Sunday, May 14, 2017

Marhaban ya Ramadhan

Assalamu'alaikum
Sedih sungguh hati kakchik bila menganangkan masa yang berlalu begitu pantas, sedangkan amalan kachik masih di takok lama.  Dah nak masuk Ramadhan 1438H.  MasyaAllah.  SubhanaAllah.  Kachik nak seru diri kachik dulu, anak2 dan seterusnya rakan pembaca supaya kita imarahkan bulan yang mulia sebaik2nya.  Tak tahu sempat ka puasa tahun ni, tak tahu sempat puasa berapa hari tahun ni, tak tahu sempat ke puasa tahun depan... ajal menjemput tak boleh dihalang walaupun sesaat.

Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan tak lama lagi umat islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tinggal berapa hari lagi ni? 27 Mei ni  akan tiba ramadhan. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.'

Waktu yang paling baik untuk berniat puasa ramadhan ialah pada waktu malam selepas solat tarawikh pada setiap malam.Lafaz niat untuk sebulan :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
 Diselitkan takwim berbuka dan sahur untuk Zon 6, Perak

Jadual Waktu Buka Puasa Imsak Perak 2017 Zon 6

Semoga hari terakhir Sya'ban penuh barakah dan sambutan Ramadhan sehangat awal bulannya.... dan semakin bertambah ke penghujung ramadhan.  Harap amal ibadah semkin bertambah....

Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment