Assalamu’alaikum.
Artikel kali ini kchik cuba nak kupas sendiri (pendapat kachik semata2 – kalau tak betul tolong betulkan) topik kebahagiaan dalam rumahtangga.
Kakchik rasa semua suami atau isteri sayang pasangan masing2 tapi cuma kita tak pandai mempamerkan kasih sayang menyebabkan pasangan kita terasa macam tidak disayangi dan dihargai.
Rasulullah pernah menegur seorang sahabat apabila sahabat itu memberitahu nabi akan rasa sayangnya ke atas seorang sahabat yang lain. “Sudahkan kamu memberitahu sahabat itu tentang rasa kasihnya” “Belum Ya Rasulullah s.a.w. .” Rasulullah pun bersabda: “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.”
Sahlah kita kena menyatakan kasih sayang kita pada pasangan kita, anak2 kita tak kiralah dalam bentuk lisan, perbuatan atau sikap kita.
Tanpa sebuah persefahaman juga, tidak mungkin istana yang di bina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 42 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan. Kita kalau sayang pasangan kita dan anak2… kena selalu doakan kesejateraan, kesihatan, dimurahkan rezeki dan ketenangan hati mereka walaupun mereka tak tahu. Biarlah hanya Allah yang tahu lagipun yang memakbulkan doa kita hanyalah ALLah. Kalau kita ikhlas dalam doa kita tanpa syarat, insyaALlah doa kita kan makbul… pasangan kita akan lembut hati untuk membalas kasih sayang kita itu.
2. Patuh ajaran agama. Tentu dah. Tanpa mendalami agama pastilah kebahagiaan tak mungkin dicapai. Anak2 akan jadi derhaka, jauh sekali nak jadi anak yang soleh. Pasangan kita mungkin tidak akan menjalankan tanggungjawab masing2 dan menunaikan hak yang sepatutnya.
3. Murah dengan pujian. Tujuh kali puji dan satu teguran. Anak2 yang membesar dengan pujian2 dan nada positif akan menjadi anak2 yang berjiwa besar, bersemangat dan yakin dengan kebolehan diri. Pasangan pun akan rasa masih membuahkan rasa sayang dalam diri. Tapi nak puji ni kena betul ‘timing’, tempat dan nada… silap2 dema kata kita perli la pulak.
4. Murah dengan khidmat. Rasulullah insan paling hebat, kekasih Allah, pemimpin tersohor tapi baginda masih berkhidmat pada isteri baginda. Kalau semua pasangan saling tolong menolong pasti urusan rumahtangga dapat diselesaikan segera, maknanya banyak masa terluang untuk berinteraksi dengan anak2 dan pastinya dengan pasangan kita.
5. Murah dengan belaian kasih sayang. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa. Beri hadiah pada hari lahir pasangan dan anak2, beri hadiah bila pasangan kita berjaya, beri hadiah pulang dari musafir … salah satu cara tunjuk kasih sayang… mereka akan berasa mereka itu sentiasa dalam ingatan mereka
6. Murah dengan sentuhan. Ini sangat besar impaknya. Kalau anak kita berjaya, kita tepuk belakang dia tanda bangga, pasti dia teruja. Kalau anak kita tengah sedih dan kita peluk dia meredakan sedihnya, pasti dia akan rasa selamat dan masalah akan mudah diselesaikan. Begitu juga kalau kita belai pasangan kita contoh rambut isteri semasa masak, rasa hilang letih memasak tadi.
7. Mencari kebaikan pasangan. Alah kita ni pun bukannya bagus sangat… amboi kalau asyik nak cari salah orang payahlah hidup. Redha dengan pasangan kita.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. Banyakkan bergurau dan bermesra. Hidup ni kalau serius sangat pun tak seronok, tapi kalau asyik bergembira pun takut gak takut terlalu seronok lupa pada Allah. Jadi berpada2. Lawak tu biar ‘pandai’ jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. P Ramlee pernah nyanyi lagu lagikan lidah sering tergigit inikan pula suami isteri. Bergaduh ni biasa tapi akan jadi luarbiasa kalau kita turut si syaitan durjana. Isu kecik boleh jadi tsunami…
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. Kita banyak sejarah dan ada sejarah yang kita tak mau kongsi atau belum bersedia nak berkongsi dengan pasangan kita. Tentu pasangan kita pun mcm tu gak, jadi tak yah lah nak korek2 sangat hal peribadi dia.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. Jangan syok sendiri… Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur. Ini perkara yang kena di pupuk. Kita ni kalau bab tegur orang cepat sungguh walaupun orang tu tak mintak pun pendapat kita… tapi kita boleh ke terima teguran orang??
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara. Ini kchik pernah buat ngan anak2. Kebetulan suami ajak balik kampong minggu depan tapi memang amalan kchik suka ‘pack’ baju awal. Malam tu anak2 buat hal sungguh mencabar kesabaran. Kachik saja ambil beg dan kunci kereta. Pakat mai pegang kaki merayu ummi jangan pergi, janji nak jadi anak soleh solehah dan macam2 janji… sedih sungguh tengok dema tu tak sangka taktik kchik berjaya… baik perangai bertahan la seminggu dua pas tu balik ke keadaan asal…tapi dengan suami tak pernah la ugut2 nak tinggal. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. Hidup di dunia ni walaupun fana tapi kena di jalani sebaik mungkin buat mencari bekalan akhirat kelak. Jadi kena jaga kesihatan agar boleh member ‘servis’ terbaik buat keluarga. Jaga amalan kita, rezeki yang kita cari biar halal dan diredhai.
15. Tolak-ansur. Alah mana ada orang yang sempurna. Jadi kalau ada yang kita tak suka tapi pasangan kita suka, layan ja … pasti dia akan hargai.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan. Kchik pernah tanya seorang anak murid cara didikan ibu bapa dia sampai dia jadi seorang anak yang baik. Kchik nak praktikkan pada anak2 kchik. Dia kata dia anak nelayan. Pergi ke laut tu biasa. Satu hari dia nak ke laut, mak dia betul2 menegah.. dia pi gak, belum jauh tiba2 laut jadi bergelora… dia kata memang pasti karamlah… tapi Allah menyelamatkannya. Lepas tu dia dah tak berani lawan cakap mak dia…
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata. Kchik pernah dengar yang kalau terlalu kaya atau terlalu miskin pun boleh membawa kepada kekufuran. Jadi bersederhanalah kita. Ingat semua harta benda bukan boleh bawa masuk kubur pun tapi jangan sampai tak harta sampai kena meminta2.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan. . Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.. Elakkan salah pasangan.. Cari titik pertemuan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. Dulu suami jenis ‘tak pot’ tentang makan2 ni janji tak haram, tapi sejak kchik dapat kesedaran dari Allah agar jaga halal haram sebetul2nya, dia pun dah pandai belek ‘ingredient’, boikot produk2 yahudi… anak2 pun macam tu gak
20. Sanggup berkorban buat pasangan. Berkorban pun kena ada had dan kalau kita tak ikhlas… satu hari pasti ngukit dan pada masa tu habis semua pahala yang dikutip.
21. Menghormati pasangan. Kadang2 pendapat anak2 atau pasangan kita boleh pakai juga.. walaupun mereka lebih muda dari kita atau tak setaraf tahap pendidikan tak semestinya mereka tak da hak nak beri pendapat.
22. Berasa amat beruntung mendapat pasangan yang ada(dan nyatakan). Kchik ingat masa kachik jatuh moto, masa tu tengah sarat mengandung 7 bulan anak sulung pulak tu… suami menangis sampai kena berhenti tepi jalan ‘on the way’ ke hospital. Dia kata dia rasa bersalah sebab biar kchik naik moto tengah sarat2 ni. Ish sayangnya dia pada kchik.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai. Bila dah sah jadi suami isteri buatlah apa yang suka, cuma hati2 dengan batas seksual yang diharamkan.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan dan sifat semula jadi pasangan.
Semua orang dilahirkan unik… mana ada yang serupa… anak2 kita yang 8 orang pun lain2 perangai setiap satunya… kena pandai tangani perbezaan ni dengan bijak… macam tu juga dengan pasangan kita
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. Orang yang paling tenteram jiwa bila dia tak berdendam. Apa yang berlaku di dunia ni semua dengan izin Allah s.w.t jadi sapalah kita nak marah2… maknanya kita marah ALLah sebab buat pasangan kita macam tu.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan. Kalau cemburu membuta huh boleh sengsara… hidup tak tenteram asyik fikir pasangan kita dok buat apa, sembang dengan sapa. Dok main kayu tiga dengan kita ka… Percayalah pasangan kita 90% agar hati kita lebih tenang. Doakan agar Allah sentiasa tetapkan pasangan kita di jalan yang benar lebih baik dari berburuk sangka dan menerjah tak tentu hala.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan. Syaidina Ali r.a. pernah berkata “ tiada mana2 manusia hamba kepada manusia yang lain, kerana Allah jadikan kita merdeka.” Kalau kita ikhlas dalam semua tindak tanduk kita pasti kita tak merasa kita ni hamba kepada sesiapa.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar. Pakar motivasi pernah cerita dalam satu ‘talk show’ di tv, perabot rumah kena diubah kedudukan walaupun 1 cm setiap hari, bari ada kelainan dalam rumah. Begitu juga dalam rumahtangga, kalau dah 8 tahun kahwin tapi tiap isnin masak daging kicap, selasa sup ikan, rabu ayam goreng, khamis ikan goreng, jumaat gulai ikan, sabtu gulai daging dan ahad ayam masak halia. Rasa2nya…bukan pasangan ja tapi anak2 pun jemu sebab boleh hafal menu macam kat asrama la pulak. Belajar la resepi baru sekurangnya sebulan ada 3 4 resepi baru pun kira orait dah. Cari kelainan dan perubahan positif.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’ Jangan bagi peluang untuk syaitan menang. Bila kita marah kita mungkin kata atau buat perkara yang kita akan menyesal dan memburukkan lagi masalah… jadi tarik nafas dalam2, amik masa untuk fikir masalah tu dan jalan penyelesaian yang terbaik.
31. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah. Kadang2 bila dah lama hidup bersama, kita mula nak ‘take things as granted’ dan mula cuai dalam menjaga hubungan… kena selalu muhasabah diri adakah aku dah buat yang terbaik. Sentiasa berterus terang.
32. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati. Ini kalau dibiarkan boleh berkumpul setinggi gunung dan satu hari meletus dan habis semua disekeliling tertempias dan dukacita. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
33. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu. Semakin anak membesar makin payah nak sembang hal2 penting dan personal dengan pasangan, anak2 suka menyampuk. Jadi suami cadang kod ni (cara berdehem, 1 sekali maknanya… 2 kali maknanya…)
34. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
35. Lebih banyak memberi daripada menerima. Tidak terlalu mengongkong. Tidak meminta yang bukan-bukan.
36. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
37. Seimbangkan hubungan dari segi:
* Mental, pendidikan dan ilmu
* Emosi
* Fizikal dan ekonomi
* Sosial
* Spiritual
* Emosi
* Fizikal dan ekonomi
* Sosial
* Spiritual
38. Tidak bertindak bersendirian.
39. Memberi peluang untuk berbeza:
* Pendapat atau pandangan
* Hobi
* Kegemaran
* Makanan
* Cita rasa
* Warna pilihan dan pelbagai
* Hobi
* Kegemaran
* Makanan
* Cita rasa
* Warna pilihan dan pelbagai
40. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga. Ini kita kena bincangkan dan tetapkan dari awal perkahwinan lagi.
41. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
42. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Apa2 pun kita kena ikhlas. Kchik selalu pesan dengan diri kachik, bila kchik mati pasti akan disoal akan tindak-tanduk kachik di dunia ni. Lulus ke tak...? jadi kachik cuba buat yang terbaik untuk suami dan anak2… kalau suami tak buat tanggungjawab dia, kita ingatkan dia, doakan dia dan selebihnya antara dia dengan Allah. Janji kachik lulus ujian tapi kalau boleh nak ajak semua masuk syurga sama2.
No comments:
Post a Comment