Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah
Allah maha pengampun
dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan, alah kalau buat jahat boleh
bertaubat, bukankah Allah Maha Pengampun..
Hidup bila tak tenteram atau bala
turun, musibah yang menimpa semuanya berpunca dari diri sendiri. Hubungan kita dengan Allah? Dengan ibu
bapa? Dengan ibu bapa mertua? Dengan suami atau isteri? Dengan anak2?
Dengan jiran tetangga? Mesti ada cacat cela di mana2, kena MUHASABAH DIRI dan
buat pembetulan di mana perlu.
”HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA
“Pastikan hubungan dengan Ibu Bapa sentiasa
harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat
mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.
Lazim ibu yang
dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan
anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam
konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga
kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang
dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.
Apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf,
selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau
jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun
ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah
ampunkan dosa.
Begitu juga
dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di
depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita..
”USAH DERHAKA KEPADA
MENTUA.
Mentua mesti
dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati,
samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak
sayang orang yang melahirkannya juga?
Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,”
jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak
dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke
syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
“Perasaan mentua
perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah
Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya
dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan
mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum
balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada
yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail
insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali
kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal
siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.
Wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan
No comments:
Post a Comment