sama, dan suami BERSUBAHAT kerana tidak memastikan mereka menjaga aurat mereka. Dan dlm kes ni, di akhirat nanti.. ketua keluarga itu nanti akan TURUT DIHERET MASUK KE API NERAKA... Nauzubillah...
Kepada para pembaca, sahabat handai dan saudara mara, kakchik harap kita lebih prihatin akan isu ini selepas ini. Sebagai pemimpin, kita bertanggung jawab penuh atas segala apa yg kita pimpin. Jangan mengambil mudah hal ini... Kerana kita PASTI tidak mampu menanggung kepanasan api neraka nanti...
Sekiranya sebelum ni, kita mengabaikan tanggung jawab ini... maka bertindaklah dari sekarang. Mudah2an, Allah mengampunkan dosa kita yg terdahulu.
No comments:
Post a Comment