Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Pada permulaannya Nabi Yunus a.s. begitu bersabar menyampaikan dakwah kepada kaum Bani Israel. Beliau mengajak mereka mentaati dan melakukan suruhan Allah S.W.T tetapi kaum Bani Israel begitu degil dan sering kali mengingkari ajakkan Nabi Yunus a.s.
Hinggalah pada suatu hari, Nabi Yunus a.s. tidak dapat menahan sabar dengan karenah dan perangai kaum tersebut. Maka beliau mengancam kaum Bani Israel dengan azab dari Allah S.W.T dan kemudian terus pergi meninggalkan mereka. Sepeninggalan Nabi Yunus a.s., kaum Bani Israel mendapat hidayah daripada Allah S.W.T dan mereka kembali mentaati perintah dan suruhan Allah S.W.T.
Walaubagaimanapun, Nabi Yunus masih lagi merajuk dan terus meninggalkan kaumnya dan beliau menaiki sebuah kapal untuk belayar meninggalkan kaumnya itu. Namun atas kehendak Allah S.W.T kapal yang dinaikinya mengalami masalah dan penumpang-penumpang di atas kapal terpaksa membuat undian untuk membuang salah seorang dari mereka. Setelah undian di buat, mereka mendapati Nabi Yunus a.s. yang terpaksa dibuang dari kapal tersebut.
Hal ini dirakamkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang bermaksud
"(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka iapun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut)," surah as-Saafat 37:141
Sewaktu dicampakkan ke dalam laut, Nabi Yunus a.s. telah disambar dan ditelan oleh seekor ikan yang besar dikenali sebagai ikan Nun. Sewaktu berada di dalam perut ikan Nun tersebut selama 40 hari, Nabi Yunus mula menghisab kesalahan dirinya. Nabi Yunus as terpenjara di perut ikan tanpa dikunyah oleh ikan Nun dan beliau menyedari ini adalah balasan Allah S.W.T atas perbuatan beliau yang melepaskan tugas tanpa sizin Allah swt. Beliau lalu berdoa dan memohon ampun daripada Allah S.W.T
Doa Nabi Yunus a.s. yang boleh diamalkan kita apabila memohon keampunan dari Allah S.W.T
كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى هَ لا إِل
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” surah Al-Anbiya’ 21: 87.
Allah S.W.T di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” surah Al-Anbiya’ 21: 88.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kelam (kegelapan) kesalahannya.
Rakaat kedua: Bersyukur kerana terlepas dari kelam dengan air laut yang dalam.
Rakaat ketiga: Bersyukur kerana terlepas dari kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Bersyukur kerana terlepas dari kelam dengan perut ikan Nun.
Oleh kerana itu, Allah telah mewajibkan solat Asar ini kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.
Warna solat
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
No comments:
Post a Comment