Kchik cuba nak bawa pembaca
sekalian untuk mengenali isteri2 Rasulullah secara ringkas. Kita perlu mengenali ummu2 muslimin agar
kecintaan kita pada baginda Rasullulah semakin mendalam.
Siti Khadijah binti
Khuwailid r.h merupakan anak perempuan Khuwailid bin Asad bin Abd. Uzza bin
Qusai bin kilab dengan pasangannya Fatimah binti Zaidah. Isteri kesayangan Rasulullah dilahirkan pada
tahun ke 68 sebelum hijrah iaitu lima belas tahun sebelum Tahun Gajah.
Khadijah adalah wanita yang hidup dan besar di lingkungan Suku Quraisy
dan lahir dari keluarga terhormat pada, sehingga banyak pemuda Quraisy yang
ingin menyuntingnya.
Sebelum menikah dengan Rasulullah, Khadijah pernah dua kali menikah. Suami pertama Khadijah adalah Abu Halah at-Tamimi, Pernikahan kedua Khadijah adalah dengan Atiq bin Aidz bin Makhzum
Sebelum menikah dengan Rasulullah, Khadijah pernah dua kali menikah. Suami pertama Khadijah adalah Abu Halah at-Tamimi, Pernikahan kedua Khadijah adalah dengan Atiq bin Aidz bin Makhzum
Sebelum berkahwin dengan
Rasullulah, beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan An-Nabash bin Zararah
at-Taimiy (Abu Halah) yang wafat dengan meninggalkan kekayaan yang
banyak, juga jaringan perniagaan yang luas dan berkembang. Kemudian beliau bertemu jodoh pula dengan Atiq bin
Abid al-Makhzumi, yang juga wafat dengan meninggalkan harta dan
perniagaan. Dengan demikian, Khadijah menjadi orang terkaya di kalangan suku
Quraisy.
Beliau berkahwin dengan
Rasulullah pada tahun ke 28 tahun sebelum Hijrah dan hidup susah senang di
samping suaminya, Kekasih Allah, selama 25 tahun. Ketika berkahwin, umurnya 40 tahun berbanding
dengan baginda Rasullulah pada masa itu berusia 25 tahun dan maharnya ialah 20
ekor unta (muda betina). Istimewanya
ialah sepanjang perkahwinan mereka Rasulullah tidak berpoligami.
Kekayaan yang berlimpahlah yang menjadikan Khadijah terusan berdagang.
Akan tetapi, Khadijah merasa tidak mungkin jika semua dilakukan tanpa bantuan
orang lain. Tidak mungkin jika dia harus terjun terus ke dalam perniagaan dan
berpergian membawa barang dagangan ke Yaman pada musim dingin dan ke Syam pada
musim panas. Keadaan itulah yang menyebabkan Khadijah mulai mengambil beberapa
pekerja yang dapat menjaga amanah atas harta dan dagangannya. Untuk itu, para
pekerjanya menerima upah dan bahagian keuntungan sesuai dengan kesepakatan.
Walaupun pekerjaan itu cukup sulit, bermodalkan kemampuan intelektual dan
kecemerlangan fikiran yang didukung oleh pengetahuan dasar tentang bisnis dan
bekerja sama, Khadijah mampu memilih orang-orang yang dapat diajak berniaga.
Itulah yang menjulang Khadilah menuju kejayaan yang gemilang.
Khadijah memiliki seorang pegawai yang dapat dipercaya dan dikenal
dengan nama Maisarah. Dia dikenal sebagai pemuda yang ikhlas dan berani,
sehingga Khadijah pun berani melimpahkan tanggung jawab untuk melantik
pegawai baru yang akan mengiring dan menyiapkan kafilah, menentukan harga,
dan memilih barang dagangan. Sebenarnya itu adalah pekerjaan berat, namun
penugasan kepada Maisarah tidaklah sia-sia.
Kaum Quraisy tidak mengenal pemuda mana pun yang wara', takwa, dan jujur selain Muhammad bin Abdullah, yang sejak usia lima belas tahun telah diajak oleh Maisarah untuk menyertainya berdagang. Seperti biasanya, Maisarah menyertai Muhammad ke Syam untuk membawa dagangan Khadijah, kerana memang keduanya telah sepakat untuk bekerja sama. Perniagaan mereka ketika itu memberikan keuntungan yang sangat banyak sehingga Maisarah kembali membawa keuntungan yang berlipat ganda. Maisarah mengatakan bahwa keuntungan yang mereka peroleh itu berkat Muhammad yang berniaga dengan penuh kejujuran. Maisarah menceritakan kejadian aneh selama melakukan perjalanan ke Syam dengan Muhammad. Selama perjalanan, dia melihat gulungan awan tebal yang senantiasa mengiringi Muhammad yang seolah-olah melindungi beliau dari sengatan matahari. Dia pun mendengar seorang rahib yang bernama Buhairah, yang mengatakan bahwa Muhammad adalah laki-laki yang akan menjadi nabi yang ditunggu-tunggu oleh orang Arab sebgaimana telah tertulis di dalam Taurat dan Injil. Cerita-cerita tentang Muhammad itu meresap ke dalam jiwa Khadijah, dan pada dasarnya Khadijah pun telah merasakan adanya kejujuran, amanah, dan cahaya yang sentiasa menerangi wajah Muhammad. Perasaan Khadijah itu menimbulkan kecenderungan terhadap Muhammad di dalam hati dan fikirannya, sehingga dia menemui sepupunya, Waraqah bin Naufal, yang terkenal dengan pengetahuannya tentang orang- orang terdahulu. Waraqah mengatakan bahwa akan muncul nabi besar yang dinanti-nantikan manusia dan akan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya Allah. Penuturan Waraqah itu menjadikan niat dan kecenderungan Khadijah terhadap Muhammad semakin bertambah, sehingga dia ingin menikah dengan Muhammad. Setelah itu dia mengutus Nafisah, saudara perempuan Ya’la bin Umayyah untuk meneliti lebih jauh tentang Muhammad. Ketika itu Khadijah berusia empat puluh tahun, namun dia adalah wanita dari golongan keluarga terhormat dan kaya raya, sehingga banyak pemuda Quraisy yang ingin menikahinya. Dengan salah seorang bapa saudaranya, Muhammad pergi menemui bapa saudara Khadijah yang bernama Amru bin As’ad untuk meminang Khadijah. Allah menghendaki pernikahan hamba pilihan-Nya itu dengan Khadijah. Ketika itu, usia Muhammad baru menginjak dua puluh lima tahun, sementara Khadijah empat puluh tahun. Walaupun usia mereka terpaut sangat jauh dan harta kekayaan mereka pun tidak sepadan, pernikahan mereka bukanlah pernikahan yang aneh, kerana Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberikan keberkahan dan kemuliaan kepada mereka.
Allah menganugerahi Nabi S.a.w. melalui rahim Khadijah beberapa orang
anak ketika dibutuhkan persatuan dan banyaknya keturunan. Dia telah
memberikan cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah S.a.w. pada saat-saat
yang sulit dan tindak kekerasan dan kekejaman datang dari kerabat dekat.
Bersama Khadijah, Rasulullah S.a.w. memperoleh perlakuan yang baik serta
rumah tangga yang tenteram damai, dan penuh cinta kasih, setelah sekian lama
beliau merasakan pahitnya menjadi anak yatim piatu dan miskin
Beliau melahirkan 6 zuriat hasil perkongsian dengan Rasullulah iaitu Zainab r.h., Al-Qasim r.a., Ruqayyah r.h., Ummu Kalthum r.h., Fatimah r.h., dan Abdullah r.a. Semua putera dan puterinya lahir sebelum masa kenabian, kecuali Abdullah. Kerana itulah, Abdullah kemudian dijuluki ath-Thayyib (yang baik) dan ath-Thahir (yang suci). Muhammad bin Abdullah hidup berumah tangga dengan Khadijah binti Khuwailid dengan tenteram di bawah naungan akhlak mulia dan jiwa suci sang suami. Ketika itu, Rasulullah S.a.w. menjadi tempat mengadu orang-orang Quraisy dalam menyelesaikan perselisihan dan pertentangan yang terjadi di antara mereka. Hal itu menunjukkan betapa tinggi kedudukan Rasulullah di hadapan mereka pada masa pra-kenabian.
Khadijah sangat ikhlas dengan segala sesuatu yang dilakukan suaminya
dan tidak khuatir selama ditinggal suaminya yang menyendiri di Gua Hira,
menghambakan diri kepada Allah yang Maha Esa, sesuai dengan ajaran Nabi
Ibrahim a.s.. Bahkan dia menjenguk serta menyiapkan makanan dan minuman
selama baginda di dalam gua, kerana dia yakin bahwa apa pun yang dilakukan
suaminya merupakan masalah penting yang akan mengubah dunia. Ketika itu, Nabi
Muhammad berusia empat puluh tahun.
Suatu ketika, seperti biasanya beliau menyendiri di Gua Hira –waktu itu bulan
Ramadhan–. Beliau sangat gementar ketika mendengar suara ghaib Malaikat
Jibril memanggil beliau. Malaikat Jibril menyuruh beliau membaca, Rasulullah
yang tidak boleh membaca akhirnya mengikuti bacaan tersebut stelah diajar
beberapa kali oleh Jibril. Keringat deras mengucur dari seluruh tubuhnya
sehingga beliau kepayahan dan tidak menemukan jalan menuju rumah. Khadijah
melihat beliau dalam keadaan tergoncang seperti itu, kemudian memapahnya ke
rumah, serta berusaha menghilangkan ketakutan dan kekhuatiran yang memenuhi
dadanya. “Berilah aku selimut, Khadijah!” Beberapa kali beliau meminta isterinya
menyelimuti tubuhnya. Khadijah memberikan ketenteraman kepada Rasulullah
dengan segala kelembutan dan kasih sayang sehingga beliau merasa tenteram dan
am
Setelah rasa takut beliau hilang, Khadilah berupaya agar Rasulullah S.a.w. mengutarakan apa yang telah dialaminya, dan akhirnya beliau pun menceritakan peristiwa yang baru dialaminya. Khadijah mendengarkan cerita suaminya dengan penuh minat dan mempercayai semuanya, sehingga Rasulullah S.a.w. merasa bahawa isterinya pun menduga akan terjadinya hal-hal seperti itu. Sejak semula Khadijah telah yakin bahwa suaminya akan menerima amanat Allah Yang Maha Besar untuk seluruh alam semesta. Kejadian tersebut merupakan awal kenabian dan tugas Muhammad menyampaikan amanat Allah kepada manusia. Hal itu pun merupakan babak baru dalam kehidupan Khadijah yang dengannya dia harus mempercayai dan meyakini ajaran Rasulullah Muhammad, sehingga Rasulullah mengatakan, “Aku mngharapkannya menjadi benteng yang kuat bagi diriku.” Di sinilah tampak kebesaran peribadi serta kematangan dan kebijaksanaan pemikiran Khadijah. Khadijah telah mencapai darjat yang tinggi dan sempurna, yang belum pernah dicapai oleh wanita mana pun. Dia telah berkata kepada Rasulullah S.a.w., “Demi Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakanmu. Engkau selalu menghubungkan silaturahim, berbicara benar, memikul beban orang lain, menolong fakir miskin, menghormati tamu, dan membantu meringankan derita dan musibah orang lain.” Khadijah meyakini seruan suaminya dan menganut agama yang dibawanya sebelum diumumkan kepada masyarakat. Itulah langkah awal Khadijah dalam menyertai suaminya berjihad di jalan Allah dan turut menanggung pahit getirnya gangguan dalam menyebarkan agama Allah. Beberapa waktu kemudian Jibril kembali mendatangi Muhammad S.a.w. untuk membawa wahyu kedua dari Allah: “Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan dan Tuhanmu agungkanlah dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah” (QS. Al-Muddatstir:1-7) Ayat di atas merupakan perintah bagi Rasulullah untuk mulai berdakwah kepada kalangan kerabat dekat dan ahlulbait beliau. Khadijah adalah orang pertama yang menyatakan beriman pada risalah Rasulullah Muhammad dan menyatakan kesediaannya menjadi pembela setia Nabi. Setelah berdakwah secara sembunyi- sembunyi, turunlah perintah Allah kepada Rasulullah untuk memulai dakwah secara terang-terangan. Seruan beliau sangat aneh terdengar di telinga orang-orang Quraisy. Rasulullah Muhammad memanggil manusia untuk beribadah kepada Tuhan yang satu, bukan Laata, Uzza, Hubal, Manat, serta tuhan-tuhan lain yang mernenuhi pelataran Ka’bah. Tentu saja mereka menolak, mencaci maki, bahkan tidak segan-segan menyiksa Rasulullah. Setiap jalan yang beliau lalui ditaburi kotoran haiwan dan duri. Khadijah tampil mendampingi Rasulullah dengan penuh kasih sayang, cinta, dan kelembutan. Wajahnya senantiasa membiaskan keceriaan, dan bibirnya meluncur kata-kata jujur. Setiap kegundahan yang Rasulullah lontarkan atas perlakuan orang-orang Quraisy selalu didengarkan oleh Khadijah dengan penuh perhatian untuk kemudian dia memotivasi dan rnenguatkan hati Nabi Muhammad s.a.w.. Bersama Rasulullah, Khadijah turut menanggung kesulitan dan kesedihan, namun selalu dia harus menyembunyikan perasaan agar tidak dizahirkan pada muka dan mengganggu perasaan suaminya. Yang keluar adalah tutur kata yang lemah lembut sebagai penyejuk dan penawar hati. Khadijah adalah tempat berlindung bagi Rasulullah. Dari Khadijah, beliau memperoleh keteduhan hati dan keceriaan wajah isterinya yang senantiasa menambah semangat dan kesabaran untuk terus berjuang menyebarluaskan agama Allah ke seluruh penjuru. Khadijah pun tidak memperhitungkan harta bendanya yang habis digunakan dalam perjuangan ini. Setelah berbagai usaha gagal dilakukan untuk menghentikan dakwah Rasulullah s.a.w., baik itu berupa rayuan, intimidasi, dan penyiksaan, kaum Quraisy memutuskan untuk memboikot dan mengepung kaum muslimin dan menulis deklarasi yang kemudian digantung di pintu Ka’bah agar orang-orang Quraisy memboikot kaum muslimin, termasuk Rasulullah, isterinya, dan juga bapa saudaranya. Mereka terasing di pinggiran kota Mekah dan diboikot oleh kaum Quraisy dalam bentuk pengangkutan, komunikasi, dan keperluan sehari-hari lainnya. Dalam keadaan seperti itu, Rasulullah dan isterinya dapat bertahan, walaupun keadaan fizikalnya sudah tua dan lemah. Ketika itu kehidupan Khadijah sangat jauh dari kehidupan sebelumnya yang bergelumang dengan kekayaan, kemakmuran, dan ketinggian darjat. Khadijah rela didera rasa haus dan lapar dalam mendampingi Rasulullah S.a.w. dan kaum muslimin. Dia sangat yakin bahawa tidak lama lagi pertolongan Allah akan datang. Keluarga mereka yang lain, sekali-kali dan secara sembunyi-sembunyi, mengirimkan makanan dan minuman untuk mempertahankan hidup. Pemboikotan itu berlangsung selama tiga tahun, tetapi tidak sedikit pun menggoyahkan akidah mereka, bahkan yang mereka rasakan adalah bertambah kukuhnya keimanan dalam hati. Dengan demikian, usaha kaum Quraisy telah gagal, sehingga mereka mengakhiri pemboikotan dan membiarkan kaum muslimin kembali ke Mekah. Rasulullah S.a.w. pun kembali menyeru nama Allah Yang Mulia dan melanjutkan jihad beliau. Beberapa hari setelah pemboikotan, Abu Thalib jatuh sakit, dan semua orang meyakini bahwa sakit kali ini merupakan akhir dan hidupnya. Abu Thalib meninggal pada tahun itu pula, maka tahun itu disebut sebagai ‘Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.. Sebaliknya, orang-orang Quraisy sangat gembira atas kematian Abu Thalib itu, kerana mereka akan lebih berleluasa menindas Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya.
Pada tahun yang sama, Sayyidah Khadijah sakit kuat akibat beberapa
tahun menderita kelaparan dan kehausan kerana pemboikotan itu. Semakin hari, keadaan
badannya semakin menurun, sehingga Rasulullah s.a.w. semakin sedih. Bersama
Khadijahlah Rasulullah S.a.w. membangun kehidupan rumah tangga yang bahagia.
Dalam sakit yang tidak terlalu lama, dalam usia enam puluh lima tahun,
Khadijah meninggal, menyusuli Abu Thalib. Khadijah dikuburkan di dataran
tinggi Mekah, yang dikenal dengan sebutan al-Hajun. Rasulullah S.a.w. sendiri
yang mengurus jenazah isterinya, dan kalimat terakhir yang beliau ucapkan
ketika melepas kepergiannya adalah: “Sebaik-baik wanita penghuni syurga
adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”
Khadijah meninggal setelah mendapatkan kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh wanita lain, Dia adalah Ummul Mukminin isteri Rasulullah yang pertama, wanita pertama yang mernpercayai risalah Rasulullah, dan wanita pertama yang melahirkan putera-puteri Rasulullah. Dia merelakan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan jihad di jalan Allah. Dialah orang pertama yang mendapat khabar gembira bahawa dirinya adalah ahli syurga. Kenangan terhadap Khadijah senantiasa lekat dalam hati Rasulullah sehingga beliau wafat. Semoga rahmat Allah senantiasa menyertai Sayyidah Khadijah binti Khuwailid dan semoga Allah memberinya tempat yang layak di sisi-Nya. Amin. |
No comments:
Post a Comment