Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Nabi Ibrahim a.s. tidur, dan dalam tidurnya beliau melihat dirinya sedang menyembelih anaknya, satu-satunya anak yang dicintainya. Timbullah pergolakan besar dalam dirinya. Sungguh salah kalau ada orang mengira bahwa tidak ada pergolakan dalam dirinya. Nabi Ibrahim a.s. benar-benar diuji dengan ujian yang berat. Ujian yang langsung berhubungan dengan emosi kebapaan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. Nabi Ibrahim a.s.berfikir dan merenung. Kemudian datanglah jawapan bahawa Allah S.W.T melihatkan kepadanya bahwa mimpi para nabi adalah mimpi kebenaran. Dalam mimpinya, Nabi Ibrahim melihat bahwa ia menyembelih anaknya. Ini adalah wahyu dari Allah SWT dan perintah dari-Nya untuk menyembelih anaknya yang dicintainya.
Sebagai pecinta sejati, Nabi Ibrahim tidak merasakan kegelisahan dari hal tersebut. Ia tidak "menggugat" perintah Allah S.W.T itu. Nabi Ibrahim adalah penghulu para pencinta. Nabi Ibrahim a.s. berfikir tentang apa yang hendak dikatakan kepada anaknya ketika ia menidurkannya di atas tanah untuk menyembelihnya. Lebih baik baginya untuk memberitahu anaknya dan hal itu lebih menenangkan hatinya daripada memaksanya untuk menyembelih. Akhirnya, Nabi Ibrahim a.s. pergi untuk menemui anaknya.
"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu. " surah ash-Shaffat: 102
Perhatikanlah bagaimana kasih sayang Nabi Ibrahim a.s dalam menyampaikan perintah kepada anaknya. la menyerahkan urusan itu kepada anaknya; apakah anaknya akan mentaati perintah tersebut. Bukankah perintah tersebut adalah perintah dari TuhanNya? Nabi Ismail a.s. menjawab sama dengan jawapan dari ayahnya itu bahawa perintah itu datangnya dari Allah S.W.T yang keranaNya si ayah harus segera melaksanakannya:
"Wahai ayahku kerjakanlah yang diperintahkan Tuhanmu. Insya Allah engkau mendapatiku sebagai orang-orang yang sabar." surah ash-Shaffat: 102
Perhatikanlah jawapan si anak. Ia mengetahui bahwa ia akan disembelih sebagai pelaksanaan perintah Tuhan, namun jesteru mahu menenangkan hati ayahnya, ia meyakinkan ayahnya bahawa dirinya akan bersabar. Itulah puncak dari kesabaran. Barangkali si anak akan merasa berat ketika harus dibunuh dengan cara disembelih sebagai pelaksanaan perintah Allah SWT. Tetapi Nabi Ibrahim a.s merasa tenang ketika mendapati anaknya menyokongnya untuk menunjukkan kecintaan kepada Allah SWT.
Kita tidak mengetahui perasaan sesungguhnya Nabi Ibrahim a. sketika mendapati anaknya menunjukkan kesabaran yang luar biasa. Allah SWT menceritakan kepada kita bahawa Nabi Ismail a.s tertidur di atas tanah dan wajahnya tertelungkup di atas tanah sebagai bentuk hormat kepada Nabi Ibrahim a.s. agar saat ia menyembelihnya Ismail tidak melihatnya, atau sebaliknya. Kemudian Nabi Ibrahim a.s mengangkat pisaunya sebagai pelaksanan perintah Allah SWT:
"Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim, membaringkan anaknya atas pipi muka(nya), (nyatalah kesabaran keduanya)." surah ash-Shaffat: 103
Al-Qur'an menggunakan ungkapan tersebut ketika keduanya menyerahkan diri terhadap pertintah Allah SWT. Ini adalah wujud Islam yang hakiki. Hendaklah engkau memberikan sesuatu untuk Islam sehingga tidak ada sesuatu pun yang tersisa darimu. Pada saat pisau siap untuk digunakan sebagai perintah dari Allah SWT, Allah SWT memanggil Ibrahim. Selesailah ujiannya, dan Allah SWT menggantikan Ismail dengan suatu korban yang besar.

Diriwayatkan semasa zaman Nabi Adam a.s. berlaku perselisihan faham antara anak2nya Qabil dan Habil tentang jodoh antara aklamiah dan layuza. Ketika itu Allah s.w.t membenarkan perkahwinan bukan dari kembarnya sendiri. Habil akan berkahwin dengan kakaknya Aklamiah yang lebih cantik maka Qabil pun membantah. Maka sebagai penyelesaiannya Allah s.w.t. meminta korban. Korban itu terpulang dan korban yang dipilih boleh memilih jodohnya. Qabil seorang petani telah memilih tangkai2 gandum kering yang kosong manakala Habil pula seorang penternak telah menyerahkan kibas peliharaannya yang paling gemuk. Allah s.w.t. menerima qurban kibas yang diberi oleh Habil. Kibas Habil ini diangkat naik oleh malaikat ke syurga manakala tangkai2 gandum qabil terbakar. Kibas dari syurga inilah yang dikatakan diturunkan kepda Nabi Ibrahim a.s. sebagai pengganti Nabi Ismail a.s.
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. Beliau mengerjakan solat ini kerana berjaya memenuhi perintah Allah s.w.t iaitu perintah Allah s.w.t mengorbankan Nabi Ismail a.s.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana membantu dalam menghadapi ujian yang hebat ini.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan tebusan kibas jantan.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Nabi Ibrahim a.s telah menerima perintah terus daripada Allah s.w.t iaitu "Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik." surah as-Saaffat 37: 104-105 yang bermaksud, pelaksana yang baik, sesiapa yang mengerjakan korban yang terbaik hanya kerana Allah s.w.t, tanpa menunjuk-nunjuk atau tanpa mengharapkan pujian dan kemashyuran, sesungguhnya hanya kerana perintah Allah s.w.t. pasti Allah akan memberi balasan yang setimpal.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t memberikan seorang anak yang sangat sabar dengan ujian yang diterimanya. Sekiranya, Nabi Ismail a.s mengelak memenuhi perintah ini, maka akan bertambah susahlah Nabi Ibrahim a.s untuk memenuhi perintah Allah s.w.t ini.
Oleh kerana itu, Allah telah mewajibkan solat Zuhur ini kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.
warna solat
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Sebelum mengundurkan diri, Kchik ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang tinggal 6 hari lagi.. bermakna bulan Ramadhan al-Mubarak yang kita lalui selama 22 hari ini akan berlalu tidak lama lagi. Bersama-samalah kita meningkatkan amal ibadah kita pada penghujung bulan yang mulia ini kerana ganjaran pahala yang berganda diberikan oleh Allah swt kepada kita semua. semoga bertemu malam lailatullaqar
Rebutlah peluang dan ganjaran yang datang setahun sekali ini.
jazaka Allahu Khairan
ReplyDelete