Salam ukhwah
Tulisan dalam blog kali ini kakchik sunting dari buku tulisan Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus.
Marilah kita cuba amalkan.. kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua pulak, cuba buat sikit tapi istiqamah itu yang terbaik dari hangat2 tahi ayam, semangat sehari dua pas tu tak buat langsung sebulan dua.
1. MENDIRIKAN SOLAT2 SUNAT. Khususnya sunat tahajjud dan witir malam. Boleh juga amalkan solat dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dan lain2 termasuk sunat wudhu'.
2. MEMBACA AL-QURAN DAN TAFSIR. Kalau tak cukup masa (kita yang tak luangkan masa sebenarnya) cukuplah baca 1 ayat setiap kali habis solat... 5 kali solat 5 ayat. esok tambah pulak setiap waktu 2 ayat dan seterusnya insyaAllah khatam quran kita beberapa kali selagi masih bernyawa.
3. MENGHADIRI MAJLIS2 ILMU seperti ceramah agama, kelas agama, kelas fardhu ain, dan lain2. Sesungguhnya lagi banyak kita belajar lagi banyak kita tak tahu. Kakchik nak tambah sikit - anak2 kita tidak boleh lagi dididik cara kita dididik oleh ibu bapa kita... apa kata dema kita turut tak bantah... anak2 la kena beri sebab perkara ni boleh atau tak boleh buat, kenapa wajib buat, macam2 lagi anak2 nak tanya, jadi kalau kita sebagai ibu bapa tak tambah ilmu macam mana kita nak jelaskan pada anak2 kita supaya mereka faham betul2 pasal islam, tentang bab hala haram, solat puasa zakat dll. tak boleh nak harap cikgu2 sekolah dan KAFA ja nak ajar anak2 kita. Kalau tak sempat nak p tadah kitab, luangkan masa dengar cd2 ceramah yang banyak dijual di serata tempat. Tiada alasan lagi kita nak beri pada Allah.
4. PUASA SUNAT. Hari Isnin dan Khamis, pada 13hb, 14hb dan 15hb (dipanggil hari2 bulan cerah), 28hb, 29hb dan 30hb (dipanggil hari2 bulan gelap). Puasa awal, tengah dan akhir bulan. Haram puasa 1 Syawal, 10 - 13 Zulhijjah serta Nifsu Syaaban sehingga 30 Syabaan. Sekiranya tidak dilakukan dari awal atau tidak biasa puasa Isnin dan Khamis kecuali puasa Qadha' / Nazar/ Kaffarah.
5. Banyakkan wirid / doa harian.
6. Banyakkan BERSEDEKAH menderma dsbnya.
7. MENGERJAKAN UMRAH jika mampu, khususnya semasa bulan Ramadhan
8. MEMELIHARA MULUT, MATA dan TELINGA serta anggota2 lain dari perbuatan maksiat dan keji.
9. mengingati MATI dan menziarahi saudara mara sahabat handai yang sakit atau telah meninggal dunia, sembahyang jenazah dan menghantarnya ke kubur.
10. MENZIARAH sahabat handai saudara mara lebih2 lagi orang2 alim, para ulama dan tuan2 guru.
11. AMAR MAARUF dan NAHI MUNGKAR
Kakchik harap kita semua dapat amalkan.
Wassalam
No comments:
Post a Comment