Puasa Jangan Lupa Sahur Pula
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa” :(Al-Baqarah : 183)
Salam semua, pejam celik dah masuk ke bulan Ramadhan " Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan", bulan penuh keberkatan dan bulan pengampunan. Insyaallah jika di panjangkan umur akan bermulanya puasa 1 Ramadhan pada 27 Mei ini, dan akan seiring amalan bersahur yang turut di kira sebagai ibadah jua.
Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.
Sabda baginda SAW : “ Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. ” :Hadis riwayat Ahmad.
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab yang lain ialah makan sahur.” :Hadis riwayat al-Tirmizi.
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata: “Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” : Hadis riwayat al-Bukhari .
NOTA: Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus beramal ibadat di bulan penuh barakah ini dan di kurniakaan pengampunan akhirnya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment