Tulisan kakchik pagi ni tentang menjarakkan kaki semasa berdiri dalam solat. Kakchik kutip sikit maklumat ni dari majalah SOLUSI dan beberapa blog yang lain.
Menjarakkan kedua2 belah kaki semasa berdiri dalam solat merupakan perkara sunat sahaj dan disepakati oleh para ulama. Walau bagaimanapun, terdapat hadis yang tidak menggalakan untuk merapatkan kedua2 kai semasa solat, yakni eloklah dijarakkan. (Atiyyah Saqar, Min Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa, jil 1, hlmn. 553 dan al-Fiqh al-Islami wa Adillayuh, jil 2, hlmn. 882)
Namun tiada dalil khusus menetapkan secara jelas.
Mazhab Hanafi : Kadar empat tangan. Jika terkurang atau terlebih adalah makruh.
Mazhab Syafi'i: Kadar sejengkal.
Mazhab Maliki dan Hanbali : Kadarnya ialah sederhana menurut 'uruf, tidak terlalu luas dan tidk terlalu rapat.
Namun jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya : Rasulullah s.a.w bersabda
أقِيمُوا صُفُوفَكمُ وَتَراصَوْا فإني أرَاكم مِنْ وَرَاء ظهْري
yang bermaksud : "Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku."(Riwayat al-Bukhari no.687)
Baginda juga bersabda yang bermaksud : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al- Bukhari no.685)
Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga jarak kaki. Justeru dalam keadaan tersebut, perlu diingat kadar yang telah ditetapkan oleh ulama. Bagi memperoleh kualiti yang terbaik dan pahala yang banyak, maka pandangan yang disarankan dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut:
Ketika Solat Berjemaah
Jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah yang lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhwah dan mampu membuang ego. Imam al-Bukhari (no.692) meriwayatkan perbuatan sahabat apabila rasulullah memerintahkan supaya meluruskan saf : "Adakah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki."
Kedudukan Kaki Yang Salah |
Kedudukan kaki yg betul, lurus ke arah kiblat لتسوُنَّ صُفُوفَكُم أوْ لَيُخَالِفَنَّ الله بين وُجُوهِكم Ertinya : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan mengalihkan wajah-wajah kamu" (Abu Daud) Erti bagi pengalihan wajah ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai : a- Benar-benar wajah akan dialihkan oleh Allah swt kelak. b- Perpecahan hati dan hilang kesatuan, pergaduhan juga akan semakin subur. Demikian huraian Imam An-Nawawi. Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Ia menunjukkan besarnya kesalahan tidak melurus dan merapatkan saf, berdasarkan hadis tersebut, para ulama menyatakan hukum wajib bagi merapatkan saf ketika solat jemaah. Tanpa displin tersebut akibatnya adalah manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga merasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka, di samping itu ia juga meunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah swt akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini. Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki, justeru dalam keadaan tersebut, perlu di ingat kadar yang telah diletakkan oleh para ulama di atas. Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadith Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad, ) D i dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Jarak yang terbaik adalah menurut pandangan Maliki dan Hambali, iaitu jarak yang dirasakan selesa dan sesuai dengan saiz tubuh masing-masing. Apa yang penting ialah suatu kedudukan yang beradab serta mampu mendatangkan kekhusyukan. Semoga dengan ilmu ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W : Wallahu ‘alam bi sawab. |
tak betul artikel ni
ReplyDelete