Dari Anas r.a bahawasanya pada suatu hari ada seorang lelaki menemui Rasulullah dan bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang hari kiamat. Beliau berkata, “Wahai rasulullah, bilakah kiamat akan berlakui?”
Maka mendengar soalan ini, Baginda s.s.w. bertanya kembali, “Apa yang telah engkau persiapkan
untuk menghadapinya (kiamat)?” Persiapan
menghadapi kiamat adalah lebih penting berbanding mencari tahu masa kiamat
berlaku.
Orang itu menjawab, “Tidak ada sama sekali. Hanya saja, sesungguhnya saya mencintai Allah
dan Rasul-Nya.”
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Engkau bersama orang yang engkau
cintai.”
Anas pun mengatakan, “Tidaklah kami berbahagia dengan sesuatu melebihi
kegembiraan kami dengan sabda Nabi s.a.w., “Engkau bersama orang yang engkau
cintai.”
Anas berkata, “Kerana saya mencintai Nabi, Abu Bakar dan Umar. Dan saya
berharap saya dibangkitkan bersama mereka kerana kecintaan saya kepada mereka,
meskipun saya tidak mampu beramal
seperti amal mereka.
Berbahagia juga kita kalau kita bersama dengan orang kita cintai,
baginda Rasulullah s.a.w. namun rasa
cinta mesti bermula daripada pengenalan.
Siapa yang tidak mengenal Nabi, mana mun gkin dia boleh mencintai
Baginda dengan sebenar-benar cinta.
Jadi mari kita mengenal siapa idola kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan ilmu yang sedikit di dada, kchik ingin berkongsi ilmu kchik
dengan semua pembaca blog kchik ini… semoga kita semua mendapat keredhaan dan
limpahan rahmat dari Yang Maha Esa.
Kalau ada kesilapan fakta mohon ditegur.
No comments:
Post a Comment