Kchik doakan agar hari ini membawa seribu rahmat buat semua umat islam di mana jua berada. Semoga kita di hari ini lebih baik dari hari semalam.
SETIAP umat Islam diwajibkan menunaikan ibadat solat manakala yang belum mencapai baligh diwajibkan tanggungjawab ke atas ibu bapa mendidik dan mengajar anak mengenai solat mengikut peraturan yang ditetapkan.
Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah.
Namun, suatu yang pasti setiap umat Islam yang menunaikan solat sama ada solat wajib dan sunat, jika dilakukannya dengan penuh khu-syuk, akan dapat rasai ketenangan yang sukar dicari atau dibandingkan dengan gerak kerja lain.
Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan. Keistimewaan pergerakan solat inilah mencetuskan minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) membuat kajian saintifik untuk melihat hikmahnya dari segi kesan kepada kesihatan kerana ia (solat) suatu aktiviti fizikal unik.
Dalam buku solat, kebaikan dari perspektif sains tulisan Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof Dr Wan Azman Wan Abu Bakar dan Ng Siew Cheok banyak penemuan sains ditemui. Kalau solat kita dibuat dengan sempurna insyAllah kita bukan sahaja sihat tetapi berupaya memaksimumkan kapasiti diri kita. Tak payah lagi nak buat tai chi ke poco2 atau sewaktu dengannya.
Sesungguhnya kita kena yakin bahawa tiada ada ynag dicipta oleh Allah itu sia2 belaka. Begitu juga dengan suruhan dan laranganNya tidak ada yang sia2 juga. Pergerakan dalam solat, sekali lagi kchik ulang, kalau dibuat dengan sempurna, boleh mengurangkan kegemukan, reumatik, diabetes, sembelit, penyakit bengkak, penyakit jantung dan banyak lagi. SubhanaAllah.
Qiyam contohnya..melibatkan kita berdiri tegak, tangan kanan di atas tangan kiri, kedua2 tangan berada di atas paras pusat. Mengikut kajian sains, kedudukan ini merupakan kedudukan santai atau rehat paling sempurna bagi kedua2 tangan. Menurut pakar fisiologi dalam posisi ini, sendi siku, pergelangan tangan serta otot2 dari kedua2 tangan berada dalam keadaan rehat sepenuhnya dan dapat mengelakkan pelbagai penyakit berkaitan sendi. Allahu Akbar itu baru Qiyam.
Prof Madya Fatimah berkata, kajian juga mendapati posisi rukuk dalam solat pada kedudukan sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan pinggang.
Beberapa keputusan lain juga mendapati solat tarawih dan ibadat puasa didapati dapat merendahkan tahap glukos, kolesterol yang menjadi rintangan pengaliran darah dalam badan. Amalan itu juga mampu meningkatkan kekenyalan dinding otot salur darah dan kadar metabolisma dalam badan.
Kajian juga mendapati kadar denyutan jantung adalah paling rendah dalam posisi sujud yang merehatkan jantung.
Kchik sarankan bacalah buku ini, tak kiralah pinjam kawan ka, baca di perpustakaan ka atau lebih baiknya beli untuk rujukan dan peringatan dari semasa ke semasa.
Antara hasil kajian secara saintifik terhadap solat paling menarik ialah kemampuan memulihkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk yang amat ditakuti oleh lelaki.
Kachik saja bawa isu ni bukan kerana lucah tetapi bagi kchik seks amat penting dalam rumahtangga. Rumahtangga boleh hancur, boleh bercerai berai hanya kerana seks. Perempuan sekarang pun sangat menakutkan kchik... dema la ni dah berani curang hanya untuk mencari kepuasan seks. Jadi lelaki2 solatlah dengan sempurna.
Kajian itu diketuai Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof Dr Wan Azman Wan Abu Bakar dan Ng Siew Cheok. pada tahun 2005 supaya melihat dan mengkaji dari sudut saintifik mengenai solat.
Masalah mati pucuk antara penyakit yang menghantui 40 peratus lelaki di seluruh dunia berusia 40 tahun ke atas dan menerusi perubatan moden, kelemahan zakar berfungsi dengan baik hanya dengan pengambilan pil seperti viagra atau ubat tradisional seperti makjum.
Menurut Prof Madya Fatimah, hasil kajian biokejuteraan sains solat yang dilakukan pasukannya penyelidiknya dapat membuktikan masalah mati pucuk boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Katanya, keputusan itu diperoleh menerusi kajian yang dijalankan ke atas dua pesakit yang menjalani terapi solat selama sebulan yang didapati tahap kelemahan zakar berjaya dipulihkan dengan memberangsangkan berbanding sebelumnya.
Beliau berkata, terapi solat itu memerlukan seorang pesakit mengerjakan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan selama setengah jam dan dilakukan tiga kali seminggu.
“Saya dapati pesakit yang menjalani kajian ini berubah dari segi kekuatan zakarnya yang menunjukkan ketegangan semakin baik. Ini kerana setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik.
“Jelas, solat sebenarnya bukan sekadar ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam tetapi ia mengandungi rahsia yang besar kepada penjagaan kesihatan badan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya memasang alat khas yang berfungsi mengesan tahap ketegangan zakar dan pengaliran darah sewaktu tidur.
Seorang lelaki yang sihat, katanya boleh diukur sejauh mana kekerapan zakarnya tegang terutama ketika malam dan dalam keadaan sedang tidur.
“Lelaki yang sihat akan mengalami ketegangan zakar tiga hingga enam kali ketika tidur selama 10 minit dengan tahap ketegangan mencapai 200 peratus,” katanya.
Kajian lain yang masih dijalankan menerusi terapi solat secara saintifik membabitkan komposisi tubuh badan, kolesterol, sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia dan sakit pinggang.
Setakat ini, kajian awal sudah membuktikan bahawa manfaat fizikal seperti komposisi badan seseorang menjadi lebih baik dan mental yang cerdas apabila seseorang itu melakukan amalan solat menepati syarat yang ditetapkan seperti mengerjakan solat lima kali sehari selain solat sunat, mengerjakan solat secara berjemaah, memahami bacaan dalam solat, mengerjakan rukun solat dengan sempurna.
Kesimpulannya solat adalah suatu aktiviti fizikal unik yang mampu memelihara kesinambungan sistem fisiologikal manusia meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi. Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang muslimin dan muslimat dalam menunaikan ibadat dengan khusyuk dan tawaduk.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.wallahu'alam
No comments:
Post a Comment