Kisah kedua ni penceramah tu cerita pasal Nabi Isa a.s lalu di tepi kuburan dan baginda terdengar suara seksaan yang teruk dalam kubur seorang hamba Allah ni. Baginda lalu berdoa pada Allah, nak bangkitkan si mati sebab nak tanya apa amalan dia semasa hidup. Dengan izin Allah, Nabi Isa a.s. menghentak kakinya 3 kali di atas kubur,
kubur itu pun terbuka dan keluarlah si mati dengan api yang menjulang2 tinggi. Lalu Nabi Isa a.s pun tanya…kamumasa hidup tak sembahyang ya? Solat katanya.. kamu berzina? tidak…jawabnya.. Kamu membunuh? Kamu ambilrasuah? Kamu mencuri? Semua tidak saya buat jawab si mati.. malahan saya jaga solat dan kehidupan saya agar baik selalu.
Jadi apa yang kamu buat sampai kamu diseksa di alam kubur dengan seksaan yang begitu dasyat?
Saya berkerja mencari kayu api di hutan yang tiada tuan.
Jadi rezekinya halal… apa masalahnya? respon Nabi Isa a.s.
Pada satu hari sedang saya makan datang seorang pembeli mahu membeli kayu api. Dibayar
semua duit lalu dia pulang. Saya makan sampai habis lepas tu pergi menghantar kayu.
Dalam perjalanan saya rasa ada benda melekat di celah gigi saya. Saya cuba keluarkan dengan lidah saya tapi tak berjaya. Korek dengan jari pun tak berhasil.. apa saya buat.. saya cungkil sikit kayu api tu buat pencungkil gigi. Alahai besar mana sangat la serpih kayu tu. Dah cungkil celah gigi, kayu tu pun saya buang. Terus saya hantar kayu dan tak ingat apa-apa dah lepas tu.
Hidup la saya macam biasa sampai saya mati,
malaikat tanya ada tak saya mintak halal serpih kayu tu sebab dah termasuk dalam barang yang
telah dibayar oleh orang yang datang rumahnya dulu.
Hanya sebab tu sahaja saya diseksa 70 tahun dalam kubur… Na’uzubillah…..
berapa banyak barang yang kita lupa nak mintak halal..
Kchik risau diri Kchik…tu yang menangis tu… takut ada benda sekolah yang dah terbuat reta…pen ka kertas ka?
Bekas2 makanan yang jiran2 kasi ada yang lupa nak balas bekas… simpan2 sampai buruk,
mengemas rumah pi buang tak mintak halal.
Barang2 pinjam kira pinjam terus,
CD yang ulang tengok sampai calar,..dah tak tengok buang pun tak mintak halal…
makan minum…
hutang piutang dengan orang yang dah mati…
ish2 takut nak senarai…
banyak benda yang Allah pandang besar tapi Kchik pandang remeh…
Kalau ada barang atau hutang yang Kchik belum pulangkan atau langsaikan, tolong ingatkan Kchik atau HALALkan ya….
No comments:
Post a Comment