Tuesday, May 16, 2017

PUASA - MENDIDIK BUKAN MEMAKSA

Assalamualaikum. 

Kurang dari dua minggu umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah tentu kedatangan puasa menjadikan mereka lebih teruja dan bersemangat untuk mendidik anak-anak berpuasa.

 Syarat wajib puasa

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:


1. Islam :


2. Baligh:Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa


3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.


4. Berkemampuan: 



“Mendidik bukan bermaksud memaksa. Mendidik bukan memaksa. Itu cara Rasulullah memupuk benih-benih iman dalam diri para sahabatnya.
 


Sekiranya anak itu masih belum mampu berpuasa sehingga memudaratkan kesihatannya, ibu bapa tidak boleh memaksa. Sebaiknya biarlah mereka bermula secara berperingkat iaitu separuh hari, kemudian diteruskan pula sehari sehinggalah cukup sebulan. 


“Ini dilakukan agar anak-anak terbiasa sejak kecil sehingga apabila sampai kepada peringkat wajib, mereka dapat melakukannya dengan mudah. 


Memang susah nak habiskan sehari puasa.  Kita yang dah tua bangka pun 2 hari pertama pun lemah lutut, kering tekak2, hilang semua daya upaya… tapi bila dah masuk hari ke 3 dan seterusnya ajak main futsal pun ok ja. 


Begitu juga dengan anak2 kita.  Cuma mereka perlu lebih masa untuk biasakan diri dengan berpuasa.  Mula2 buka jam 10, kita up buka jam 12. esok up lepas azan zohor, lepas azan asar dan akhirnya inshaAllah boleh berpuasa sebulan. 
Pada pendapat Kchik, anak-anak kita perlu membesar dalam keadaan faham islam. Faham kenapa sesuatu ibadah itu dibuat. Faham kita solat, puasa dll bukan hanya sebab takut Allah marah atau takut masuk api neraka. Faham yang ibadah ini akan bawa kita masuk syurga, akan buat Allah sayang dan sentiasa meredhai kita. 


Kchik kerap bercerita dengan anak2 tentng kesusahan orang di serata dunia.  Tunjuk keratan akhbar, tunjuk gambar dari internet, dari majalah… kchik nak anak2 tahu betapa bersyukurnya mereka ada umi yang masih boleh beri makan yang enak2. kchik nak anak2 rasa simpati dan mahu berkongsi rasa lapar dengan orang2 yang kurang bernasib baik. 


  


Memang anak2 berkobar2 nak puasa tapi kena di suntik motivasi-motivasi lain juga. 


Kchik pastikan anak2 semua tidur awal senang nak bangun sahur. Sembang siap2 sebelum tidur nak makan apa sahur nanti. Kalau dah ready masak makanan idaman hati, laju ja bangun sahur. 


Kchik cuba ikut sunnah Rasulullah, suntik rasa gembira dalam buat ibadah.  Beritahu anak2 tentang ganjaran pahala dan syurga yang menanti orang berpuasa. ibadah puasa dapat menghapuskan segala dosa yang lalu serta dijauhkan daripada neraka selama 70 tahun. Selain itu orang yang berpuasa juga diberikan hadiah syurga melalui pintu Ar-Rayyan daripada Allah SWT. 


Biar anak2 rasa nikmatnya berbuka puasa.  Sesekali layan anak pergi ke bazar ramadhan, berbuka puasa di masjid, more selepas terawih. 


Kchik stok bahan mainan. ‘Old maid’, ‘Donkey’, “Monopoli”, buku warna, buku cerita, cd kisah2 nabi, kisah tauladan.  Nak isi masa supaya tak ingat lapar. 


Beri upah. Satu hari RM1. Ini memang motivasi tinggi untuk berpuasa. 


Anak2 kita memang tak sama. Adik yang bongsu kena ugut tak beli baju raya, tak boleh dapat duit raya,  baru puasa penuh. 


Alhamdulillah, anak2 kchik dah besar belaka… dah boleh berpuasa tanpa perlu di pujuk, disogok dan dipaksa. 


No comments:

Post a Comment