Wednesday, November 2, 2011

Ya Allah berilah hambaMu ini kekuatan

Assalamu'alaikum

Kchik sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati kchik dengan diri kchik ini.  Semoga Allah terus bimbing kchik ke jalan yang benar dan tidak berhenti memberi hidayah.

Kakchik ni memang mengumpul macam2 bahan bacaan yang menjurus kepada menambah ilmu islam di dada, buku kulit keras, nipis, majalah2, novel islam, mcm2 la kiranya. Bab membaca ni memang tak da masalah, semasa lapang di rumah, masa menunggu dalam kereta, menunggu anak yang masuk wad, sambil jaga exam budak preksa.. huh kira ulat buku sungguh.. kadang2 baca tu sampai nangis2 menyesal dengan keadaan diri yang terlalai.

Tapi yang kchik geram tu ialah keinsafan tu masa baca ja... lepas tutup buku macam tu juga la kchik ni... kesedaran cukup banyak tapi kekuatan nak beramal tu cukup lemah... Takutnya Allah marah sungguh pada kchik.  Tolonglah doakan agar kchik kuat untuk mengamalkan apa yang kchik baca demi kejayaan keluarga, masyarakat dan negara mencari redha Allah. Berilah Allah kekuatan padaku untuk melawan nafsu malasku dan godaan syaitan yang memang patut direjam.

Wassalam.

Saturday, October 22, 2011

perkuburan baqi'

Assalamu'alaikum.

Takjub bila kakchik, suami dan ibu mertuaku menziarah kawasan perkuburan baqi'.  Semua isteri2 Rasulullah dikebumikan di sini kecuali Syaditina Khadijah r.a.  Sempoi habis.  tak tau sapa penghuni kubur tu.  takda batu nisan berukir, kepok kubur yang bersimen, makmar dsbnya.  MasyaAllah.




















gambar ni fokus dekat jadi kachik upload gambar ni dari laman blog http://abunuha.wordpress.com/2010/03/25/perkuburan-baqi/.  Terima kasih.  Semoga Allah memberkatimu.






Saturday, October 1, 2011

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah

 Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan, alah kalau buat jahat boleh bertaubat, bukankah Allah Maha Pengampun.. 
Hidup bila tak tenteram atau bala turun, musibah yang menimpa semuanya berpunca dari diri sendiri.  Hubungan kita dengan Allah? Dengan ibu bapa?  Dengan ibu bapa mertua?  Dengan suami atau isteri? Dengan anak2? Dengan jiran tetangga? Mesti ada cacat cela di mana2, kena MUHASABAH DIRI dan buat pembetulan di mana perlu.

”HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

 “Pastikan hubungan dengan Ibu Bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.  Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.  Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.  Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita..

”USAH DERHAKA KEPADA MENTUA.

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah,  kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
“Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

MUHASABAH DIRI

Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah

Kchik cuba nak baiki diri... nak cuba jadi lebih baik dari semalam... payah... nampak gaya semakin menurun iman... kena buat sesuatu agar 'graf' iman meningkat semula... TAKUT.. menurun tak naik2.

Geram dengan diri sendiri yang cepat sangat nak cari kesilapan orang.  Contoh bukak facebook yang entah berapa lama tak bukak, tengok gambar2 yang dipostkan huh kus semangat... hati dan mulut cepat nak beri ulasan...

Tapi cepat2 juga istigfar... yang kchik kutuk2 tu kawan2 kchik juga... kalau kchik ni rasa kchik ni kawan dema... kchik kena tegur kena perbetulkan mana yang silap.. mungkin mereka terlalai... kita semua kerap terlalai kalau orang tak tegur, asyik berasa diri ni betul hingga orang tergur baru tersedar.  dema nak ikut nasihat kita ni terpulang, sekurang2nya kita dah ingatkan.

Ada juga rakan2 yang hantar bahan2 yang sangat berfaedah dan islamik, contohnya bab menutup aurat dsbnya... pun kchik kutuk gak sebab dema ni hantar bab muslimah sejati bab aurat dsbnya tapi gambar2 dema tu tak islamik langsung... tapi cepat2 juga kchik istighfar sebab nak berdakwah ni kalau tunggu diri dah cukup sempurna sampai bila2 pun kita tak akan menyampaikan walau satu ayat,  Kchik doa biarlah apa yang mereka tulis menjadi dorongan kepada mereka untuk berubah untuk berhijrah..

Tengok orang mengaji quran, berzanji tapi tutup aurat tak sempurna pun kchik kutuk... tapi hakikatnya kchik yang kononnya nak tutup aurat sesempurna mungkin pun tak mengaji quran hari tu dan sebenarnya dah seminggu tak bukak quran pun - alasannya sibuk...

Pesan kchik pada diri sendiri dan juga semua, janganlah cepat kita menunding jari kepada orang yang pasti 4 lagi jari menunding kepada kita yang juga tidak lari dari berbuat dosa.  Muhasabah diri, maafkan orang yang berdengki dengan kita dan kita pula jangan berdengki dengan orang.

Jangan bukak aib orang, pasti Allah jaga aib kita.

wallahu'alam
Wassalam.
Semoga bermanfaat.

Thursday, September 1, 2011

PETUA DAN TIPS ELAK MENGANTUK DI PEJABAT

Assalamu'alaikum

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.
1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.
2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap ebrsolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.
3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon
4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula
6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar..

wallahualam

Sunday, August 14, 2011

TIPS UNTUK HIDUP AMAN DAN BAHAGIA

Assalamu'alaikum.

Ini satu lagi artikel yang kchik nak kongsi dengan pembaca.  Sekali lagi kchik pesan pada semua kalau kchik tersasar tolong betulkan ya..




1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan
Dua hal ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi. Dan kebanyakan hal-hal yang anda khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi. It’s all only in your mind. Suamiku ada perempuan lain ka?  Kita yang dok reka2 idea dalam kepala, takut tak tentu pasal, lama2 kita percaya idea yang kita sendiri reka dan berlakulah perbalahan kita suami isteri…   

2. Buanglah dendam
Yaa, kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut tenaga dari diri anda dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa korang. Buang sahaja! Orang yang paling baik akhlak ialah yang memaafkan orang sebelum tidur.  Kita akan jadi tenang dan kurang datang penyakit2 darah tinggi, stress dan sewaktu dengannya.  Kalau ada silap2 sikit, jangan berdendam... dema pun manusia biasa macam kita, apakah kita ni tak da buat silap???

3. Berhentilah mengeluh
Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada. Secara tidak sedar, anda telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat. Ada seorang tua ni mengeluh TAK TAU nak makan apa tengahari ni… Ya Allah kat Somalia ada orang yang TAK ADA apa nak di makan hari ni dan esok2 hari… Kalau hari ni kita dapat rezeki RM5 ja, pun syukur sebab ada orang yang xdapat apa2 pun hari ni… kalau hari ni kita sakit lutut tak boleh nak gerak2, syukur sebab dah 42 tahun Allah beri kita kemudahan bergerak ke sana ke mari… Allah tarik nikmat bergerak 1 hari ja..  Dapat suami malas tak tolong kita di rumah, jangan mengeluh... sekurangnya suami kita tak panas baran, sepak terajang kita atau paksa kita jadi jalang...

4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu
Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam hal sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar.  Lelaki ni nampak macam tenang macam tak dak masalah, tapi sebenarnya kepala berserabut berselirat urat2 otak.. jadi kalau kita boleh selesaikan masalah, kita cuba dulu... satu persatu... insyaAllah semua akan beres.  Kita bukan Super Mak yang boleh selesai semua masalah dalam 1 hari... kalau dah buntu baru la minta tolong suami...

5. Tidurlah dengan nyenyak
Semua masalah yang timbul tidak perlu di bawa ke bilik tidur. Bila bincang masalah atas katil... perang dingin mula berlaku maka tidurlah kita dalam keadaan suami marah maka malaikat pun melaknati kita sepanjang malam.   Hal tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai.  Besar mana pun masalah, esoik2 ja la bincang, malam2 peluk dan gengam tangan suami erat2... kasih sayang pun bercambah, dosa pun gugur celah2 jari...

6. Jauhi urusan orang lain
Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya melainkan orang meminta pandangan kita kalau tidak tak payah meyibuk2. Kekadang dema tak mau kita tahu masalah dema. Begitu juga suami kadang2 kita tau dia banyak masalah, jangan kita paksa2 dia kongsi dengan kita, insyaAllah dia akan crita juga tapi biar dia ambil masa dia untuk mula bercerita. 

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu
Nikmati masa lalu sebagai kenangan. Janganlah bergantung padanya. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan kelmarin dan bukan esok.  Kalau kita asyik mengenang peristiwa2 lampau kita tak boleh maju ke hadapan.  Kenanglah walaupun setahun lagi ia tetap akan jadi kenangan dan kita MEMANG dah tak boleh nak ubah2 apa2pun, kalau kita dah buat silap kita jadikan iktibar, sempadan atau tauladan supaya tidak diulang kesilapan. Yang penting hari ini, manfaatkan sebaiknya dalam mencari redha Allah kerana esok belum pasti…mungkin kita mati esok.
Jadi berbaktilah pada suami dan keluarga kita sebaiknya hari ni.  
8. Jadilah pendengar yang baik
Ketika menjadi pendengar, anda akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain.  Kalau kita menyampuk suami kita tengah bercakap, tengoklah tentu lepas ni dia tak mau kongsi masalah dia ngan kita lagi...

9. Berfikirlah positif
Rasa tertekan/tension adalah dari fikiran negatif. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.  Semua yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya.  Allah tidak pernah buat kerja yang sia2 atau menyusahkan hambaNya.  Kita hanya boleh merancang, Allah yang tentukan.. tak semua yang kita rancang atau idamkan akan menjadi milik kita…

10. Bersyukurlah
Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang membawa anda pada hal-hal yang besar. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal yang besar dan selalu membawa anda kepada KEBAHAGIAAN saat anda sedang bersyukur.  Kalau hari ni suami kita bawak balik ikan masin, dah lama kita makan ayam dan daging, sesekali tukar selera.
... Alhamdulillah sekurang2nya kita masih diberi nikmat makan dan rezeki makanan…Kalau dapat suami tak berapa hensem, syukur berbanyak2 sekurang2nya kurang sikit kerisauan perempuan lain nak goda suami kita... yang paling penting syukur sekurang2nya kita ada suami, ada orang sampai sekarang masih mencari2...

Wallahualam.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Thursday, August 4, 2011

CINTA TANPA SYARAT


Assalamu’alaikum.
Artikel kali ini kchik cuba nak kupas sendiri (pendapat kachik semata2 – kalau tak betul tolong betulkan) topik kebahagiaan dalam rumahtangga.
Kakchik rasa semua suami atau isteri sayang pasangan masing2 tapi cuma kita tak pandai mempamerkan kasih sayang menyebabkan pasangan kita terasa macam tidak disayangi dan dihargai.
Rasulullah pernah menegur seorang sahabat apabila sahabat itu memberitahu nabi akan rasa sayangnya ke atas seorang sahabat yang lain. “Sudahkan kamu memberitahu sahabat itu tentang rasa kasihnya” “Belum Ya Rasulullah s.a.w. .” Rasulullah pun bersabda: “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.”
Sahlah kita kena menyatakan kasih sayang kita pada pasangan kita, anak2 kita tak kiralah dalam bentuk lisan, perbuatan atau sikap kita.
Tanpa sebuah persefahaman juga, tidak mungkin istana yang di bina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 42 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan. Kita kalau sayang pasangan kita dan anak2… kena selalu doakan kesejateraan, kesihatan, dimurahkan rezeki dan ketenangan hati mereka walaupun mereka tak tahu. Biarlah hanya Allah yang tahu lagipun yang memakbulkan doa kita hanyalah ALLah. Kalau kita ikhlas dalam doa kita tanpa syarat, insyaALlah doa kita kan makbul… pasangan kita akan lembut hati untuk membalas kasih sayang kita itu.
2. Patuh ajaran agama. Tentu dah. Tanpa mendalami agama pastilah kebahagiaan tak mungkin dicapai. Anak2 akan jadi derhaka, jauh sekali nak jadi anak yang soleh. Pasangan kita mungkin tidak akan menjalankan tanggungjawab masing2 dan menunaikan hak yang sepatutnya.
3. Murah dengan pujian. Tujuh kali puji dan satu teguran. Anak2 yang membesar dengan pujian2 dan nada positif akan menjadi anak2 yang berjiwa besar, bersemangat dan yakin dengan kebolehan diri. Pasangan pun akan rasa masih membuahkan rasa sayang dalam diri. Tapi nak puji ni kena betul ‘timing’, tempat dan nada… silap2 dema kata kita perli la pulak.
4. Murah dengan khidmat. Rasulullah insan paling hebat, kekasih Allah, pemimpin tersohor tapi baginda masih berkhidmat pada isteri baginda. Kalau semua pasangan saling tolong menolong pasti urusan rumahtangga dapat diselesaikan segera, maknanya banyak masa terluang untuk berinteraksi dengan anak2 dan pastinya dengan pasangan kita.
5. Murah dengan belaian kasih sayang. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa. Beri hadiah pada hari lahir pasangan dan anak2, beri hadiah bila pasangan kita berjaya, beri hadiah pulang dari musafir … salah satu cara tunjuk kasih sayang… mereka akan berasa mereka itu sentiasa dalam ingatan mereka
6. Murah dengan sentuhan. Ini sangat besar impaknya. Kalau anak kita berjaya, kita tepuk belakang dia tanda bangga, pasti dia teruja. Kalau anak kita tengah sedih dan kita peluk dia meredakan sedihnya, pasti dia akan rasa selamat dan masalah akan mudah diselesaikan. Begitu juga kalau kita belai pasangan kita contoh rambut isteri semasa masak, rasa hilang letih memasak tadi.
7. Mencari kebaikan pasangan. Alah kita ni pun bukannya bagus sangat… amboi kalau asyik nak cari salah orang payahlah hidup. Redha dengan pasangan kita.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. Banyakkan bergurau dan bermesra. Hidup ni kalau serius sangat pun tak seronok, tapi kalau asyik bergembira pun takut gak takut terlalu seronok lupa pada Allah. Jadi berpada2. Lawak tu biar ‘pandai’ jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. P Ramlee pernah nyanyi lagu lagikan lidah sering tergigit inikan pula suami isteri. Bergaduh ni biasa tapi akan jadi luarbiasa kalau kita turut si syaitan durjana. Isu kecik boleh jadi tsunami…
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. Kita banyak sejarah dan ada sejarah yang kita tak mau kongsi atau belum bersedia nak berkongsi dengan pasangan kita. Tentu pasangan kita pun mcm tu gak, jadi tak yah lah nak korek2 sangat hal peribadi dia.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. Jangan syok sendiri… Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur. Ini perkara yang kena di pupuk. Kita ni kalau bab tegur orang cepat sungguh walaupun orang tu tak mintak pun pendapat kita… tapi kita boleh ke terima teguran orang??
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara. Ini kchik pernah buat ngan anak2. Kebetulan suami ajak balik kampong minggu depan tapi memang amalan kchik suka ‘pack’ baju awal. Malam tu anak2 buat hal sungguh mencabar kesabaran. Kachik saja ambil beg dan kunci kereta. Pakat mai pegang kaki merayu ummi jangan pergi, janji nak jadi anak soleh solehah dan macam2 janji… sedih sungguh tengok dema tu tak sangka taktik kchik berjaya… baik perangai bertahan la seminggu dua pas tu balik ke keadaan asal…tapi dengan suami tak pernah la ugut2 nak tinggal. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. Hidup di dunia ni walaupun fana tapi kena di jalani sebaik mungkin buat mencari bekalan akhirat kelak. Jadi kena jaga kesihatan agar boleh member ‘servis’ terbaik buat keluarga. Jaga amalan kita, rezeki yang kita cari biar halal dan diredhai.
15. Tolak-ansur. Alah mana ada orang yang sempurna. Jadi kalau ada yang kita tak suka tapi pasangan kita suka, layan ja … pasti dia akan hargai.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan. Kchik pernah tanya seorang anak murid cara didikan ibu bapa dia sampai dia jadi seorang anak yang baik. Kchik nak praktikkan pada anak2 kchik. Dia kata dia anak nelayan. Pergi ke laut tu biasa. Satu hari dia nak ke laut, mak dia betul2 menegah.. dia pi gak, belum jauh tiba2 laut jadi bergelora… dia kata memang pasti karamlah… tapi Allah menyelamatkannya. Lepas tu dia dah tak berani lawan cakap mak dia…
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata. Kchik pernah dengar yang kalau terlalu kaya atau terlalu miskin pun boleh membawa kepada kekufuran. Jadi bersederhanalah kita. Ingat semua harta benda bukan boleh bawa masuk kubur pun tapi jangan sampai tak harta sampai kena meminta2.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan. . Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.. Elakkan salah pasangan.. Cari titik pertemuan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. Dulu suami jenis ‘tak pot’ tentang makan2 ni janji tak haram, tapi sejak kchik dapat kesedaran dari Allah agar jaga halal haram sebetul2nya, dia pun dah pandai belek ‘ingredient’, boikot produk2 yahudi… anak2 pun macam tu gak
20. Sanggup berkorban buat pasangan. Berkorban pun kena ada had dan kalau kita tak ikhlas… satu hari pasti ngukit dan pada masa tu habis semua pahala yang dikutip.
21. Menghormati pasangan. Kadang2 pendapat anak2 atau pasangan kita boleh pakai juga.. walaupun mereka lebih muda dari kita atau tak setaraf tahap pendidikan tak semestinya mereka tak da hak nak beri pendapat.
22. Berasa amat beruntung mendapat pasangan yang ada(dan nyatakan). Kchik ingat masa kachik jatuh moto, masa tu tengah sarat mengandung 7 bulan anak sulung pulak tu… suami menangis sampai kena berhenti tepi jalan ‘on the way’ ke hospital. Dia kata dia rasa bersalah sebab biar kchik naik moto tengah sarat2 ni. Ish sayangnya dia pada kchik.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai. Bila dah sah jadi suami isteri buatlah apa yang suka, cuma hati2 dengan batas seksual yang diharamkan.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan dan sifat semula jadi pasangan.
Semua orang dilahirkan unik… mana ada yang serupa… anak2 kita yang 8 orang pun lain2 perangai setiap satunya… kena pandai tangani perbezaan ni dengan bijak… macam tu juga dengan pasangan kita
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. Orang yang paling tenteram jiwa bila dia tak berdendam. Apa yang berlaku di dunia ni semua dengan izin Allah s.w.t jadi sapalah kita nak marah2… maknanya kita marah ALLah sebab buat pasangan kita macam tu.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan. Kalau cemburu membuta huh boleh sengsara… hidup tak tenteram asyik fikir pasangan kita dok buat apa, sembang dengan sapa. Dok main kayu tiga dengan kita ka… Percayalah pasangan kita 90% agar hati kita lebih tenang. Doakan agar Allah sentiasa tetapkan pasangan kita di jalan yang benar lebih baik dari berburuk sangka dan menerjah tak tentu hala.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan. Syaidina Ali r.a. pernah berkata “ tiada mana2 manusia hamba kepada manusia yang lain, kerana Allah jadikan kita merdeka.” Kalau kita ikhlas dalam semua tindak tanduk kita pasti kita tak merasa kita ni hamba kepada sesiapa.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar. Pakar motivasi pernah cerita dalam satu ‘talk show’ di tv, perabot rumah kena diubah kedudukan walaupun 1 cm setiap hari, bari ada kelainan dalam rumah. Begitu juga dalam rumahtangga, kalau dah 8 tahun kahwin tapi tiap isnin masak daging kicap, selasa sup ikan, rabu ayam goreng, khamis ikan goreng, jumaat gulai ikan, sabtu gulai daging dan ahad ayam masak halia. Rasa2nya…bukan pasangan ja tapi anak2 pun jemu sebab boleh hafal menu macam kat asrama la pulak. Belajar la resepi baru sekurangnya sebulan ada 3 4 resepi baru pun kira orait dah. Cari kelainan dan perubahan positif.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’ Jangan bagi peluang untuk syaitan menang. Bila kita marah kita mungkin kata atau buat perkara yang kita akan menyesal dan memburukkan lagi masalah… jadi tarik nafas dalam2, amik masa untuk fikir masalah tu dan jalan penyelesaian yang terbaik.
31. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah. Kadang2 bila dah lama hidup bersama, kita mula nak ‘take things as granted’ dan mula cuai dalam menjaga hubungan… kena selalu muhasabah diri adakah aku dah buat yang terbaik. Sentiasa berterus terang.
32. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati. Ini kalau dibiarkan boleh berkumpul setinggi gunung dan satu hari meletus dan habis semua disekeliling tertempias dan dukacita. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
33. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu. Semakin anak membesar makin payah nak sembang hal2 penting dan personal dengan pasangan, anak2 suka menyampuk. Jadi suami cadang kod ni (cara berdehem, 1 sekali maknanya… 2 kali maknanya…)
34. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
35. Lebih banyak memberi daripada menerima. Tidak terlalu mengongkong. Tidak meminta yang bukan-bukan.
36. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
37. Seimbangkan hubungan dari segi:
* Mental, pendidikan dan ilmu
* Emosi
* Fizikal dan ekonomi
* Sosial
* Spiritual
38. Tidak bertindak bersendirian.
39. Memberi peluang untuk berbeza:
* Pendapat atau pandangan
* Hobi
* Kegemaran
* Makanan
* Cita rasa
* Warna pilihan dan pelbagai
40. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga. Ini kita kena bincangkan dan tetapkan dari awal perkahwinan lagi.
41. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
42. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Apa2 pun kita kena ikhlas. Kchik selalu pesan dengan diri kachik, bila kchik mati pasti akan disoal akan tindak-tanduk kachik di dunia ni. Lulus ke tak...? jadi kachik cuba buat yang terbaik untuk suami dan anak2… kalau suami tak buat tanggungjawab dia, kita ingatkan dia, doakan dia dan selebihnya antara dia dengan Allah. Janji kachik lulus ujian tapi kalau boleh nak ajak semua masuk syurga sama2.

PESANAN BUAT SUAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... syukur alhamdulillah kerana di hari yang ceria ini kita semua masih lagi diberi nikmat oleh Allah SWT untuk hidup di atas mukabumi-Nya ini. Kchik terjumpa artikel yang menarik ini yang dikongsikan oleh seorang teman FB. Ianya pesanan untuk para suami dan kakchik tahu ada juga lelaki berstatus suami yang singgah membaca di blog kakchik ini. Para isteri pun boleh membaca pesanan-pesanan ini dan sama-sama berkongsi dengan suami. Insyaallah ini semua memberi manfaat kepada kita semua.

Bismillah.

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Para pembaca perempuan jangan seronok sangat nak cepat2 balik tuntut semua ni dari suami... yang paling utama kita memberi tanpa minta balasan insyaAllah suami kita juga akan memberi tanpa kita meminta. Kalau semua jalankan hak dan tanggungjawab masing2 insyaAllah aman hidup.
Moga Allah beri kita ketenangan dalam melayari hidup berumahtangga. Moga percintaan kita membawa kita ke Syurga. Moga bahagia kita boleh membahagiakan orang lain juga. Moga segala-galanya menjadi bekalan baik untuk kita ke akhirat.

Allahu'alam.

Monday, June 6, 2011

TIPS ATASI MARAH (RASA NAK MARAH)

Assalamu'alaikum

Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik & mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda
Langkah 1 ( Teknik 5 saat )
Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.
Langkah 2 ( Teknik 10 saat )
Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.
Langkah 3 ( Teknik 30 saat )
Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melegakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.
Langkah4 ( Teknik 45 Saat )
Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah itu, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.
Langkah 5 ( Teknik 60 saat )
Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, toleransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat muda untuk anda melihatkannnya. Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja anda atau di rumah, tampalkan di cermin solek anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah. Lihatkan kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahawa diri anda sebenarnya amat di hargai.