Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Assalamualaikum
Sempena bulan Ramadhan ini kchik seru diri sendiri, anak-anak dan semua umat islam untuk menjadi orang yang berjaya. berjaya membersihkan diri dengan amalan yang baik dan kebajikan yang berlipatganda.
Jangan jadikan kita orang yang gagal... masih berbuat mungkar.
Banyak amalan baik yang boleh kita buat di bulan ramadhan. Semoga bulan Syabaan yang masih berbaki ini kita jadikan bulan untuk berlatih mengurangkan lara dan maksiat. Supaya apabila tiba bulan Ramadhan kita dah bersedia sepenuhnya dan yang paling hebat kalau amalan baik ini boleh berkekalan berterusan.
Kachik bukan orang yang hebat tapi sokmo berharap nak jadi hebat.
Ramadhan akan datang lagi tahun ini. Entah sempat atau tidak. Kalau kchik sempat, azam tahun ini nak buat yang terbaik. Risau tahun ni tahun terakhir bertemu ramadhan
nak kurang tengok tv - he he crita korea dan nak kurang marah2
nak banyakkan berzikir. benda mudah nak buat, bila2 masa di mana sahaja, tapi tak tau awat payah na nak buat. mesti ubah sikap.
solat penuh terawih, thn lepas byk culas
baca quran memang gagap, tapi azam nak baca juga sebanyak boleh, khtam jauh sekali tapi sekurang2nya baca dan mesti cuba faham makna ayat yang kchik baca. Akan beli quran interaktif dan download quran apps nak bantu bacaan.
Banyakkan bersedekah, senyuman pun sedekah juga kan. ok, tak reti masak, beli n sedekah pada jiran. ok ahad depan nak beli kurma, pack n beri pada kawan2 sekerja,
Sedekah sekali pada mana-mana masjid untuk more, in sha Allah sepanjang bulan ramadhan kita dapat pahala, Mmmmm kalau sedekah 10 masjid?
Bantu ceriakan anak2 yatim dan anak2 yang miskin. Ceriakan anak2 sendiri kira x? anak2 pun anak yatim. (sapa2 nak sedekah kat anak2 kchik, gitau... he he). mesti ada jiran kita, anak kawan, saudara mara yang yatim atau miskin. Sebenarnya kalau nak juga buat amalan beri duit raya, buat dalam bulan ramadhan, pahala lagi berganda berbanding dalam bulan syawal.
selalu bangun untuk sahur sejam sebelum imsak... tahun ni nak cuba bangun lebih awal siki lagi... dah ready untuk imsak, nak solat sikit walaupun 2 rakaat... kan sahur antara waktu mustajab doa.
dan paling penting nak cuba jadikan semua amalan itu ikhlas.
Jom kita bersedia sambut ramadhan
No comments:
Post a Comment