Saturday, December 10, 2022

KISAH RASULULLAH -1

 Assalamualaikum


Rasulullah selalu berlapar

Kchik menulis sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga anak2 yang sokmo lapar ja ha ha,  bila gemuk dah kalut nak diet.  IF la, jogging, zumba..  dah banyak penyakit datang kena rajin ziarah doktor... satu lagi kesan makan banyak ni, kchik perasan pada keluarga sendiri la, jadi malas nak gerak, malas nak buat pa2 pun...


Aisyah r.ha berkata "Tidak pernah keluarga Rasulullah saw kenyang makan  roti gandum 3 hari berturut-turut sejak beliau datang ke Madinah sehingga beliau meninggal dunia."

Suatu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn Al-Najjar  daripada Abu Huurairah r.a dia berkata : "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika baginda tengah solat duduk, maka aku pun bertanya kepada baginda, apakah engkau sakit?"  

Jawab Baginda: "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihat keadaan baginda itu,  Baginda merasa sedih melihat aku menangis lalu baginda berkata " Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."


No comments:

Post a Comment