Tuesday, December 13, 2022

TIPS SEDEKAH TANPA WANG

 Assalamualaikum


Antara tips sedekah tanpa wang

Pertama

Sedekah dengan hati

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.  Sabda Rasulullah saw, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang tulus, ia berkata "Seandainya aku memiliki harta nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si Polan (golongan yang diberi harta dan ilmu)." Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Riwayat al-Tarmizi)

Kedua

Sedekah dengan lisan

Berzikir.  Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda dengan maksud" Setiap tasbnih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil juga adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah." (Riwayat Muslim)

Ucapan yang baik.  Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Perkataan yang baik adalah sedekah."  (Riwayat al-Bukhari).  Beri dan jawablah salam,. Ajak manusia kearah kebaikan dan cegahlah kemungkaran.  Berlemah lembutlah ketika berbicara.  Jangan sampai menguris hati orang lain.

Ketiga

Sedekah dengan perbuatan

Senyum.  Sabda Rasulullah saw mafhumnya "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."  (Riwayat al-Tirmizi)

Solat,  Solat adalah sedekah untuk diri sendiri.  Berjalan ke masjid juga sedekah.

Puasa sunat.  Juga adalah sedekah untuk diri sendiri.

Manusia mempunyai 360 sendi dan sedekahnya ialah Solat Dhuha dua rakaat setiap hari.

Membuang atau mengalih objek yang menghalang jalan

Membersih dan menjaga kebersihan masjid

Menolong insan yang memerlukan

Mendamaikan dua insan yang sedang bergaduh

Menunjukkan jalan pada orang yang sesat atau buta

Memberi makanan atau minuman pada haiwan

Mengajarkan ilmu

Menanam apa jua pokok atau tanaman kemudian, kemudian dimakan oleh makhluk Allah

Jom kita bersedekah.  Mulakan dengan ahli keluarga yang terdekat dan diri sendiri


No comments:

Post a Comment