Berikut adalah 40 nasihat Saidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan sekeping hati iaitu qalbunya (hatinya)
4. Mereka yang bersifat pertengahan (sederhana) dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu
6. Bakhil terhadap apa yang ada di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil
8. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu
9. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
10. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
11.Mengajar adalah belajar
12.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
13.Insan terbahagi kepada 3 :
- mereka yang mengenal Allah SWT
- mereka yang mencari kebenaran
- mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
14. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
15. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT
16. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
17. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan untuk memperbaiki dirinya
18. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
19. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
20. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
21. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya
22. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta
23. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
24. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
25. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
26. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran
27. Seorang yang hamba kepada nafsu syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
28. Orang yang berhasad dengki marah kepada orang tidak berdosa
29. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
30. Jika berharta, berniagalah dengan Allah SWT dengan bersedekah
31. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
32. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura
33. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
34. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
35. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah SWT akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Sahih Muslim)
“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”
Tuesday, September 28, 2010
Nasihat Saidina Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment