Wednesday, September 8, 2010

MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK BAGI IMAM


Assalamu'alaikum.


Selepas membaca surah al-fatihah, teruskan dengan membaca surah2 al-quran yang pendek bagi solat berjemaah terutama jika menjadi imam jemaah orang tua atau kawasan orang tua atau kawasan orang yang sibuk bekerja.  Bagi yang solat sendirian, disunatkan membaca surah2 yang panjang.

Arahan agar meringankan bacaan bagi seorang imam di kawasan awam ialah hadis yang menyebut teguran Nabi s.a.w. kepada Mu’az bin Jbal r.a. yang membaca surah al-Baqarah atau surah al-Nisa’ sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar ketika ingin menyambung kerja lain.  Apabila disampaikan kepada baginda Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: ”Kamu ini memang ingin menimbulkan fitnah wahai Mu’az.” (Riwayat al-Bukhari)
Juga hadis Nabi yang bermaksud: ”Sesiapa antara kamu yang menjadi imam solat hendaklah kamu meringankan bacaanmu.”
Antara hadis yang lain yang bermaksud: “ Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat) ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak2 kecil, orang tua, orang yang lemah dan orang yang sakit, dan tatkala kamu solat bersendirian, maka solatlah kamu sebagaimana yang kamu inginkan.” (Riwayat Muslim)
Salah satu sunnah Rasulullah yang boleh kita turut ialah semasa menjadi imam, baginda akan memanjangkan bacaan surah dalam rakaat pertama berbanding rakaat kedua.  Tujuannya hanyalah untuk memberi kesempatan kepada makmum untuk masbuk atau muafik di rakaat pertama itu.
Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahan, Formula Solat Sempurna.

No comments:

Post a Comment