Tuesday, December 13, 2022

TIPS SEDEKAH TANPA WANG

 Assalamualaikum


Antara tips sedekah tanpa wang

Pertama

Sedekah dengan hati

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.  Sabda Rasulullah saw, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang tulus, ia berkata "Seandainya aku memiliki harta nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si Polan (golongan yang diberi harta dan ilmu)." Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Riwayat al-Tarmizi)

Kedua

Sedekah dengan lisan

Berzikir.  Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda dengan maksud" Setiap tasbnih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil juga adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah." (Riwayat Muslim)

Ucapan yang baik.  Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Perkataan yang baik adalah sedekah."  (Riwayat al-Bukhari).  Beri dan jawablah salam,. Ajak manusia kearah kebaikan dan cegahlah kemungkaran.  Berlemah lembutlah ketika berbicara.  Jangan sampai menguris hati orang lain.

Ketiga

Sedekah dengan perbuatan

Senyum.  Sabda Rasulullah saw mafhumnya "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."  (Riwayat al-Tirmizi)

Solat,  Solat adalah sedekah untuk diri sendiri.  Berjalan ke masjid juga sedekah.

Puasa sunat.  Juga adalah sedekah untuk diri sendiri.

Manusia mempunyai 360 sendi dan sedekahnya ialah Solat Dhuha dua rakaat setiap hari.

Membuang atau mengalih objek yang menghalang jalan

Membersih dan menjaga kebersihan masjid

Menolong insan yang memerlukan

Mendamaikan dua insan yang sedang bergaduh

Menunjukkan jalan pada orang yang sesat atau buta

Memberi makanan atau minuman pada haiwan

Mengajarkan ilmu

Menanam apa jua pokok atau tanaman kemudian, kemudian dimakan oleh makhluk Allah

Jom kita bersedekah.  Mulakan dengan ahli keluarga yang terdekat dan diri sendiri


Monday, December 12, 2022

REDHA

 Assalamualaikum

Tidak ramai antara kita yang dapat berfikiran positif, apa lagi bersyukur pada Allah, terutama ketika dihentam dengan musibah bertubi-tubi.  Hanya orang yang bernar-benar redha sahaja yang dapat melakukan hal sedemikian.

Ini kisah serang ulama ahli hadis dan fiqh di Madinah daripada kalangan tabiin,  Beliau adalah putera kepada pasangan dua orang sahabat Nabi saw iaitu Zubair bin al-'Awwam dan isterinya Asma' binti ABbu Bakar aal-Siddiq.

Peristiwa diamputasinya kaki ‘Urwah bin Az-Zubair

Satu hari  ‘Urwah bin Az-Zubair mendapat undangan menemui khalifah Al-Walid bin ‘Abdil Malik di ibu kota kekhalifahan yaitu Damaskus di negeri Syam. Maka keluarlah beliau beserta rombongan menuju kota Damaskus. Setibanya di suatu tempat yang masih dekat dengan kota Madinah yang dinamakan dengan Wadi Al-Qura, terjadi pada beliau semacam luka di telapak kakinya yang kiri. Lama kelamaan luka tersebut mengeluarkan nanah dan semakin bertambah parah. Waktu berlalu, dan luka tersebut tidak saja semakin bertambah parah namun juga menyebabkan kakinya busuk serta semakin menjalar mrmburukkan kakinya.

Dan akhirnya sampailah beliau kepada khalifah Al-Walid di kota Damaskus dalam keadaan ditandu dan penyakit tersebut telah menjalar sampai setengah betis. Begitu mengetahui keadaan yang menimpa ‘Urwah, khalifah Al-Walid segera memanggil para doktor ternama di kota tersebut untuk mengubati penyakit beliau. Maka berkumpullah para doktor dan segera memeriksa penyakit yang beliau derita tersebut. Setelah memeriksa dan mendiagnosa jenis penyakit yang menimpa beliau, sampailah mereka pada keputusan bahwa kaki beliau harus secepatnya diamputasi. Ini adalah kerana, jangkitan pada kakinya, jika tidak segera dihentikan akan merebak ke sluruh tubuh.  Disampaikanlah keputusan tersebut kepada beliau dan ternyata beliau dapat menerimanya dengan tabah.

Maka dimulailah persiapan untuk operasi pemotongan kaki beliau. Kemudian para doktor tersebut menawarkan ubat bius kepada beliau agar nantinya tidak merasakan sakit ketika kakinya digergaji. Namun beliau menolak tawaran tersebut seraya mengatakan: “Aku tidak pernah menyangka terhadap seorang yang beriman kepada Allah bahwa dia akan minum suatu ubat yang akan membuat hilang akalnya sehingga dia tidak mengenal Rabbnya. Akan tetapi kalau kalian mau memotongnya silakan, dan aku akan berusaha menahan rasa sakitnya.”

Dalam sebuah riwayat dikisahkan bahwa tatkala beliau menolak tawaran para dokter tersebut, beliau mengatakan: “Akan tetapi jika memang kalian mau memotongnya silakan lakukan saja dan biarkanlah diriku dalam keadaan shalat agar aku tidak merasakan sakit dan pedihnya.

Maka dimulailah operasi pemotongan kaki beliau yang sebelah kiri dengan gergaji pada bagian atas sedikit dari kaki yang tidak terkena penyakit. Sewaktu proses amputasi tersebut sedang berlangsung, beliau tidak berganjak atau bergerak sama sekali dan juga tidak terdengar rintihan rasa sakit sedikitpun. Maka ketika telah selesai dari proses pemotongan kaki dan juga telah selesai dari solatnya, datanglah khalifah Al-Walid menghibur beliau. Dan berkatalah ‘Urwah kepada dirinya sendiri: “Ya Allah, segala puji hanya untuk-Mu, dahulu aku memiliki empat anggota tubuh (dua kaki dan dua tangan), kemudian Engkau ambil satu. Walaupun Engkau telah mengambil anggota tubuhku namun Engkau masih meninggalkan 3 anggota yang lain. Dan walaupun Engkau telah memberikan musibah kepadaku namun masa sihatku masih lebih panjang darinya. Segala puji hanya untuk-Mu atas apa yang telah Engkau ambil dan atas apa yang telah Engkau berikan kepadaku dari masa sihat.

Al-Walid berkata: “Belum pernah sekali pun aku melihat seorang syaikh yang kesabarannya seperti dia.”

Dan tatkala diperlihatkan potongan kaki tersebut kepadanya, beliau mengatakan: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui, bahwasanya tidak pernah sekalipun aku melangkahkan kakiku ke arah kemaksiatan.”

Dan pada malam itu juga bersamaan dengan telah selesainya operasi pemotongan kaki, beliau mendapatkan khabar bahwa salah seorang putera beliau yang bernama Muhammad iaitu putra kesayangannya telah meninggal dunia kerana ditendang oleh seekor kuda sewaktu sedang bermain-main di dalam kandang kuda.

Maka berkatalah beliau kepada dirinya sendiri: “Segala puji hanya milik Allah, dahulu aku memiliki tujuh orang anak kemudian Engkau ambil satu dan Engkau masih meninggalkan enam. Maka walaupun Engkau telah memberikan musibah kepadaku namun masa sihatku masih lebih panjang darinya. Dan walaupun Engkau telah mengambil salah seorang anakku maka sesungguhnya Engkau masih meninggalkan yang lain.

Selama menunggu proses penyembuhan kakinya, beliau tinggal di kediaman khalifah selama beberapa hari sekaligus sambil menyelesaikan keperluan yang lain. Kemudian setelah dirasa telah sembuh dan semua urusan telah selesai, kembalilah rombongan ke kota Madinah. Selama dalam perjalanan pulang, tidak pernah terdengar sepatah kata pun lisan beliau menyebut-nyebut tentang musibah yang menimpa kakinya dan kematian yang menimpa putra kesayangannya. Dan juga tidak terlihat beliau mengeluhkan musibah yang menimpanya kepada orang lain.

Dan ketika rombongan telah sampai di tempat yang dinamakan dengan Wadi Al-Qura -awal mula terjadinya musibah pada kaki beliau tersebut-, beliau membaca ayat pada surat Al Kahfi ayat 62:

فلما جاوزا قال لفتاه آتنا غداءنا لقد لقينا من سفرنا هذا نصبا.

MasyaAllah, tokoh ini masih dapat menemui alasan untuk memuji Allah meskipun dalam musibah yang sangat memilukan hati.  

Kisah ini dapat ditemui dalam kitab Wafayat al-A'yan karya Ibn Khilikan dan buku muridnya, Imam al-Dhahabi, yang bertajuk Siyar A'lam al-Nubala.

'Easy said than done',  Kita kena banyak berlatih untuk menjadi orang yang sabar dan redha,  Sesungguhnya kita hanya boleh merancang dan berusaha,  Hasil dan natijahnya diserahkan sepenuhnya kepada Allah swt,  Sekiranya hasilnya baik, bersyukurlah kita dengan anugerah Allah.  Sekiranya hasilnya tidak seperti yang kita harapkan, janganlah kita berputus asa dan menyalahkan takdir,  Yakinlah ada hikmah besar disebalik setiap musibah,

Sunday, December 11, 2022

SEDEKAH

 Assalamualaikum

ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI 

Setuju?

Ramai yang sibuk memikirkan dan mementing bagaimana untuk mendapat... bukan  memberi

Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan.  Tetapi kita perlu ingat hidup ini bukan untuk bersaing tetapi untuk saling berkongsi.  
"We are here to complete not to compete"

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak "memiliki" tetapi kerana banyak "memberi".  Jesteru itu ALLAH swt itulah zat yang paling kaya, Yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang paling banyak memberi

Intailah hari-hari yang berlalu, dalam kehidupan sehari-hari.  Kita akan lebih ceria dan bahagia pada hari kita "memberi" berbanding "menerima".

Sedekah mengandungi pelbagai hikmah dan ganjarannya cukup besar sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Untuk merasa gembira, gembirakanlah orang lain.  Walaupun sekadar kita senyum,

Bila kita senyum automatik kita berasa gembira dan dapat juga mengembirakan orang lain.  Sedekah 
paling mudah namun tinggi nilainya,   Senyum-senyumlah selalu..

Kalau rasa harta yang kita miliki atas usaha kita, kita yang penat fikir, penat kerja,, namun semuanya atas ehsan dan rahmat Allah maka kita berjaya. Tanpa izin Allah, maka semua anggota badan dan pancaindera tidak akan berfungsi.  Tanpa izin Allah, rezeki tidak datang menjengah.  Maka setelah Allah memberi, sebagai tanda syukur keluarkanlah zakat dan bersedekah.  Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata Nabi saw bersabda "Tidak belalu hari-hari tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun 2 malaikat yang berdoa. " Ya, Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (menderma atau bersedekah) hartanya"  Sedangkan malaikat yang kedua berdoa, "Ya Allah binasakanlah harta orang yang bakhil."" Riwayat al-Bukhari no 2383

Amalkan sikap "memberi" dalam kehidupan kita.  Tangan yang menghulur mawar pasti berbau harum.

Salah satu sifat wajib bagi baginda Rasulullah saw ialah tabligh, menyampaikan,  Bukankah sifat ini sangat rapat dengan sikap "memberi"?  

Kita kurang harta  tapi kaya ilmu yang boleh memberi manfaat dan dimanfaatkan.  Kongsilah.  Cara baiki benda yang rosak, cara memasak, cara menjahit, kraftangan, ajarkan ilmu akhirat, Qiraati, ajarkan ilmu dunia, Matematik, Sains dll,  ajarkan ilmu 'survival', ajar ilmu perniagaan dan bermacam2 ilmu lagi.  Semoga boleh menjadi amal jariah untuk kita juga kelak.

Berikan masa lapangmu pada yang memerlukan.  Ziarah menziarahi.  Eratkan silahturrahim.  

Berikan masa mudamu pada jalan mencari keredhaanNya.  Sebarkan dakwah dalam pelbagai cara.  Semasa kita masih bertenaga.  Bantu seramai mungkin.  Sesungguhnya dengan memudahkan hidup orang lain, Allah akan permudahkan hidup kita juda, inshaAllah.  

Tiada harta, tiada ilmu untuk dikongsi.  Tapi pandai memasak.  Cuba masak lebih sekali seminggu dan berikan pada jiran2, rumah anak yatim, gelandangan dll.  Terutama memberi makan untuk mereka berbuka puasa.

Tak pandai memasak.  Ada baju2 lama yang masih elok, tapi terperosok dalam gerobok. Boleh sedekah pada yang memerlukan.

Berilah salam.  Jawablah salam.  Kita saling "memberi" doa demi kesejahteraan saudara seislam kita.  Perbanyakkan berdoa untuk mereka, pasti doa2 yang baik ini akan berbalik kepada kita juga.

Memberi makanan atau minuman pada haiwan.  Jangan aniaya mereka.

Memberi ucapan yang baik.  Memberi nasihat atau teguran dengan cara berhemah.  Jaga perasaan orang lain. Riwayat al-Bukhari. Rasulullah bersabda "Perkataan yang baik adalah sedekah,"  Umat Rasulullah amat beruntung kerana Allah memberi teguran dengan cara yang halus, kalau kita tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku pada kita dan orang sekeliling, maka rugilah kita.  Kaum Nabi yang terdahulu, Allah langsung turunkan bala.  Jadi patutkah kita berkata2 atau memberi nasihat serta teguran secara kasar?

Menurut Imam Ibnu Qayyim, amalan sedekah dengan niat ikhlas kerana Allah akan menjadi penyebab hadirnya perlindungan Allah daripada bala bencana.Kata beliau: “Sesungguhnya bersedekah itu ada pengaruh yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, meskipun ia dikeluarkan oleh seseorang yang berbuat dosa, zalim ataupun kafir.”

Beliau selanjutnya menjelaskan: “Sesungguhnya Allah akan melindungi seseorang daripada musibah dan malapetaka kerana sedekah yang dilakukannya.”

Jom 'MEMBERI", cara kita.  janji ikhlas. Mulakan dengan ahli keluarga kita.

Saturday, December 10, 2022

KISAH RASULULLAH -1

 Assalamualaikum


Rasulullah selalu berlapar

Kchik menulis sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga anak2 yang sokmo lapar ja ha ha,  bila gemuk dah kalut nak diet.  IF la, jogging, zumba..  dah banyak penyakit datang kena rajin ziarah doktor... satu lagi kesan makan banyak ni, kchik perasan pada keluarga sendiri la, jadi malas nak gerak, malas nak buat pa2 pun...


Aisyah r.ha berkata "Tidak pernah keluarga Rasulullah saw kenyang makan  roti gandum 3 hari berturut-turut sejak beliau datang ke Madinah sehingga beliau meninggal dunia."

Suatu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn Al-Najjar  daripada Abu Huurairah r.a dia berkata : "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika baginda tengah solat duduk, maka aku pun bertanya kepada baginda, apakah engkau sakit?"  

Jawab Baginda: "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihat keadaan baginda itu,  Baginda merasa sedih melihat aku menangis lalu baginda berkata " Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."


Sunday, December 27, 2020

TUKAR JENAMA BUAT DUIT DENGAN ATOMY

 Assalamualaikum.

Prof Bonda Muhaya pun dah tukar jenama sebab produk yang berkualiti pada harga mampu milik


Atomy adalah produk gabungan KOLMAR dan KAERI KOREA.

KOLMAR syarikat pengeluar produk2 jenama kayangan

Sejarah KOLMAR KOREA

Kilang kosmetik TERbesar di DUNIA yang TIADA MANA2 kilang yang boleh tandingi mereka.  Dari segi TEKNOLOGI DAN KECANGGIHAN BAHAN DAN UJIKAJI.

KOLMAR KOREA

- mempunyai 9 MAKMAL BERBEZA.

1. Makmal untuk penjagaan KULIT

2. Makmal untuk kosmetik

3. Makmal penjagaan diri

4. Makmal Sains Kulit

5. Makmal wangian

6. Makmal beijing

7. Makmal reka bentuk pakej

8. Pusat teknologi Global

9. Makmal solek

Kolmar mencatat lebih 3,600 kelulusan kosmetik untuk penjagaan kulit , kedutan , pencerahan dan penjagaan di bawah sinaran matahari dan pelbagai formula dari segi paten , mereka mempunyai lebih 900 paten model utiliti dan aplikasi.

FAHAM TAK APA ITU JENAMA KOREA??

Nah!!! Ini anda semua harus tahu , HARUS TAHU!!! Penting!!!

Kebanyakkan jenama BARAT yang anda guna ada yang dari fomular client sendiri , dan lain2 teknologi adalah dari KOLMAR.

Kosmetik barat yang anda kenal hanya menjalankan promosi dan jualan akhir kepada kita pengguna. 

Siapa kilang pengeluar dan penghasilan serta menjalankan ujikaji??

Pastinya KOLMAR KOREA..

Sangat BANGGA DENGAN KOLMAR kerana KOLMAR BNH & KAERI telah melahirkan ATOMY yang sangat JELAS HEBAT..

Dalam gambar boleh tengok produk2 keluaran KOLMAR.

 



Kenapa harga mereka mahal sebab ambil kira


1. Perlabelan / penjenamaan

2. Kos pemasaran - iklan

3. Kos pemasaran - artis duta produk

4. Kos pemasaran - wakil ejen di kaunter shopping2 mall

5. Kos pemasaran - sampel produk

6. Kos pembungkusan

 


Kenapa produk KOLMAR iaitu ATOMY yang sama atau mungkin lebih berkualiti dari produk2 sedia ada keluaran (sebab gabung dgn Kaeri) dijual pada harga yang lebih mampu milik

Kos pemasaran sifar.  Kita ahli yang bantu menyebarkan maklumat ttg Atomy.  Guna dan share kebaikan produk.

https://bit.ly/3mwtbsO Saya Nak Daftar Atomy

SEMBANG SANTAI - ATOMY TAK BENARKAN MENJUAL

 Assalamulaikum

Bisnes pelik.  

Tiada langsung transaksi wang antara ahli.  Semua ahli TIDAK dibenarkan menjual.  Jadi ahli dan beli sendiri di Atomy Shopping Mall



Daftar segera.  Percuma.  klik https://bit.ly/3mwtbsO   NAK DAFTAR ATOMY


SEMBANG SANTAI - TN HJ RAIMI BERSAMA ATOMY

 Assalamualaikum

Sembang santai Dr Tengku Asmadi dengan Tn. Hj. Raimi - kita ambil semangat mereka


daftar segera. jangan lewat nanti rugi.  klik https://bit.ly/3mwtbsO NAK DAFTAR ATOMY