Isteri ke- 4 baginda Rasulullah s.a.w. juga merupakan buah hati sahabat
baik baginda iaitu Khalifah Umar Al- Khattab. r.a. Bondanya, Zainab binti Mazh’un melahirkannya
tahun ke-18 sebelum Hijrah di Makkah.
Untuk mengeratkan hubungan baik bapanya Saidina Umar Al-Khattab r.a.
dan juga memuliakan suaminya yang syahid dalam Peperangan Uhud, maka dalam
tahun ke 3 Hijrah Hafsah telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasih Allah
baginda Rasulullah s.a.w. dengan mahar
juga 500 dirham dan perkahwinan mereka berlangsung selama 8 tahun dengan tiada
zuriat.
Hafsah semasa berkahwin merupakan balu kepada Khunays bin
Hudhafah. Beliau merupakan seorang yang
pandai menulis dan berbahasa. Pernah
dalam tempoh perkahwinannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. beliau diceraikan oleh
Rasulullah s.aw. namun datang Jibril memerintahkan rujuk.
Al- Fatihah
No comments:
Post a Comment