Monday, June 6, 2011

TIPS ATASI MARAH (RASA NAK MARAH)

Assalamu'alaikum

Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik & mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda
Langkah 1 ( Teknik 5 saat )
Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.
Langkah 2 ( Teknik 10 saat )
Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.
Langkah 3 ( Teknik 30 saat )
Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melegakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.
Langkah4 ( Teknik 45 Saat )
Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah itu, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.
Langkah 5 ( Teknik 60 saat )
Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, toleransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat muda untuk anda melihatkannnya. Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja anda atau di rumah, tampalkan di cermin solek anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah. Lihatkan kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahawa diri anda sebenarnya amat di hargai.

Saturday, June 4, 2011

TIPS MENOLAK PERMUSUHAN

Assalamu'alaikum

TOLAKLAH (kejahatan yang ditujukan kepada kamu) dengan CARA YANG LEBIH BAIK;  apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah2 seorang sahabat karib.”  Surah Fussilat : 35
·         Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau    salah
·         Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tapa membalas
·         Kenangkan detik2 manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan ‘musuh’ kita
·         Muhasabah hubungan kita dengan Allah.  Mungkin Allah mendidik kita melalui karenah musuh kita itu.
·         Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan.  Kita layak disakiti, disalah tafsirkan dan sebagainya.
      
      Wallahualam
      Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan
 

MEREDAKAN TEKANAN

Assalamu'alaikum

SEMUA orang biasa mengalami tekanan dalam hidup.  Cuma yang bezanya adalah adakah seseorang itu mampu menghadapi dan menangani tekanan dengan baik atau sebaliknya hingga ada yang bertindak di luar batasan kerana terlalu tertekan. Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan kerja atau hidup. Antaranya ialah : -

1) BIASAKAN DIRI DALAM KEADAAN BERWUDUK

- Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.  Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati .

2) PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

- Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.  Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur.  Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.  Membaca Al-Quran juga mampu membuatkan kita tenang sekaligus melupakan masalah yang sedang dihadapi .

3) BANYAKKAN SOLAT SUNAT

- Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.  Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.  Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) SELALU BERDOA KEPADA ALLAH

- Allah selalu berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan perlulah dilakukan secara berterusan. Waktu- waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika sewaktu azan dan iqamah.Insya- Allah,Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.  Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha bersunguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu disamping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

- Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.  Semuanya itu adalah ujian daripada Allah S.W.T yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya.  Oleh itu,kita mestilah bersangka baik kepada Allah dan janganlah menyalahkan DIA jika terjadi sesuatu pada diri kita.  Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik satu-satu kejadian itu.

6) LAKUKAN KEGIATAN LUAR SEPERTI BERSUKAN DAN BERIADAH

- Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.  Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh seperti bersukan.  Situasi ini akan menjadi lebih mengembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga beriadah.  Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) AMAL DIET DENGAN DISIPLIN YANG KUAT

- Pengambian makanan berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.  Oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.  Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung, darah tinggi mahupun kencing manis.

8) MENANGIS DENGAN SEPUAS HATI

- Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan dalam sehelai kertas.  Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “ Luaran lain hati lain ”.  Ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan masalah mereka itu.  Sebagai contoh,mereka sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Maka dengan itulah,menangis adalah salah sartu cara kita dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.  Menangislah sepuas-puas hati hingga anda berasakan sedikit kelegaaan.

9) HARGAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI

- Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri.  Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masaalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.  Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masaalah. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) CINTAI DIRI SENDIRI

- “ Cintailah diri kamu sebelum kamu mencintai diri orang lain ”.  Jelas maksud sepotong hadis ini,  kita dapat memahami bahawa kita perlu  mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.  Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas.  Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman .

Friday, June 3, 2011

SABAR ITU INDAH

Assalamu'alaikum

Kakchik rasa buat maksiat ni memang SEDAP!! Betul tak? Kalau dapat gossip (mengumpat la tu)... fuhh!! bercerita aib orang lebih seronok dari mengenang aib sendiri.. Sebab tu la rancangan MELODI, FUHH dan sewaktu dengannya semuanya 'rating' tinggi. Kalau ada artis yang bercerai contohnya kita siap buat tafsiran sendiri, tambah lagi 'bahan perisa', memang patut bercerai sebab itu ini... panjang senarainya... kita tak langsung nak ambil iktibar sebab apa runtuh rumahtangga dema tu... ambil teladan agar rumah tangga kita lebih sejahtera

Dalam berfesyen pun macam tu juga... kakchik ni kira masuk kategori kolot berfesyen, tak 'up-to-date'... sebab tu la di luar sana sanggup bergolok gadai untuk beli kain jarang (suami kata boleh buat tapis teh he he), kain tak cukup meter, jahit pun tak sudah (berbelah sana sini) demi mengikut fesyen konon... sanggup sakit2 badan berjalan tumit tinggi, baju ketat sendat nak bernafas pun payah.... semua demi fesyen... Sanggup buang maruah diri demi diterima oleh masyarakat sekeliling... dia pandai bergaya.. dipuji oleh setiap mata yang melihat

Nak beri nasihat supaya orang meninggalkan maksiat tak da masalah sangat tapi diri kita yang nak meninggalkan maksiat tu sendiri huh perlu semangat yang sangat tinggi, waja dan jitu.
Kalau tak SABAR memang tak boleh buat semua ni.. tak boleh nak istiqamah.. Syaitan yang mai pun bukan lagi pangkat prebet cabok ja... bila kita nak berubah, yang mai mesti pangkat jeneral. Tekadkan azam nak cium bau syurga, pacakkan SABAR dan tekadkan azam.

Memang susah sungguh nak masuk syurga, perlu SABAR.

Wallahualam

semoga bermanfaat dan dimanfaat


SABAR - JANGAN SUKA BERTENGKAR

Assalamu'alaikum
Wahai hamba2 Allah s.w.t dan Pengikut Rasulullah s.a.w.. Jangan kamu semua gunakan ruang minda mu untuk membuang masa kepada sesuatu kejadian yang terjadi diakibatkan manusia dan dizahirkan allah taala itu.. kerana syaitan dan nafsu yang ada diruang jiwa kita akan bersatu dan meluputkan iman dan taqwa dalam diri kita semua. menjadikan kita:
1.bertengkaran sesama sendiri
2.mengadu domba
3.membuang masa dgn tak sepatutnya
4.membincangkan sesuatu perkara yang telah Allah dan Muhammad saw perkatakan.Hari ini setiap yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis telah DIZAHIRKAN dalam umur dunia dipengakhirannya.
5.menyalahi antara satu sama lain. sesungguhnya islam itu bersaudara.
6.suka menyalahi org lain.
"SEPATUTNYA KITA HANYA PERLU BERISTIGHFAR SUPAYA KITA TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DIMURKAI ALLAH S.W.T"
"WALLAHUA'LAM'

SABAR HADAPI MUSIBAH

Assalamu’alaikum

Banyak blog dah crita pasal apa itu sabar.  Kakchik pun nak menyelit crita skit gak he he tapi kalau kakchik salah tafsir makna sabar ni tolong betulkan kakchik ya.

Sabar bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh dan anggota badan daripada perbuatan yang melulu tidak terarah.  Apabila kita bercakap tentang sabar, ertinya kita bersentuh soal keimanan. 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat al-Baihaqi)  Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran.  Iman itu bukan sekadar di kepala, ucapan di mulut, tetapi ia soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.

Sabar ini perlu untuk hadapi banyak hal
1.         musibah
2.         mengejar syurga Allah
3.         meninggalkan maksiat

Musibah

Allah berfirman yang bermaksud “Dan orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.” Surah al-Baqrah 2:177

Ada satu kisah, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu kawasan perkuburan.  Rasulullah s.a.w. berasa simpati bila terlihat ada seorang perempuan duduk di atas pusara anaknya sambil menangis lalu baginda bersabda yang bermaksud “ Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.”
Mendengar perkataan sabar, perempuan itu naik angin.  Perempuan itu menghalau Rasulullah, “Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku.” Kasar bicara perempuan itu kerana dia tidak tahu yang menasihatinya itu adalah kekasih Allah.
Mulianya Rasulullah, sikit pun baginda tidak tersinggung malah meneruskan perjalanan baginda. 
Apabila orang2 di sekeliling beritahu yang lelaki tadi ialah baginda Rasulullah, timbul perasaan menyesal dan bersalah dalam hati perempuan itu.  Itulah akibat tidak  bersabar dan cepat melenting.  Maka perempuan itu pun tergesa2 mencari Nabi Muhammad.  Lafaz pertama perempuan itu apabila berjumpa dengan Rasulullah ialah “Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah.” 
Rasulullah tetap tenang.  Ucapan baginda yang berupa wahyu itu, memandu kita tentang erti sabar hingga ke hari ini.  Sabda baginda yang bermaksud “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) yang pertama.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah juga berfirman dalam surah al-Taghabun 64:11 yang bermasud “Tidak sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.” 

Dalam hidup ini, sering berlaku sesuatu yang tidak kita ingin atau jangka apatah lagi harapkan.  Maka ketika apabila derita kepedihanm kegagalan, kematian, penyakit dan lain2 yang menekan hati, hanya dengan berSABAR kita boleh berdepan dengannya.