Wednesday, September 8, 2010

TAMAKNINAH

Assalamu'alaikum.  Salam ukhwah.

Berdiri tegak dalam solat bagi yang mampu merupakan salah satu rukun dalam solat. Suatu simbolik seseorang yang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Tuhan sekalian alam, Yang Maha Mendengar apa yang diucapkan serta mengetahui apa yang diniatkan melakukannya lima kali sehari pastinya akan meninggalkan kesan terhadap tindak-tanduk sehariannya kerana merasakan kebesaran Allah s.w.t. Yang Maha Melihat dan mengawasinya. 

Tamakninah ialah satu rukun sah solat yang sering diabaikan. Ramai yang solat 5 waktu sehari tapi tidak sedar bahawa solatnya tidak diterima. Tamakninah dalam bahasa yang mudah bererti bertenang. Setiap pergerakan perlu berhenti seketika cukup sekadar sempat membaca SubhanAllah.

Rukun yang WAJIB disertakan Tamakninah
RUKUK - sewaktu kedudukn tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
IKTIDAL (bangun dari rukuk) - pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.
SUJUD – sewaktu semua anggota sujud yang tujuh ( dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan. Itulah kadar tamakninah.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD – sewaktu duduk membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah
Tempat yang sering diabaikan Tamakninah
IKTIDAL. Ramai orang terutama orang tua, apabila bangun dari rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, mereka telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.
SUJUD – waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang menangkatnya (jari kaki tidak mencecah lantai). Soolat ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah,
BANGUN DARI SUJUD – waktu bangun dari sujud yang kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat yang seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebntar yang diberi nama duduk istirehat.


Wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment