Wednesday, September 15, 2010


 Assalamu'alaikum.

Kachik bukannya mahir sangat bab solat ni jadi sambil mencari ilmu nak kongsi juga ilmu dengan semua. InsyaAllah bermanfaat dan dimanfaatkan.
Dalam semua  solat fardu kecuali subuh (kerana hanya 2 rakaat sahaja), maka ketika dalam rakaat kedua, kita akan duduk untuk membaca tasyahud / tahiyat awal.
Istilah Tasyahud kerana pada bacaan tahiyat ada 2 kalimah syahadah.  Manakala disebut Tahiyat kerana dimulai dengan ayat “Attahiyyatu..” yang bererti penghormatan.

Kalangan ulama dan mazhab telah sepakat bahawa duduk tasyahud awal dan membacanya sunat sahaja. (Mughni al-Muhtaj jil. 1, hlm 239, al-Sharh al-Sahgir jil.1, hlm. 317, al-Fiqh al-Islami wa Asilatuh, jil 2, hlm 900).  Namun mengikut Mazhab Shafie, kalau kita terlupa membaca tasyahud awal ini maka kita perlulah membuat sujud sahwi.

Ketika duduk tasyahud awal ini, Nabi s.a.w. meletakkan tangan kiri Baginda s.a.w. di atas paha kiri dan tangan kanan di atas paha kanan.  Dan Nabi s.a.w. duduk di atas kaki kiri, sedangkan kaki kanan ditegakkan. (Zad al-Ma’ad, Ibn Qayyim, jil 1, hlm 235)
 
Ia disebut dalam hadis berikut, yang bermaksud: “ Dan apabila Nabi s.a.w. duduk semasa rakaat yang kedua, Nabi s.a.w. duduk diatas kaki kirinya serta menegakkan yang satu lagi (kanan).” (Riwayat al-Bukhari)

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahan, Formula Solat Sempurna.

No comments:

Post a Comment