Alahai Kchik selalu sibuk… banyak sibuk dengan hal dunia
Itu yang sedihnya.
Dikesempatan balik kampung tu la Kchik kemas apa yang patut. Terjumpa koleksi kaset ceramah2 milik arwah ayah mertua. Dalam perjalanan balik ke mari, (kchik thn ni raya dengan abah..mak kan bau ja meninggal) Kchik pasang satu kaset ceramah. Aduh… menangis sepanjang jalan dah tak malu dengan pemandu2 lain yang dok pandang2. Anak2 pun join sekali..(terkesan sama dgn ceramah tu ka atau kesian tengok ummi dema nangis sedu sedan)
ceramah tu terkena betul dengan batang hidung Kchik yang banyak lupa mati dan sibuk dengan urusan dunia yang akan Kchik tinggal juga akhirnya.
Ada banyak kisah teladan yang kchik nak kongsi dengan sahabat seislam semua.
1. Kisah seorang alim penjual kain, musafir untuk menjual kain. Berjalanlah Si Alim hingga tiba waktu maghrib tidak juga ketemu perkampungan. Berjalan lagi. Malam kian lewat, akhirnya setelah penat berjalan Si Alim ambil keputusan untuk bermalam sahaja di situ.
Tanpa Si Alim ketahui di situ ialah kawasan kubur. Dalam tidurnya, Si Alim berjumpa dengan 2 orang penghuni kubur.
Yang sorang ni huh bercahaya kuburnya, nampak bahagia dia di alam kubur. Yang sorang lagi ni compang camping pakaiannya asyik mengutip-ngutip sesuatu di tanah. Lalu Si Alim bertanya pada orang yang kedua ni, dok kutip apa? Dia menjawab dia asalnya seorang hartawan, anaknya ramai lelaki. Tetapi dia tidak asuh dengan didikan agama hingga mereka hanya nampak harta dunia sahaja. Sampaikan semasa hayatnya lagi mereka sibuk berbincang sesama mereka apa bahagian yang bakal mereka dapat. Siap bincang depan dia yang terlantar sakit. Sedih2 kalau dapat anak macam ni… bila dia meninggal dunia tak sorang pun anak dia yang solatkan jenazah dia apa lagi mandi atau kapankan dia. Mereka sibuk membahagi harta ikut nafsu mereka sahaja. Dia yang di dalam kubur anak2 tak ingat pun. Jadi dia dok kutip la doa-doa yang ditabur oleh malaikat. Doa-doa ni kiriman semua umat islam yang baca doa contoh :“ ampunkan doa semua muslim dan muslimat yang masih hidup atau yang meninggal dunia”. Malaikat akan tabur doa yang umum tu dan pakat kutip la sorang sikit. Lalu dia pesan pada orang alim tu supaya cari anak2 dia dan ingatkan mereka tentang ayah mereka yang tengah susah gelap gelita di alam kubur.
Si Alim bertanya pula pada yang pertama tu kenapa nampak dia senang lenang dalam alam kubur. Jawabnya dia ada seorang anak yang soleh yang selalu mendoakannya.
Terjaga dari tidur si alim ni tak jadi nak berniaga dia bersungguh mencari anak2 lelaki no 2 tu ikut petua yang diberi. Bila dapat berjumpa, lantas Si Alim menceritakan keadaan ayah mereka lalu mereka semua insaf.
Si alim juga pergi mencari anak lelaki no 1 ni. Dia jumpa anak tu tengah jual air sambil mulut dia komat kamit. Si Alim lalu bertanya, kenapa ya sambil berniaga mulut anak komat kamit? Saya bacakan surah2 al quran yang saya hafal untuk saya sedekahkan pada arwah ayah saya. Saya sibuk jadi sambil berniaga ni la saya curi masa berdoa dan bersedekah untuk ayah saya. Si Alim lantas beritahu yang ayahnya sedang bersenang lenang kerana amalan anaknya ini.
Tak lama kemudian si alim ni mimpi lagi… dalam mimpinya orang no 2 ucap terima kasih sebab sedarkan anak2nya dan mereka sekarang tak berhenti mengirim doa dan sedekah buatnya.
Manakala Si Alim lihat orang no 1 pula kini sibuk mengutip-ngutip di tanah. Lalu Si Alim tanya kenapa? Jawabnya anaknya yang soleh telah meninggal dunia jadi tiada siapa lagi yang kirim doa dan sedekah khusus buatnya.
Sedih… sedih sangat Kchik takut Kchik pun akan lalai nak doakan kedua ibu bapa kalau asyik kalut ngan urusan dunia…
Kchik sedih… sedih sangat takut anak2 Kchik pulak tak ingat nak doakan Kchik bila Kchik mati nanti… masa hidup ni sokmo2 ingatkan dema doakan arwah abah..kalau kchik dah mati adakah mereka akan doakan ummi abah sendiri tanpa disuruh2???
apa iktibar Kchik dapat? didik anak supaya jadi anak yang soleh… jangan dok kalut anak dapat 5A UPSR tapi tak pandai mengaji, tak reti solat. Biar imbang dunia dan akhirat.
apa iktibar yang kchik dapat?? pastikan perbanyakkan amal jariah...pahala yang berterusan..

Bersambung….
No comments:
Post a Comment