Sunday, December 11, 2022

SEDEKAH

 Assalamualaikum

ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI 

Setuju?

Ramai yang sibuk memikirkan dan mementing bagaimana untuk mendapat... bukan  memberi

Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan.  Tetapi kita perlu ingat hidup ini bukan untuk bersaing tetapi untuk saling berkongsi.  
"We are here to complete not to compete"

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak "memiliki" tetapi kerana banyak "memberi".  Jesteru itu ALLAH swt itulah zat yang paling kaya, Yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang paling banyak memberi

Intailah hari-hari yang berlalu, dalam kehidupan sehari-hari.  Kita akan lebih ceria dan bahagia pada hari kita "memberi" berbanding "menerima".

Sedekah mengandungi pelbagai hikmah dan ganjarannya cukup besar sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Untuk merasa gembira, gembirakanlah orang lain.  Walaupun sekadar kita senyum,

Bila kita senyum automatik kita berasa gembira dan dapat juga mengembirakan orang lain.  Sedekah 
paling mudah namun tinggi nilainya,   Senyum-senyumlah selalu..

Kalau rasa harta yang kita miliki atas usaha kita, kita yang penat fikir, penat kerja,, namun semuanya atas ehsan dan rahmat Allah maka kita berjaya. Tanpa izin Allah, maka semua anggota badan dan pancaindera tidak akan berfungsi.  Tanpa izin Allah, rezeki tidak datang menjengah.  Maka setelah Allah memberi, sebagai tanda syukur keluarkanlah zakat dan bersedekah.  Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata Nabi saw bersabda "Tidak belalu hari-hari tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun 2 malaikat yang berdoa. " Ya, Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (menderma atau bersedekah) hartanya"  Sedangkan malaikat yang kedua berdoa, "Ya Allah binasakanlah harta orang yang bakhil."" Riwayat al-Bukhari no 2383

Amalkan sikap "memberi" dalam kehidupan kita.  Tangan yang menghulur mawar pasti berbau harum.

Salah satu sifat wajib bagi baginda Rasulullah saw ialah tabligh, menyampaikan,  Bukankah sifat ini sangat rapat dengan sikap "memberi"?  

Kita kurang harta  tapi kaya ilmu yang boleh memberi manfaat dan dimanfaatkan.  Kongsilah.  Cara baiki benda yang rosak, cara memasak, cara menjahit, kraftangan, ajarkan ilmu akhirat, Qiraati, ajarkan ilmu dunia, Matematik, Sains dll,  ajarkan ilmu 'survival', ajar ilmu perniagaan dan bermacam2 ilmu lagi.  Semoga boleh menjadi amal jariah untuk kita juga kelak.

Berikan masa lapangmu pada yang memerlukan.  Ziarah menziarahi.  Eratkan silahturrahim.  

Berikan masa mudamu pada jalan mencari keredhaanNya.  Sebarkan dakwah dalam pelbagai cara.  Semasa kita masih bertenaga.  Bantu seramai mungkin.  Sesungguhnya dengan memudahkan hidup orang lain, Allah akan permudahkan hidup kita juda, inshaAllah.  

Tiada harta, tiada ilmu untuk dikongsi.  Tapi pandai memasak.  Cuba masak lebih sekali seminggu dan berikan pada jiran2, rumah anak yatim, gelandangan dll.  Terutama memberi makan untuk mereka berbuka puasa.

Tak pandai memasak.  Ada baju2 lama yang masih elok, tapi terperosok dalam gerobok. Boleh sedekah pada yang memerlukan.

Berilah salam.  Jawablah salam.  Kita saling "memberi" doa demi kesejahteraan saudara seislam kita.  Perbanyakkan berdoa untuk mereka, pasti doa2 yang baik ini akan berbalik kepada kita juga.

Memberi makanan atau minuman pada haiwan.  Jangan aniaya mereka.

Memberi ucapan yang baik.  Memberi nasihat atau teguran dengan cara berhemah.  Jaga perasaan orang lain. Riwayat al-Bukhari. Rasulullah bersabda "Perkataan yang baik adalah sedekah,"  Umat Rasulullah amat beruntung kerana Allah memberi teguran dengan cara yang halus, kalau kita tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku pada kita dan orang sekeliling, maka rugilah kita.  Kaum Nabi yang terdahulu, Allah langsung turunkan bala.  Jadi patutkah kita berkata2 atau memberi nasihat serta teguran secara kasar?

Menurut Imam Ibnu Qayyim, amalan sedekah dengan niat ikhlas kerana Allah akan menjadi penyebab hadirnya perlindungan Allah daripada bala bencana.Kata beliau: “Sesungguhnya bersedekah itu ada pengaruh yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, meskipun ia dikeluarkan oleh seseorang yang berbuat dosa, zalim ataupun kafir.”

Beliau selanjutnya menjelaskan: “Sesungguhnya Allah akan melindungi seseorang daripada musibah dan malapetaka kerana sedekah yang dilakukannya.”

Jom 'MEMBERI", cara kita.  janji ikhlas. Mulakan dengan ahli keluarga kita.

No comments:

Post a Comment