Thursday, May 5, 2011

ISTERI RASULULLAH – UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H

Assalamu'alaikum

Abu Sufyan Sokhr bin Harb dan Soffiyah binti abi Al-Ash sangat teruja bila mendapat seorang cahaya mata dalam tahun ke 24 sebelum Hijrah.  Toiada yang menyagka Ummu Habibah bakal menjadi isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 10.
Semasa beliau berhijrah ke  Habsyah bersama suaminya, suaminya meninggal dunia di sana.  
Nabi meminang beliau melalui Raja Najasyi.  Raja Najasyi telah membayar maharnya sebanyak 500 dirham. 
Beliau kembali ke rahmatullah dalam tahun ke-44 Hijrah, di Madinah

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Wednesday, May 4, 2011

ISTERI RASULULLAH – SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H.


Cahaya mata kepada Huyai bin Akhtab dan Barrah binti Samual sangat bertuah dapat menjadi isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 9.  Sebelum ini Safiyyah pernah berkahwin dengan Salam bin Mushkan dan Kinanah bin Rabie’. 
Safiyyah dilahirkan dalam tahun ke 10 sebelum Hijrah.  Dalam peperangan Khaibar beliau telah tertawan.  Baginda s.aw. kemudian membebaskan beliau dan dalam perjalanan pulang dari Khaibar, mereka menikah iaitu tahun ke 7 Hijrah.
Beliau sangat berlemah lembut dan bersikap benar dan tempoh perkahwinannya dengan baginda Rasulullah s.aw. adalah selama 4 tahun.
Dalam tahun ke 50 Hijrah di Madinan, beliau pulang ke Ramahtullah.

Al fatihah

ISTERI RASULULLAH – JUWAIRIYAH BINTI AL HARITH R.H.

Juwairiyah merupakan anak kepada Al-Harith bin Dharar, balu kepada Musafi bin Safwan dan juga tawanan perang Bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan kemudian menjadi isteri baginda yang ke lapan dalam bulan Sya’ban tahun ke 5 Hijrah dengan maharnya 400 Dirham. 

Beliau dilahirkan dalam tahun ke 16 sebelum Hijrah, berkahwin dengan Rasulullah selama 6 tahun sebelum wafat dalam tahun ke 56 Hijrah di Madinah.  Seorang yang kuat beribadat dan rajin berpuasa. 

Aishah r.h. pernah meriwayatkan “ Tidak aku ketahui seorang wanita yang paling besar keberkatan terhadap kaumnya melainkan dia.”

Al-Fatihah

ISTERI RASULULLAH - ZAINAB BINTI JAHSY R.H.

Seorang yang kuat beribadah dan paling banyak bersedekah dan meraikan orang2 miskin sehingga Rasulullah s.aw. pernah bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya Zaiban binti Jahsy r.h. adalah seorang awwah.  Sahabat2 bertanya apakah itu Ya Rasulullah?  “ Khusyuk dan rendah diri bila beribadah kepada Allah.

Zainab bin Jahsy r.h. merupakan balu kepada Zaid bin Harithah ( anak angkat Rasulullah) dan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan beliau bermaharkan 500 dirham dalam Bulan Zulkaedah, Tahun ke 5 HIjrah di Madinah merupakan perintah langsung dari Allah s.w.t.   Tem[oh Perkahwinan mereka ialah 6 tahun.

Isteri Rasulullah s.a.w. yang ke 7 ini adalah anak kepada pasangan Jahsy bin Riab dan Aminah binti abd. Mutallib  dilahirkan dalam tahun ke 30 tahun sebelum Hijrah di Makkah dan beliau wafat dalam tahun ke 20 Hijrah di Madinah.

Al-Fatihah

ISTERI RASULULLAH - UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H.


Anak kepada A-Mughirah (Abu Umayyah) dan Atikah binti Amir ini dilahirkan di Makkah, tahun ke 30 sebelum Hijrah. 

Dalam bulan syawal, tahun ke 4 Hijrah, Rasulullah s.a.w. menikahi beliau dengan harapan dapat memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka.   Tempoh Perkahwinan mereka ialah 7 tahun. 

Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang cantik paras rupa dan pintar.  Beliau juga merupakan wanita pertama yang berhijrah ke Habshah dan merupakan salah seorang ahli mesyuarat dalam Perjanjian Hudaibiyah. 

Isteri ke 6 baginda Rasulullah s.a.w. ini wafat dalam bulan Syawal tahun ke 60 Hijrah di Madinah.

Al Fatihah

ISTERI RASULULLAH – ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H.

Ayahanda dan bonda kepada isteri Rasulullah yang ke lima merupakan Khuzaimah bin Al-Harith bin Abdullah dan Hindun binti Auf.  Dilahirkan di Makkah dalam tahun ke-26 sebelum Hijrah.

Kerana memuliakan suami Zainab ( Abdullah bin Jahsy, suadara sesusu Rasulullah ) yang syahid dalam peperangan Uhud maka Rasulullah pun meminang Zainab dan mereka bernikah pada pengujung tahun ke 3 hijrah (ada juga yang mengatakan pada awal tahun ke 4 hijrah) di Madinah.  Perkahwinan mereka Cuma bertahan 2 hingga 3 bulan sahaja kerana beliau wafat dalam bulan Rabiul-Akhir tahun ke 4 Hijrah, di Madinah. 

Beliau digelar Ummu Masakin (ibu orang2 miskin) kerana sikapnya sangat penyaynag , perihatan dan kelembutan baginda terhadap mereka.  Beliau juga merupakan seorang lagi isteri Rasulullah yang meninggal dunia semasa hayat Rasulullah.

Al- Fatihah

Tuesday, May 3, 2011

ISTERI RASULULLAH – HAFSAH BINTI UMAR R.H.

Isteri ke- 4 baginda Rasulullah s.a.w. juga merupakan buah hati sahabat baik baginda iaitu Khalifah Umar Al- Khattab. r.a.  Bondanya, Zainab binti Mazh’un melahirkannya tahun ke-18 sebelum Hijrah di Makkah.

Untuk mengeratkan hubungan baik bapanya Saidina Umar Al-Khattab r.a. dan juga memuliakan suaminya yang syahid dalam Peperangan Uhud, maka dalam tahun ke 3 Hijrah Hafsah telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasih Allah baginda Rasulullah s.a.w.  dengan mahar juga 500 dirham dan perkahwinan mereka berlangsung selama 8 tahun dengan tiada zuriat. 

Hafsah semasa berkahwin merupakan balu kepada Khunays bin Hudhafah.  Beliau merupakan seorang yang pandai menulis dan berbahasa.  Pernah dalam tempoh perkahwinannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. beliau diceraikan oleh Rasulullah s.aw. namun datang Jibril memerintahkan rujuk.

Al- Fatihah

ISTERI RASULULLAH – AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H.


Isteri Rasulullah yang ketiga dilahirkan tahun ke -9 sebelum Hijrah di Makkah.  Beliau merupakan cahaya mata sahabat baik Rasulullah iaitu Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a  dan Zainab (Ummu Ruman) binti Amir bin Uwaimmir.

Rasulullah s.a.w. memilih Aishah untuk merapatkan hubungan baik dengan Saidina Abu Bakar r.a.  Dalam bulan Syawal, tahun ke 11 Kenabian ( tahun ke -2 sebelum Hijrah) di Makkah, ikatan pernikahan mereka termeteri dengan mahar 500 dirham juga. Tempoh perkahwinan adalah selama 13 tahun.  Dengan AIshah juga baginda tidak dikurniakan zuriat.

Aishah merupakan satu2nya isteri Rasulullah s.a.w.  yang masih dara semasa dinikahi baginda.   Beliau merupakan seorang wanita yang paling alim dalam pengetahuan agamanya.  Turun wahyu Allah khusus membersihkan beliau dari fitnah dalam peristiwa Hadith al-Ifki. 

Rasulullah selalu memanggil beliau dengan gelaran Umairah yang bermakna yang kemerah2an.  Rasulullah pernah bersabda: “Kelebihan Aishah r.h. berbanding wanita lain umpama kelebihan kuah (sup) dengan makanan lain.”

Saiditina Aishah r.h. wafat dalam bulan Ramadhan tahun ke -58 Hijrah, di Madinah.

Al-Fatihah.


ISTERI RASULULLAH – SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H.


Anak Kepada Zama’ah bin Qais bin Abd Shams dan Al-Shumus binti Qais bin Zaid  ini merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang kedua.  Saudah r.h. dilahirkan di Makkah, tahun ke- 68 sebelum hijrah. 

Rasulullah s.a.w. meminangnya selepas kewafatan Khadijah r.h untuk menjaga anak2nya.  Mereka mendirikan rumahtangga dalam bulan syawal tahun ke – 10 kenabian (tahun ke -3 sebelum hijrah) di Makkah dengan mahar sebanyak 500 dirham.  Tempoh perkahwinan mereka ialah 14 tahun.

Saudah juga seorang janda semasa Rasulullah s.aw. menikahi beliau.  Suami terdahulu ialah Al-Sakran bin Amru dan mereka dikurniakan 5 orang anak.  Namun perkahwinan antara beliau dengan Nabi Muhammad tidak dikurniakan zuriat.

Saudah merupakan seorang isteri yang pandai bergurau serta berjenaka dengan baginda Rasulullah.  Saudah binti Zam’ah wafat dalam bulan syawal, pada akhir pemerintahan Khalifar Umar r.a. di Madinah.

Al-Fatihah.




Monday, May 2, 2011

ISTERI RASULULLAH - SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID (pt 2)

Assalamu'alaikum.
Pada pendapat ,sepatutnya kisah ini kita jadikan panduan untuk muslimah menjadikan diri mereka seorang serikandi,menjadi isteri solehah,menjadi tulang belakang dan sokongan terhadap perjuangan suami.

Menjadi contoh isteri solehah,kesetiaan,kesabaran dan kesusahan yang dialami oleh perjuangan suami untuk mengajak manusia lain mentauhidkan Allah. Isteri  yang tidak berkira wang ringgit bagi membantu suami dalam dakwah.
Sejarah telah menyatakan, maka tidak dapat disembunyikan lagi.  Ambillah ia sebagai garispanduan kita sebagai umat Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita ada wanita yang boleh dijadikan contoh dan suri tauladan dalam segenap ruang lingkup kehidupan dari awal hingga akhir.

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah
SIFAT isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.


Sifat isteri solihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Syaidatina Khadijah antaranya:


# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.


Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah.Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.

Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab:
“Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.”

Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin
(Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.

# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.


# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.
# Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi.
Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.

Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”

Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik
Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.
Saiditina Khadijah

# Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.


# Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.


# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.


# Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Wanita Terbaik di Muka Bumi
Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w. meskipuan sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a.

Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat 'Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari 'Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?Rasulullah menjawab dengan marahnya:


Demi Allah!Tidak ada yang dapat menggantikan dari segi kebaikan selain darinya.Dia beriman ketika manusia kufur,dia membenarkan aku ketika orang lain membohongi ku,dia bersimpati dengan hananya ketika orang lain mengalangi ku.Allah menganugerahkan kepadaku darinya anak dan tidak perempuan lain.


Perkahwinan baginda Rasulullah s.a.w.dengan wanita ideal ini membawa ke akhir hayat. Khadijah pada masa itu sudah berusia enam puluh lima tahun.Muhammad s.a.w. pula berusia lima puluh tahun. Selama bersama khadijah dua puluh lima tahun Muhammad tidak pemah berniat untuk berkahwin lagi. Hanya selepas kewafatan Khadijah barulah Rasulullah s.a. w. berkahwin dengan 'Aisyah dan isteri-isteri lain-Iain (ibid:53).


Ia adalah wanita terbaik sepanjang masa.
Ia selalu memberi semangat dan kelapangan pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa  sallam untuk mencari kebenaran. Ia sendiri yang menyiapkan bekal untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saat beliau menyendiri dan beribadah di gua Hira’. Seorang pun tidak akan lupa perkataannya yang masyhur yang menjadikan Nabi merasakan tenang setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali yang pertama, “Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya. Kerana sungguh engkau suka menyambung silaturahmi, menanggung keperluan orang yang lemah, menyediakan keperluan orang yang tidak punya, menjamu dan memuliakan tamu dan engkau menolong setiap usaha menegakkan kebenaran.” (HR. Muttafaqun ‘alaih)  (Mazin bin Abdul Karim Al Farih  dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Lambang Kasih Seorang Isteri
Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sama adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20).

Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa.


Semasa suaminya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu.


Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan ,kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat.

Khadijah Ibu Sejati 
Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44).

Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).


Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah, keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-anaknya.

Muslimah Pembantu/Penyokong kepada Tugasan Suami
Memang sukar memperincikan sumbangan beliau secara khusus,tetapi seawal perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. sehingga wafatnya,kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah di datangi Jibril, biasanya si perempuan akan menjadi lebih resah dari suami.  Mungkin sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khadijah dapat menenangkan nabi Muhammad.

Ketika nabi berdakwah dia pula menjadi pembantu. Contoh sebaiknya apabila dia turut bersama diboikot di lorong Abu Talib,sehingga kesan dari situ menyebabkan beliau sakit dan menemui ajalnya. Dia tidak seperti isteri Nuh dan Lut. Dia berdiri di samping nabi mempertahankan Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental. Malah dialah lambang penyertaan aktif wanita dalam gerakan Islam yang tidak dapat dinafikan.


Khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material. Pengorbanan beliau secara tidak langsung dirakam oleh Allah S.W.t. dalam surah al-Duha:6-8. Dia mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.Malah kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana dokongan sumber dari Khadijah.

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah bukan bermotif dunia atau syahwat.  
Perkahwinan baginda berdasarkan pertimbangan yang matang, Baginda pernah datang kepada Khadijah dengan menyatakan kekhuatirannya. ‘aku khuatir diriku’. Khadijah menenangkan baginda; ‘Demi Allah, Allah tidak mungkin akan menghina dirimu selama-lamanya. Sesungguhnya engkau sentiasa menjalinkan silaturrahim, meringankan beban kesusahan orang, memberi kepada orang miskin dan menolong orang semasa bencana’.

Sebelum berkahwin, kita harus berfikir kepada pertimbangan yang matang. Jangan hanya setakat bicara manis dan semangat cinta sahaja. Rasulullah SAW dan Khadijah mencintai di antara satu sama atas dasar akhlak kedua-duanya. Berlainan sekali dengan umat sekarang yang bercinta kerana syahwat sahaja.


Pelbagai dugaan yang berlaku terhadap Nabi SAW dan Khadijah. Celaan orang Quraish dan kematian putera Nabi SAW. Semua dihadapi dengan sabar dan tabah.

Perawat Duka, Khairul Anam

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


“Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi waSallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,


“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seo rang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana
”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelasmasalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,


”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.


Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.


”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-namsal-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu.


Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam

menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segeramenghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.


Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihiwa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia.

Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri

di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana dibuktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya”
, Bottom of Form



ISTERI RASULULLAH – SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Salam ukhwah.  Semoga kita semua dalam keredhaan Allah senantiasa. 
Kchik cuba nak bawa pembaca sekalian untuk mengenali isteri2 Rasulullah secara ringkas.  Kita perlu mengenali ummu2 muslimin agar kecintaan kita pada baginda Rasullulah semakin mendalam.

Siti Khadijah binti Khuwailid r.h merupakan anak perempuan Khuwailid bin Asad bin Abd. Uzza bin Qusai bin kilab dengan pasangannya Fatimah binti Zaidah.  Isteri kesayangan Rasulullah dilahirkan pada tahun ke 68 sebelum hijrah iaitu lima belas tahun sebelum Tahun Gajah.

Khadijah adalah wanita yang hidup dan besar di lingkungan Suku Quraisy dan lahir dari keluarga terhormat pada, sehingga banyak pemuda Quraisy yang ingin menyuntingnya.

Sebelum menikah dengan Rasulullah, Khadijah pernah dua kali menikah. Suami pertama Khadijah adalah Abu Halah at-Tamimi, Pernikahan kedua Khadijah adalah dengan Atiq bin Aidz bin Makhzum
Sebelum berkahwin dengan Rasullulah, beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan An-Nabash bin Zararah at-Taimiy (Abu Halah) yang wafat dengan meninggalkan kekayaan yang banyak, juga jaringan perniagaan yang luas dan berkembang. Kemudian beliau bertemu jodoh pula dengan Atiq bin Abid al-Makhzumi, yang juga wafat dengan meninggalkan harta dan perniagaan. Dengan demikian, Khadijah menjadi orang terkaya di kalangan suku Quraisy.

Beliau berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke 28 tahun sebelum Hijrah dan hidup susah senang di samping suaminya, Kekasih Allah, selama 25 tahun.  Ketika berkahwin, umurnya 40 tahun berbanding dengan baginda Rasullulah pada masa itu berusia 25 tahun dan maharnya ialah 20 ekor unta (muda betina).  Istimewanya ialah sepanjang perkahwinan mereka Rasulullah tidak berpoligami. 

Kekayaan yang berlimpahlah yang menjadikan Khadijah terusan berdagang. Akan tetapi, Khadijah merasa tidak mungkin jika semua dilakukan tanpa bantuan orang lain. Tidak mungkin jika dia harus terjun terus ke dalam perniagaan dan berpergian membawa barang dagangan ke Yaman pada musim dingin dan ke Syam pada musim panas. Keadaan itulah yang menyebabkan Khadijah mulai mengambil beberapa pekerja yang dapat menjaga amanah atas harta dan dagangannya. Untuk itu, para pekerjanya menerima upah dan bahagian keuntungan sesuai dengan kesepakatan. Walaupun pekerjaan itu cukup sulit, bermodalkan kemampuan intelektual dan kecemerlangan fikiran yang didukung oleh pengetahuan dasar tentang bisnis dan bekerja sama, Khadijah mampu memilih orang-orang yang dapat diajak berniaga. Itulah yang menjulang Khadilah menuju kejayaan yang gemilang.

Khadijah memiliki seorang pegawai yang dapat dipercaya dan dikenal dengan nama Maisarah. Dia dikenal sebagai pemuda yang ikhlas dan berani, sehingga Khadijah pun berani melimpahkan tanggung jawab untuk melantik pegawai baru yang akan mengiring dan menyiapkan kafilah, menentukan harga, dan memilih barang dagangan. Sebenarnya itu adalah pekerjaan berat, namun penugasan kepada Maisarah tidaklah sia-sia.

Kaum Quraisy tidak mengenal pemuda mana pun yang wara', takwa, dan jujur selain Muhammad bin Abdullah, yang sejak usia lima belas tahun telah diajak oleh Maisarah untuk menyertainya berdagang.


Seperti biasanya, Maisarah menyertai Muhammad ke Syam untuk membawa dagangan Khadijah, kerana memang keduanya telah sepakat untuk bekerja sama. Perniagaan mereka ketika itu memberikan keuntungan yang sangat banyak sehingga Maisarah kembali membawa keuntungan yang berlipat ganda. Maisarah mengatakan bahwa keuntungan yang mereka peroleh itu berkat Muhammad yang berniaga dengan penuh kejujuran. Maisarah menceritakan kejadian aneh selama melakukan perjalanan ke Syam dengan Muhammad. Selama perjalanan, dia melihat gulungan awan tebal yang senantiasa mengiringi Muhammad yang seolah-olah melindungi beliau dari sengatan matahari. Dia pun mendengar seorang rahib yang bernama Buhairah, yang mengatakan bahwa Muhammad adalah laki-laki yang akan menjadi nabi yang ditunggu-tunggu oleh orang Arab sebgaimana telah tertulis di dalam Taurat dan Injil.


Cerita-cerita tentang Muhammad itu meresap ke dalam jiwa Khadijah, dan pada dasarnya Khadijah pun telah merasakan adanya kejujuran, amanah, dan cahaya yang sentiasa menerangi wajah Muhammad. Perasaan Khadijah itu menimbulkan kecenderungan terhadap Muhammad di dalam hati dan fikirannya, sehingga dia menemui sepupunya, Waraqah bin Naufal, yang terkenal dengan pengetahuannya tentang orang- orang terdahulu. Waraqah mengatakan bahwa akan muncul nabi besar yang dinanti-nantikan manusia dan akan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya Allah. Penuturan Waraqah itu menjadikan niat dan kecenderungan Khadijah terhadap Muhammad semakin bertambah, sehingga dia ingin menikah dengan Muhammad. Setelah itu dia mengutus Nafisah, saudara perempuan Ya’la bin Umayyah untuk meneliti lebih jauh tentang Muhammad.

Ketika itu Khadijah berusia empat puluh tahun, namun dia adalah wanita dari golongan keluarga terhormat dan kaya raya, sehingga banyak pemuda Quraisy yang ingin menikahinya. Dengan salah seorang bapa saudaranya, Muhammad pergi menemui bapa saudara Khadijah yang bernama Amru bin As’ad untuk meminang Khadijah.

Allah menghendaki pernikahan hamba pilihan-Nya itu dengan Khadijah. Ketika itu, usia Muhammad baru menginjak dua puluh lima tahun, sementara Khadijah empat puluh tahun. Walaupun usia mereka terpaut sangat jauh dan harta kekayaan mereka pun tidak sepadan, pernikahan mereka bukanlah pernikahan yang aneh, kerana Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberikan keberkahan dan kemuliaan kepada mereka.

Allah menganugerahi Nabi S.a.w. melalui rahim Khadijah beberapa orang anak ketika dibutuhkan persatuan dan banyaknya keturunan. Dia telah memberikan cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah S.a.w. pada saat-saat yang sulit dan tindak kekerasan dan kekejaman datang dari kerabat dekat. Bersama Khadijah, Rasulullah S.a.w. memperoleh perlakuan yang baik serta rumah tangga yang tenteram damai, dan penuh cinta kasih, setelah sekian lama beliau merasakan pahitnya menjadi anak yatim piatu dan miskin

Beliau melahirkan 6 zuriat hasil perkongsian dengan Rasullulah iaitu Zainab r.h., Al-Qasim r.a., Ruqayyah r.h., Ummu Kalthum r.h., Fatimah r.h., dan Abdullah r.a. 
Semua putera dan puterinya lahir sebelum masa kenabian, kecuali Abdullah. Kerana itulah, Abdullah kemudian dijuluki ath-Thayyib (yang baik) dan ath-Thahir (yang suci).

Muhammad bin Abdullah hidup berumah tangga dengan Khadijah binti Khuwailid dengan tenteram di bawah naungan akhlak mulia dan jiwa suci sang suami. Ketika itu, Rasulullah S.a.w. menjadi tempat mengadu orang-orang Quraisy dalam menyelesaikan perselisihan dan pertentangan yang terjadi di antara mereka. Hal itu menunjukkan betapa tinggi kedudukan Rasulullah di hadapan mereka pada masa pra-kenabian.
Khadijah sangat ikhlas dengan segala sesuatu yang dilakukan suaminya dan tidak khuatir selama ditinggal suaminya yang menyendiri di Gua Hira, menghambakan diri kepada Allah yang Maha Esa, sesuai dengan ajaran Nabi Ibrahim a.s.. Bahkan dia menjenguk serta menyiapkan makanan dan minuman selama baginda di dalam gua, kerana dia yakin bahwa apa pun yang dilakukan suaminya merupakan masalah penting yang akan mengubah dunia. Ketika itu, Nabi Muhammad berusia empat puluh tahun. 
Suatu ketika, seperti biasanya beliau menyendiri di Gua Hira –waktu itu bulan Ramadhan–. Beliau sangat gementar ketika mendengar suara ghaib Malaikat Jibril memanggil beliau. Malaikat Jibril menyuruh beliau membaca, Rasulullah yang tidak boleh membaca akhirnya mengikuti bacaan tersebut stelah diajar beberapa kali oleh Jibril. Keringat deras mengucur dari seluruh tubuhnya sehingga beliau kepayahan dan tidak menemukan jalan menuju rumah. Khadijah melihat beliau dalam keadaan tergoncang seperti itu, kemudian memapahnya ke rumah, serta berusaha menghilangkan ketakutan dan kekhuatiran yang memenuhi dadanya. “Berilah aku selimut, Khadijah!” Beberapa kali beliau meminta isterinya menyelimuti tubuhnya. Khadijah memberikan ketenteraman kepada Rasulullah dengan segala kelembutan dan kasih sayang sehingga beliau merasa tenteram dan am

Setelah rasa takut beliau hilang, Khadilah berupaya agar Rasulullah S.a.w. mengutarakan apa yang telah dialaminya, dan akhirnya beliau pun menceritakan peristiwa yang baru dialaminya. Khadijah mendengarkan cerita suaminya dengan penuh minat dan mempercayai semuanya, sehingga Rasulullah S.a.w. merasa bahawa isterinya pun menduga akan terjadinya hal-hal seperti itu.

Sejak semula Khadijah telah yakin bahwa suaminya akan menerima amanat Allah Yang Maha Besar untuk seluruh alam semesta. Kejadian tersebut merupakan awal kenabian dan tugas Muhammad menyampaikan amanat Allah kepada manusia. Hal itu pun merupakan babak baru dalam kehidupan Khadijah yang dengannya dia harus mempercayai dan meyakini ajaran Rasulullah Muhammad, sehingga Rasulullah mengatakan, “Aku mngharapkannya menjadi benteng yang kuat bagi diriku.”


Di sinilah tampak kebesaran peribadi serta kematangan dan kebijaksanaan pemikiran Khadijah. Khadijah telah mencapai darjat yang tinggi dan sempurna, yang belum pernah dicapai oleh wanita mana pun. Dia telah berkata kepada Rasulullah S.a.w., “Demi Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakanmu. Engkau selalu menghubungkan silaturahim, berbicara benar, memikul beban orang lain, menolong fakir miskin, menghormati tamu, dan membantu meringankan derita dan musibah orang lain.”


Khadijah meyakini seruan suaminya dan menganut agama yang dibawanya sebelum diumumkan kepada masyarakat. Itulah langkah awal Khadijah dalam menyertai suaminya berjihad di jalan Allah dan turut menanggung pahit getirnya gangguan dalam menyebarkan agama Allah.


Beberapa waktu kemudian Jibril kembali mendatangi Muhammad S.a.w. untuk membawa wahyu kedua dari Allah:


“Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan dan Tuhanmu agungkanlah dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah”
(QS. Al-Muddatstir:1-7)

Ayat di atas merupakan perintah bagi Rasulullah untuk mulai berdakwah kepada kalangan kerabat dekat dan ahlulbait beliau. Khadijah adalah orang pertama yang menyatakan beriman pada risalah Rasulullah Muhammad dan menyatakan kesediaannya menjadi pembela setia Nabi.

Setelah berdakwah secara sembunyi- sembunyi, turunlah perintah Allah kepada Rasulullah untuk memulai dakwah secara terang-terangan. Seruan beliau sangat aneh terdengar di telinga orang-orang Quraisy. Rasulullah Muhammad memanggil manusia untuk beribadah kepada Tuhan yang satu, bukan Laata, Uzza, Hubal, Manat, serta tuhan-tuhan lain yang mernenuhi pelataran Ka’bah. Tentu saja mereka menolak, mencaci maki, bahkan tidak segan-segan menyiksa Rasulullah. Setiap jalan yang beliau lalui ditaburi kotoran haiwan dan duri.

Khadijah tampil mendampingi Rasulullah dengan penuh kasih sayang, cinta, dan kelembutan. Wajahnya senantiasa membiaskan keceriaan, dan bibirnya meluncur kata-kata jujur. Setiap kegundahan yang Rasulullah lontarkan atas perlakuan orang-orang Quraisy selalu didengarkan oleh Khadijah dengan penuh perhatian untuk kemudian dia memotivasi dan rnenguatkan hati Nabi Muhammad s.a.w.. Bersama Rasulullah,
 Khadijah turut menanggung kesulitan dan kesedihan, namun selalu dia harus menyembunyikan perasaan agar tidak dizahirkan pada muka dan mengganggu perasaan suaminya. Yang keluar adalah tutur kata yang lemah lembut sebagai penyejuk dan penawar hati.

Khadijah adalah tempat berlindung bagi Rasulullah. Dari Khadijah, beliau memperoleh keteduhan hati dan keceriaan wajah isterinya yang senantiasa menambah semangat dan kesabaran untuk terus berjuang menyebarluaskan agama Allah ke seluruh penjuru. Khadijah pun tidak memperhitungkan harta bendanya yang habis digunakan dalam perjuangan ini.

Setelah berbagai usaha gagal dilakukan untuk menghentikan dakwah Rasulullah s.a.w., baik itu berupa rayuan, intimidasi, dan penyiksaan, kaum Quraisy memutuskan untuk memboikot dan mengepung kaum muslimin dan menulis deklarasi yang kemudian digantung di pintu Ka’bah agar orang-orang Quraisy memboikot kaum muslimin, termasuk Rasulullah, isterinya, dan juga bapa saudaranya. Mereka terasing  di pinggiran kota Mekah dan diboikot oleh kaum Quraisy dalam bentuk pengangkutan, komunikasi, dan keperluan sehari-hari lainnya.

Dalam keadaan seperti itu, Rasulullah dan isterinya dapat bertahan, walaupun keadaan fizikalnya sudah tua dan lemah. Ketika itu kehidupan Khadijah sangat jauh dari kehidupan sebelumnya yang bergelumang dengan kekayaan, kemakmuran, dan ketinggian darjat. Khadijah rela didera rasa haus dan lapar dalam mendampingi Rasulullah S.a.w. dan kaum muslimin. Dia sangat yakin bahawa tidak lama lagi pertolongan Allah akan datang. Keluarga mereka yang lain, sekali-kali dan secara sembunyi-sembunyi, mengirimkan makanan dan minuman untuk mempertahankan hidup. Pemboikotan itu berlangsung selama tiga tahun, tetapi tidak sedikit pun menggoyahkan akidah mereka, bahkan yang mereka rasakan adalah bertambah kukuhnya keimanan dalam hati. Dengan demikian, usaha kaum Quraisy telah gagal, sehingga mereka mengakhiri pemboikotan dan membiarkan kaum muslimin kembali ke Mekah. Rasulullah S.a.w. pun kembali menyeru nama Allah Yang Mulia dan melanjutkan jihad beliau.


Beberapa hari setelah pemboikotan, Abu Thalib jatuh sakit, dan semua orang meyakini bahwa sakit kali ini merupakan akhir dan hidupnya. Abu Thalib meninggal pada tahun itu pula, maka tahun itu disebut sebagai ‘Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.. Sebaliknya, orang-orang Quraisy sangat gembira atas kematian Abu Thalib itu, kerana mereka akan lebih berleluasa menindas Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya.
Pada tahun yang sama, Sayyidah Khadijah sakit kuat akibat beberapa tahun menderita kelaparan dan kehausan kerana pemboikotan itu. Semakin hari, keadaan badannya semakin menurun, sehingga Rasulullah s.a.w. semakin sedih. Bersama Khadijahlah Rasulullah S.a.w. membangun kehidupan rumah tangga yang bahagia. Dalam sakit yang tidak terlalu lama, dalam usia enam puluh lima tahun, Khadijah meninggal, menyusuli Abu Thalib. Khadijah dikuburkan di dataran tinggi Mekah, yang dikenal dengan sebutan al-Hajun. Rasulullah S.a.w. sendiri yang mengurus jenazah isterinya, dan kalimat terakhir yang beliau ucapkan ketika melepas kepergiannya adalah: “Sebaik-baik wanita penghuni syurga adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”

Khadijah meninggal setelah mendapatkan kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh wanita lain, Dia adalah Ummul Mukminin isteri Rasulullah yang pertama, wanita pertama yang mernpercayai risalah Rasulullah, dan wanita pertama yang melahirkan putera-puteri Rasulullah. Dia merelakan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan jihad di jalan Allah. Dialah orang pertama yang mendapat khabar gembira bahawa dirinya adalah ahli syurga. Kenangan terhadap Khadijah senantiasa lekat dalam hati Rasulullah sehingga beliau wafat. Semoga rahmat Allah senantiasa menyertai Sayyidah Khadijah binti Khuwailid dan semoga Allah memberinya tempat yang layak di sisi-Nya. Amin.