Friday, June 3, 2011

SABAR HADAPI MUSIBAH

Assalamu’alaikum

Banyak blog dah crita pasal apa itu sabar.  Kakchik pun nak menyelit crita skit gak he he tapi kalau kakchik salah tafsir makna sabar ni tolong betulkan kakchik ya.

Sabar bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh dan anggota badan daripada perbuatan yang melulu tidak terarah.  Apabila kita bercakap tentang sabar, ertinya kita bersentuh soal keimanan. 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat al-Baihaqi)  Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran.  Iman itu bukan sekadar di kepala, ucapan di mulut, tetapi ia soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.

Sabar ini perlu untuk hadapi banyak hal
1.         musibah
2.         mengejar syurga Allah
3.         meninggalkan maksiat

Musibah

Allah berfirman yang bermaksud “Dan orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.” Surah al-Baqrah 2:177

Ada satu kisah, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu kawasan perkuburan.  Rasulullah s.a.w. berasa simpati bila terlihat ada seorang perempuan duduk di atas pusara anaknya sambil menangis lalu baginda bersabda yang bermaksud “ Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.”
Mendengar perkataan sabar, perempuan itu naik angin.  Perempuan itu menghalau Rasulullah, “Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku.” Kasar bicara perempuan itu kerana dia tidak tahu yang menasihatinya itu adalah kekasih Allah.
Mulianya Rasulullah, sikit pun baginda tidak tersinggung malah meneruskan perjalanan baginda. 
Apabila orang2 di sekeliling beritahu yang lelaki tadi ialah baginda Rasulullah, timbul perasaan menyesal dan bersalah dalam hati perempuan itu.  Itulah akibat tidak  bersabar dan cepat melenting.  Maka perempuan itu pun tergesa2 mencari Nabi Muhammad.  Lafaz pertama perempuan itu apabila berjumpa dengan Rasulullah ialah “Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah.” 
Rasulullah tetap tenang.  Ucapan baginda yang berupa wahyu itu, memandu kita tentang erti sabar hingga ke hari ini.  Sabda baginda yang bermaksud “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) yang pertama.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah juga berfirman dalam surah al-Taghabun 64:11 yang bermasud “Tidak sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.” 

Dalam hidup ini, sering berlaku sesuatu yang tidak kita ingin atau jangka apatah lagi harapkan.  Maka ketika apabila derita kepedihanm kegagalan, kematian, penyakit dan lain2 yang menekan hati, hanya dengan berSABAR kita boleh berdepan dengannya.

No comments:

Post a Comment