"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik-bilik, dilijat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat, untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang bersembahyan di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (al-hadis )
Diceritakan dalam sejarah bahawa ada dua orang datang kepada Nabi s.a.w untuk masuk Islam. Salah seorang daripada lelaki tersebut begitu bersemangat beramal jika dibandingkan dengan seorang lagi. Orang yang lebih semangat itu telah ikut menyertai dalam peperangan lalu gugur syahid. Sementara temannya yang seorang lagi masih hidup setahun selepas kematiannya dan lalu meninggal dunia di atas katilnya.
Seorang sahabat bernama Thalhah bin Ubaidillah r.a telah bermimpi mengenai dua orang yang meninggal tadi. Dalam mimpinya, kedua orang tersebut telah berada di depan pintu surga. Lalu orang yang matinya di atas katilnya dipersilakan untuk masuk ke dalam surga terlebih dahulu, barulah lelaki yang mati syahid dipersilakan masuk.
Pada keesokan harinya, Thalhah bercerita kepada sahabat-sahabatnya dan mereka amat takjub (hairan) dengan keadaan tersebut. Akhirnya berita mimpi Thalhah dan takjubnya orang ramai itupun sampai kepada baginda Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w mengatakan: “Bukankah (orang yang mati di katilnya) ia masih hidup setahun setelah (kematian temannya yang terbunuh di jalan Allah) itu?” Sahabat menjawab: “Ya, Benar.” Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Dan ia telah mendapat BULAN RAMADAN pada tahun tersebut, lalu ia puasa dan solat sekian dan sekian dalam setahun?” Sahabat menjawab: “Benar.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi : “Jarak (derajat) antara keduanya lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi.” (Riwayat Ibnu Majah)
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment