Assalamu’alaikum.
Kali ini kchik nak kongsi stu info yang kchik dengar dari cd ustaz shamsuri.
Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Pemimpin yang adil. Tak kira la pemimpin persatuan2, imam ka, suami (pemimpin keluarga), pengerusi2 organisasi, pengarah2 syarikat hinggalah ke perdana menteri dan Agung.
2. Pemuda/ Pemudi yang taat kepada Allah sejak kecil. Susah nak cari remaja yang mahu kepada islam. Sebenarnya orang yang paling bertuah ialah remaja yang faham dan amal islam berbanding dengan org tua mcm kchik ni yang zaman muda banyak lalai, dah tua ni baru nak insaf jadi pahala yang dikutip tentu dah tak sama dengan pahala yang remaja tadi dah kumpul sekian lama.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid. Lelaki macam ni pun dah payah nak jumpa, kalau ada cepat2 rezab buat calon menantu he he.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”. Begitu juga sebaliknya dengan perempuan yang menolak zina. Sedih sungguh sebab orang l, ramai yang p cari zina, menolak payah la…
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya. Huh la ni cek2 semua besar pintu…
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil berlinangkan airmatanya. Kchik rasa la orang yang susah nak menangis bila dengar azab Allah, hati dia dah jadi keras. “Ya Allah Kau golongkan aku dalam golongan yang takut kepada MU. Amin.”
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kita semua kena cuba jadi mana2 satu golongan di atas. Tak boleh semua, satu pun jadi la… Jangan tak masuk senarai langsung kelak menyesal pun dah tak berguna.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment